[ BAB 2 ]

Romance Completed 10458

Aku termenung jauh di beranda sambil menikmati udara pagi. Kelihatan mentari pagi mula memunculkan dirinya bersama kilauan cahaya yang memancar sekaligus mengejutkan seluruh alam tentang kehadirannya.

Kedengaran sayup-sayup bunyi jam lonceng. Entah di rumah siapa bunyinya. Namun, cukup jelas di cuping telingaku. Bibirku mengukir senyuman nipis.

Dari berandaku, aku lihat sepasang burung merpati terbang beriringan lalu berhenti di sebuah tiang lampu. Dua merpati itu menggoncangkan tubuh mereka, mungkin untuk menghilangkan kesejukkan yang dialami.

Dari berdiri tegak, aku menukar posisi menongkat dagu sambil memperhatikan dua merpati itu lagi. Ayat yang pernah diucapkan oleh suamiku kepadaku sewaktu awal perkahwinan kami bermain dalam fikiranku.

"Dear sayang, walau susah manapun perjalanan hubungan kita nanti, saya harap awak tetap setia disamping saya. Sama-sama kita pertahankan. Okay?" Ujar suamiku sambil memelukku dari belakang, tiga tahun lepas.

Humph! Aku sorang je yang setia macam tunggul dalam rumah ni. Tunggu kau cari aku, entah bila?! At the end, kau kahwin baru dan tinggalkan aku. Menyesal aku ikut kau, Dika!

Air mata yang mengalir, aku kesat kasar.

Untuk apa aku menangis? Bukan dia tahu hargai kesetiaan aku pun! Hati aku ni dah lalui semua rasa. Biasa sangat disakiti, dikhianati, dikecewakan dan ditinggalkan. Nasib baik lah hati ni buatan Tuhan. Kalau buatan China, mungkin dah lama hang kot!

Aku melangkah masuk ke dalam bilik semula. Tuala aku gapai dan aku mula membersihkan diriku. Usai memakai pakaianku, aku menapak untuk ke ruang makan.

Tiba-tiba, sebuah kereta memasuki perkarangan rumah. Aku menanti di anak tangga. Memerhatikan kereta itu. Seperti aku kenal kereta itu.

Membulat mataku apabila melihat suamiku, Tengku Andika pulang. Bibirku mengukir senyuman manis. Aku menapak laju ke arah muka pintu yang telah terbuka luas.

Namun, langkahku seakan terhenti. Senyumanku mati disitu apabila melihat seorang gadis berdiri disebelahnya. Kelihatan erat pelukan tangan suamiku pada pinggang gadis itu. Sejurus itu, keratan akhbar yang aku baca semalam terbayang dalam mataku.

Terasa jantungku berhenti berdetak. Air mata yang mula bergenang, aku tahan sebaik mungkin. Tengku Andika memandangku seolah terkejut. Mungkin kerana perubahan tubuhku yang semakin susut dan tidak seceria dulu.

Namun, pandangan itu bertukar dengan senyuman sinis dibibirnya. Dari reaksi wajahnya, dapat aku rasakan seolah dia berkata kepadaku.

"Aku sudah kembali kerana masih ada secebis cinta untuk kau, Dhia."

Air mataku bergenangan tanpa aku pinta. Hatiku pula terasa seperti ditumbuk bertubi-tubi oleh dia! Lelaki yang aku cinta dengan sepenuh jiwa dan raga.

"Sayang, jom masuk." Ujar Tengku Andika kepada isteri barunya tanpa mengendahkan diriku yang dihurung awan kelabu.

Aku pantas berpaling. Air mataku gugur tanpa sempat aku tahan.

"Ehhh... Bibik! Tunggu apa lagi dekat situ? Tolonglah angkatkan bag Madam Anez ni." Ujar Tengku Andika.

Aku menoleh ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa di ruang itu. Adakah dia memanggil aku? Lantas, aku mengelap laju air mataku. Dan aku berpaling semula ke arah pasangan pengantin baru itu.

Tengku Andika menepuk tangan sebanyak tiga kali. Kelihatan semua pembantu yang menjaga rumah agam itu berlari ke arah tuan mereka. Aku hanya memerhati saja. Menunggu tindakan suamiku yang seterusnya.

"Baiklah. Saya ingin memperkenalkan isteri saya. Ini Madam Sharifah Alianez. Madam Anez." Ujar Tengku Andika dengan lagaknya.

Mataku, aku lirikkan pada perempuan itu. Kelihatan gadis itu mencebik sambil memeluk tubuh dengan gaya sombongnya. Apatah lagi saat matanya bertentangan denganku.

Eyyyy! Aku hempuk kepala dia ni kang! Baru tau tinggi rendah langit tu! Panas pulak tengok lagak perempuan tu!

"Emmm... Sayang, ni ketua pembantu rumah ni. Dhia. Dia yang incharges semua pengurusan dalam rumah ni. Kalau sayang perlukan apa-apa, tanya je dia." Sambung Tengku Andika sambil menunding jarinya ke arah aku.

What? Aku ketua bibik? Kau memang nak kena, Dika! Dasar jantan keparat!!

Dapat aku rasakan, mata-mata pembantu rumah disitu memandangku dengan pandangan terkejut. Lagi-lagi Mak Cah dan Anita.

"So? Tunggu apa lagi? Angkat semua bag tu ke bilik master room." Arah Tengku Andika secara rawak.

Melihatkan tiada siapa yang berganjak, aku menghampiri bagasi pasangan itu. Saat jemari aku ingin menyentuh bagasi mereka, kedengaran Tengku Andika memanggil namaku.

"Dhia. Tunjukkan bilik master room kedua." Arah Tengku Andika kepada aku, membuatkan perbuatanku terbantut.

Aku menurut saja arahan mamat keparat didepanku ini.

"Alah sayang! Kenapa master room nombor dua? Nombor satu takde ke?" Soal Sharifah Alianez, manja dengan lagak rajuknya.

Sebab bilik master room nombor satu tu bilik aku, goblok! Bilik aku dengan mamat keparat sebelah kau tu! Tengku Andika memandangku seolah meminta bantuan.

"Ermmm... Maaf Madam. Master room nombor satu masih belum siap renoveted. Jadi, Madam kena guna master room nombor dua dulu ya." Dalih aku dengan senyuman paksa kepada maduku itu.

"Eyyyyy! Lama lagi ke? Lembab betullah buat kerja!" Rungut Sharifah Alianez sambil memeluk tubuh.

Aku buat pekak telinga je. Aku menapak bersahaja ke master room ke dua. Aku bukakan pintu bilik untuk mereka masuk.

"Jumpa aku nanti." Bisik Tengku Andika kepada aku.

Aku pura-pura pekak. Lantas, aku tutup kasar pintu bilik itu sebagai tanda aku protes. Kalau mamat keparat tu bijak, dia tau aku marah. Kalau dia goblok, dia still tau aku marah!

"Sayang. I nak mandi lah. Badan I dah melekit." Ujar Sharifah Alianez dengan suara menggoda.

Dibalik pintu, aku ketap bibir. Perasaan sebak mula menerpa aku. Aku mendongak, cuba menahan tangis yang bakal meletus bila-bila masa saja.

Isteri mana je yang sanggup tengok suami dia kahwin baru? Isteri mana je yang sanggup bermadu? Isteri mana je yang tabah tengok kemesraan suami dia dengan perempuan lain? Isteri mana je yang sanggup tengok suami dia curah kasih sayang pada perempuan lain? Kau bagitau aku!

"Okay sayang." Balas Tengku Andika bersama senyuman nipis.

Seraya itu, dia membuka pintu. Ditariknya lengan aku menuju ke satu bilik dibahagian hujung sekali. Bilik yang jauh dari semua bilik dalam rumah itu.

Aku merentap lenganku, kasar. Tengku Andika memandangku, terkejut.

"Kenapa ni?" Soal Tengku Andika sambil cuba menghampiri aku. Aku menapak jauh darinya.

"Awak tanya saya kenapa? Sepatutnya, saya yang tanya awak. Awak tu kenapa? Awak tinggalkan saya. Terkontang-kanting dekat rumah ni. Takde khabar berita. Takde apa-apa. Tup-tup! Awak kahwin baru. Apa semua ni, Dika?" Soal aku bertubi-tubi. Nafasku sudah tidak keruan.

"Aku tinggalkan kau terkontang-kanting? Aku beri kau semua yang kau perlu, Dhia. Aku beri kau kebebasan untuk ke mana pun kau mau. Aku sediakan sepuluh pembantu rumah untuk bantu kau. Apa lagi yang kurang, Dhia?" Soal Tengku Andika kepada aku semula.

"Dika. Dulu awak janji dengan saya yang kita akan lalui semua ni bersama. Awak takkan tinggalkan saya. Awak akan jaga saya. Setia dengan saya. Tapi, sekarang? Lelaki yang saya cinta khianat saya!!" Ujarku, cuba mengingatkan kembali janjinya padaku.

Dadaku terasa berat. Perasaan sebak mula menyerangku, membuatkan air mataku gugur bagaikan hujan lebat. Maaf! Tak mampu aku selindung lagi kepedihan ini. Dia harus tahu sakitnya hatiku saat ini.

"Dhia. Mungkin kita tak macam dulu lagi. Tak macam masa mula-mula kita bercinta. Dan... Dan walaupun situasi kita dah berubah, saya tetap sayangkan awak, Dhia." Pujuk Tengku Andika sambil cuba meraih lenganku. Namun, aku terlebih pantas mengelak.

"Dika. Cuba awak selami dalam-dalam isi hati awak tu. Adakah saya masih disitu? Kalau ada, tolonglah hargai saya. Kalau dah takde, lepaskan saya dengan cara yang baik. Jangan biarkan saya terseksa dipermainkan oleh cinta palsu awak tu!" Balasku sambil mengelap air mata yang masih berjujuran.

"No! Saya takkan lepaskan awak, Dhia. You're my WIFE! Forever my WIFE! And I need you. I need you, DHIA because I LOVE you! Cinta aku bukan cinta palsu!" Ujar Tengku Andika sambil memegang kedua belah bahuku dengan mata berkaca.

"Kalau awak perlukan saya, kenapa seksa saya macam ni? Ke mana awak selama tiga tahun lepas, hah? Saya dah takde sapa-sapa Dika. Saya cuma ada awak. Kalau awak tinggalkan saya, dengan siapa saya nak bergantung? Dengan siapa saya nak berkasih? You hurt me, Dika. Saya KECEWA dengan awak!" Jeritku sambil memukul-mukul dadanya.

"Maafkan aku, Dhia. Maafkan aku. Aku terpaksa!" Jerit Tengku Andika, membuatkan pukulanku terhenti.

Aku merenungnya, kosong. Sekosong hatiku saat ini. Bibirku mengukir senyuman sinis padanya seolah tidak percaya. Ya! Aku tidak lagi percaya pada kata-katanya setelah apa yang dia lakukan. Semuanya kerana TERPAKSA?

"Awak jangan nak memperbodohkan saya, Dika. Awak terpaksa? Terpaksa berkahwin dengan Miss Universe tu? Hei! Lelaki bodoh je yang cakap TERPAKSALAH! Dia tu Miss Universe. Perempuan paling cantik dalam alam semesta ni. Lelaki mana yang sanggup tolak dia? Itu ke maksud awak, terpaksa?" Soal aku, tidak puas hati.

"Kau takkan faham, Dhia. Biarlah aku nampak kejam di mata kau. Asalkan kau masih hidup dan bernafas. Itu je dah buat aku lega." Balas Tengku Andika.

"Awak lega? Lega tengok kehidupan saya yang pathetic ni?!" Soal aku, tertawa sinis padanya.

Dia merenungku tajam seakan panas mendengar soalan dariku. Keluhan berat kedengaran dari bibirnya. Tengkuknya digosok perlahan sebagai tanda penat.

"Dhia. Aku malas nak bergaduh dengan kau. Aku penat. Aku nak rehat." Ujar Tengku Andika kepada aku.

Aku mengangguk faham. Belum sempat aku membalas, dia terlebih dulu berbicara.

"Oh! By the way. Aku nak kau kemas semua barang kau tu. Pindah ke bilik ni. Madu kau tu nak master room pertama tu. So, aku harap before esok pagi kau dah siap kemas semua barang kau." Sambung Tengku Andika di depan pintu.

Aku merenungnya tajam. Tanda tidak puas hati dengan permintaannya itu.

"Itu kan bilik kita! Kenapa saya yang kena keluar? Layaklah dia duduk master room nombor dua tu. Dia kan madu!" Balas aku, separa menjerit.

"Kau jangan banyak bunyilah. Kau kemas je bilik tu. Lagi satu, aku nak ingatkan kau. Jangan sesekali mengaku depan dia yang kau tu wife aku. Sebab dia kenal kau sebagai ketua bibik dalam rumah ni. Kalau kau bagitau, siap kau!" Pesan Tengku Andika.

Lantas, dia meninggalkan aku sendirian. Air mata yang mengalir, aku tepis kasar. Namun, semakin aku tepis. Semakin deras airnya mengalir. Akhirnya, aku menangis semahunya disitu. Sendirian!

Tanpa aku tahu, suamiku berdiri di balik pintu. Mendengar tangisanku yang memilukan. Lantas, dia mengelap air matanya dan berlalu pergi tanpa memujukku.

Share this novel

NH_HANS
2020-10-22 12:12:15 

ala siannye... knp dhia x lri je. tgglkn jntn tu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience