[ BAB 6 ]

Romance Completed 10458

Air mata yang menitis, aku lap perlahan. Sampai hati dia arahkan aku mintak maaf dekat perempuan tu! Sikit pun dia tak kisahkan perasaan aku. Aku ni wife dia tau! Wife dia!!

Kau bodoh Dhia. Kau memperbodohkan diri kau sendiri! Dia tak cintakan kau, Dhia. Cinta kau dan dia yang dulu telah lama berkubur! Sedarlah Dhia! Tinggalkan dia! Takde gunanya kau bertahan untuk terus disakiti begini! Bisik satu suara dalam kepalaku.

Perlahan-lahan, tubuhku melorot ke lantai diiringi tangisanku yang teresak-esak. Aku dah tak kuat nak hadap semua ni. Aku dah tak kuat! Mak! Dhia dah tak kuat, Mak! Tolong Dhia, mak!

Sakit kepalaku kembali menyerang. Berdenyut-denyut ku rasakan. Pandangan mataku mulai kabur. Tiba-tiba, pintu bilikku dibuka seseorang. Saat itu juga, tubuhku rebah ke bumi.

"DHIA? Dhia! Kenapa ni? Dhia!" Panggil Tengku Andika, cemas sambil menggoncang tubuhku yang sudah tidak bermaya.

Aku lihat suamiku dengan mata yang terbuka kecil. Benarkah dia suamiku? Seberapa prihatinnya dia padaku? Adakah jika nyawaku dihujung tanduk baru dia prihatin terhadapku? Air mataku menitis perlahan sebelum gelap duniaku.

"Selamat tinggal, Andika." Bisikku perlahan.

Tergamam Tengku Andika saat mendengar bisikan halus dari bibirku.

"No! Jangan tinggalkan aku, Dhia! No! No! Dhia! Sayang! Jangan tinggalkan aku, Dhia. Bangunlah Dhia!" Jerit Tengku Andika bersama esakan.

"Madam! Madam kenapa?!" Jerit Anita diikuti oleh Mak Cah.

"Nita, call ambulance sekarang!!" Teriak Tengku Andika bersama mata yang kemerahan. Diangkatnya tubuhku dan dikendong menuju ke muka pintu.

Sharifah Alianez membuka kelopak matanya. Tidurnya terganggu dek teriakan dan tangisan yang kedengaran di cuping telinganya. Dia melihat disisi kanannya, suaminya tiada. Dia bangkit dan membuka pintu biliknya.

"Mak Cah, kenapa ni?" Soal Sharifah Alianez bersama kerutan didahinya saat melihat dua pembantu rumah itu berlarian.

Kelihatan ambulance telah tiba dan Tengku Andika melangkah masuk ke dalam ambulance itu tanpa disedari oleh Sharifah Alianez.

"Mak Cah! Saya tanya ni. Kenapa ada ambulance datang? Sapa sakit?" Soal Sharifah Alianez lagi apabila soalannya dibiarkan tanpa jawapan.

Mak Cah hanya menggeleng laju bersama juraian air mata. Bibir tuanya seakan terkunci. Dia terlalu risaukan aku. Begitu juga Anita.

"Dhia! Bertahanlah sayang! Jangan tinggalkan abang!" Rintih Tengku Andika sambil mengenggam jemariku dengan erat. Namun, aku sudah tidak berdaya untuk membalasnya.

Tubuhku telah ditolak masuk ke dalam wad kecemasan. Dan tinggallah suamiku diluar bersama tangisan tanpa henti.

"Denyutan nadi pesakit semakin lemah! Nurse, hidupkan defibrillator sekarang!" Arah Doktor Suhaimi Ho atau lebih dikenali sebagai Doktor Suho.

"Baik!" Jawab Nurse dengan tanda nama Hawa itu.

Defibrillator berkuasa rendah mula dihenyakkan ke dadaku. Terangkat sedikit tubuhku akibat renjatan elektrik yang dihalakan pada tubuhku.

"Doktor! Denyutan nadi pesakit semakin rendah!" Jerit Nurse Hawa, cemas.

"Tingkatkan kuasa defibrillator!" Arah Doktor Suho lagi. Keadaan mulai menjadi cemas apabila tubuhku masih belum memberi tindakbalas walaupun kuasa defibrillator telah ditingkatkan pada kadar maksimum.

Mungkin inilah saatnya untuk aku mengucapkan selamat tinggal kepadamu, Andika. Maafkan aku. Aku dah tak kuat nak hadap semua ni! Abah! Dhia akan ikut abah.Air mataku menitis.

Tengku Andika tersandar lesu sambil memejam matanya dengan erat.

"Berdoalah kepada Allah. Dia yang Maha Berkuasa di atas sesuatu yang berlaku. Semuanya berlaku kerana izinNya. Berdoalah kepada Allah. Pergilah nak. Allah sedang menunggumu untuk bertemu denganNya. Pergilah sekarang." Bisik satu suara dalam kepala Tengku Andika.

Tercelik matanya. Dia bangkit dan menuju ke arah surau di dalam kawasan hospital itu. Dia mengambil wudhuk dengan lafaz bismillah. Untungnya dia mempunyai daya ingatan yang kuat dan masih mampu mengingati langkah-langkah untuk mengambil wudhuk.

Dia mengangkat takbir buat sekian kalinya setelah sekian lama meninggalkan ibadah yang menjadi tunjang agama Islam itu. Berjujuran air matanya saat membaca surah Al-Fatihah.

"Ya Allah, betapa hinanya aku! MeninggalkanMu dikala aku senang dan mencariMu dikala aku susah. Hinanya aku, Ya Allah! Akulah hambaMu yang jahil. Ampunkan aku, Ya Allah! Ampunkan aku! Selamatkanlah isteriku, Dhia Tihanni Binti Abu Bakar. Selamatkanlah bidadari syurgaku, Ya Allah." Rintih Tengku Andika dalam tangisnya.

"Amin Ya Rabbal Alamin." Sahut satu suara membuatkan Tengku Andika menoleh ke sisi kanannya. Kelihatan seorang lelaki berjubah putih dengan wajah bercahaya tersenyum ke arahnya.

"InsyaAllah, Allah akan selamatkan isterimu, Andika." Ujar lelaki itu dan perlahan-lahan menghilang dalam kesamaran cahaya lampu.

Tengku Andika terpaku seketika. Tanpa menunggu lama, Tengku Andika bangkit dan kembali ke tempat menunggu dihadapan wad kecemasan. Dia menanti dan terus menanti sehingga dia terlena kerana kepenatan.

Teeeeeeeeettttttt... Rentak mesin Elektrokardiograf bertukar rata sekelip mata dan suasana di dalam wad kecemasan menjadi sepi seketika. Semuanya bagaikan terpempam.

"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un..." Ucap Doktor Suho bersama nafas yang berat.

Tersentak Tengku Andika dari lenanya. Peluh diwajahnya berjujuran laju. Dia pantas menoleh ke pintu wad kecemasan itu. Lampu merah dipintu itu telah terpadam menandakan pesakit telah dikeluarkan.

Lantas, Tengku Andika bangkit dan berlari ke arah kaunter dengan wajah penuh kerisauan.

"Nurse! Mana patients dalam emergency ward tadi?" Soal Tengku Andika bersama air mata yang bertakung dalam matanya.

"Bawak bertenang encik. Siapa nama pesakit yang encik cari?" Soal Nurse dengan tanda nama Dian itu.

"Dhia. Dhia Tihanni binti Abu Bakar." Balas Tengku Andika senafas.

"Sebentar ya. Saya check." Balas Nurse Dian pula. Tengku Andika tidak membalasnya. Dia hanya menunggu.

"Patients ni dah dipindahkan ke wad biasa. Apa hubungan encik dengan pesakit ya?" Soal Nurse Dian.

"She's my wife." Jawab Tengku Andika, perlahan. Nurse Dian tersenyum nipis.

"Bilik pesakit bernombor 343. Encik pergi ke laluan kanan. Kemudian, encik jumpa satu lorong di sebelah kiri. Jalan terus dan belok ke kanan. Disitu bilik wife encik." Ujar Nurse Dian.

"Thank you, nurse." Ucap Tengku Andika bersama senyuman tawar.

Tanpa menunggu lama, Tengku Andika menapak pergi ke bilik itu mengikut arahan nurse Dian.

Ya Allah, selamatkanlah isteriku. Bisik hati lelakinya.

"Weh Dian, handsomenya mamat tu." Bisik Nurse Mimi sambil tersenyum.

"Dia dah kahwin weh. Untung wife dia dapat suami handsome macam tu." Balas Nurse Dian sambil mengeluh halus.

"Alah. Kau nak susah hati buat apa, Dian? Abam kau pun handsome apa! Cepat sikit naik pelamin. Aku dah tak sabar nak rasa nasi minyak kau nih!" Usik Nurse Mimi sambil tertawa kecil.

"InsyaAllah, Mi." Balas Nurse Dian sambil tertawa. Malu barangkali.

×*×*×*

Pintu bilik wadku ditolak perlahan oleh suamiku. Aku baru saja tersedar dari lenaku. Apabila melihat sosok tubuhnya, aku pejamkan semula mataku. Sakit hatiku padanya masih belum reda. Kerana sikap buta tulinya, aku jadi begini. Aku benci dia!

Kedengaran dia menghenyak punggungnya di kerusi berdekatan katilku. Jemariku diraihnya perlahan dan dikucupnya lembut. Aku membiarkan saja perilakunya itu. Digenggamnya pula jemariku.

"Maafkan aku, Dhia. Seharusnya aku yang menjaga kau. Seharusnya aku yang menyelamatkan kau dan melindungi kau. Malangnya, aku tak mampu melakukan semua itu. Maafkan aku, Dhia." Bisik Tengku Andika dalam tangisnya.

Aku cuba menahan sebaiknya air mataku dari menitis. Namun, aku telah gagal untuk menahannya. Air mataku gugur satu per satu tanpa henti.

"Jangan menangis sayangku, Dhia." Bisik suamiku lagi. Terasa jemarinya mengelap perlahan air mataku.

Lantas, aku menarik jemariku dari genggamannya. Kelihatan suamiku tersentak. Aku merubah posisi ku kepada duduk. Aku merenungnya tajam.

"Sayang dah sedar?" Soal Tengku Andika kepadaku.

"Kenapa awak dekat sini? Kalau wife awak cari awak nanti macam mana? Awak nak ke dia serang saya dekat hospital pulak?" Soal aku, panas.

"Kenapa kau cakap macam tu Dhia? Kau pun wife aku. Aku berhak ke atas kau. Kau tanggungjawab aku, Dhia. Aku sayang kau." Jawab suamiku bersama kerutan didahinya.

"Kalau awak sayang saya, awak takkan tinggalkan saya, Dika. Awak takkan berkahwin dengan dia!" Balas aku, sedikit tinggi nada suaraku.

"Dhia. Kita dah bincang pasal ni sebelum ni. Kenapa kau nak ungkit lagi?!" Soal Tengku Andika, panas.

Aku tidak membalas. Tubuhku, aku rebahkan semula ke katil. Aku baring membelakangi dia. Air mataku kembali bergenangan. Selimut di bahagian perutku, aku tarik supaya menyelubungi seluruh tubuhku.

Dia tak sayangkan aku! Sikit pun dia tak peduli perasaan aku! Aku benci dia! Aku benci dia!!

"Dhia..." Panggil suamiku, bangkit dari kerusinya. Dia cuba memujukku sambil menyentuh lenganku yang dilapisi selimut. Aku pantas menarik lenganku seolah menolak.

"Dhia! Boleh tak kau jangan berperangai macam budak kecik?! Aku bosan kau macam ni!" Jerit Tengku Andika padaku.

Jantungku berdetak kencang. Terasa bahang telingaku memdengar ayatnya. Aku membuka selimut pada wajahku. Aku menolehnya bersama juraian air mata.

"Ceraikan saya! Awak happy. Dia happy. Saya pun happy. Win- win situation. Hurmm?" Ujar aku, selamba.

Tengku Andika tidak membalas bicaraku. Hanya matanya saja merenungku dengan wajah monyok. Dari pandangan matanya, aku tau dia kecewa dengan permintaan yang aku utarakan kepada dia.

"Takde jawapan? It's okay. Saya bagi awak masa untuk berfikir." Ujar aku. Tanpa menunggu jawapan dari dia, aku menarik selimut menutupi kepalaku semula.

Kedengaran bunyi tapak kasut menghampiri ke posisi baringanku. Tengku Andika mengucup dahiku yang berlapiskan selimut nipis itu.

"Itu takkan pernah berlaku." Bisik Tengku Andika pada cuping telingaku.

Lantas, dia melangkah pergi meninggalkan aku sendirian. Aku menangis dalam sepi. Kedua lututku, aku tarik supaya merapat ke dadaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience