[ BAB 16 ]

Romance Completed 10458

BUKKK!

Papan meja ditumbuk kuat oleh suamiku. Matanya memerah bersama bahang kemarahan yang menjalar dalam pembuluh darahnya. Rakaman cctv yang dilihatnya kini ternyata sebuah rakaman kejahatan mamanya sendiri terhadap insan yang paling dicintainya.

Pengawal yang menjaga cctv itu turut tersentak akan tindakan drastik suamiku.

"Bawak bertenang encik Andika." Pujuk Doktor Amran.

Suamiku menundukkan pandangannya sambil memejam erat matanya. Rasa pilu mencucuk-cucuk tangkai hatinya seakan tidak percaya akan kebenaran di depan mata. Nafasnya dihembus kasar.

"Jangan padam rakaman ni. Saya nak jadikan bahan bukti." Ujar suamiku, mendatar.

Sejurus itu, suamiku meninggalkan bilik rakaman cctv itu. Doktor Amran pantas meminta pengawal bertugas itu menyimpan rakaman tersebut di dalam sebuah pendrive milik Doktor Amran.

×*×*×*×*

Tubuh suamiku melangkah longlai menuju ke bilik aku ditempatkan iaitu bilik 311.

Kenapa mama benci sangat dengan Dhia? Setiap kali Dhia cuba buat baik dengan dia, dia selalu menolak. Seolah ada sesuatu yang buat mama jadi macam tu. Tapi, apa? Detik hati suamiku.

Sejak dulu lagi soalan itu sentiasa memenuhi kotak fikirannya. Namun, dia selalu menolak fikiran negatif tentang mamanya itu. Apatah lagi, mamanya itu tempat dia bergantung hidup. Tak mungkin mamanya tergamak membuat perkara buruk itu. Tapi, apa yang dilihatnya tadi seperti bukan sikap mamanya.

Tanpa sedar, ingatannya membawa dia kembali menjangkau suasana masa lampau.

*×* BEBERAPA TAHUN LALU *×*

"Mama tak setuju! Kenapa dia? Dalam ramai-ramai anak kawan mama, kenapa kamu pilih dia yang takde dalam list?" Soal Tengku Mariana kepada suamiku.

Suamiku mendengus kasar mendengar penolakan Tengku Mariana akan pilihan hatinya.

"Kenapa mama tak setuju? Dika sayangkan Dhia, ma. Dika nak kahwin dengan Dhia. Dika nak hidup dengan Dhia. Please lah ma." Pujuk suamiku sambil menggapai jemari Tengku Mariana.

"NO! Mama kata mama tak setuju. Mama tak setujulah! Kamu ni kenapa? Tak faham bahasa ke?" Tempelak Tengku Mariana sambil merentap jemarinya.

"Ma, yang nak kahwin sekarang ni Dika tau. Bukan mama. Dika! Kenapa mama tak suka Dhia?" Soal suamiku pula, sedikit meninggi suaranya.

"Hei! Kamu kenal ke keluarga dia tu? Bagus sangat ke dia tu? Sampai kamu tolak mentah-mentah calon pilihan mama! Tell me. Tell me, Dika!" Lontaran kata-kata Tengku Mariana bagaikan menghiris hati suamiku.

"Dika kenallah ma keluarga Dhia tu. Keluarga Dhia baik sangat dengan Dika. Lagipun, Dika dah janji nak kahwin dengan Dhia hujung tahun ni." Balas suamiku, takut-takut menatap wajah Tengku Mariana.

"What?! What are you thinking? Are you lost your mind? Dia tu tak setaraf dengan kita, Dika. Mama tak nak budak tak habis belajar tu jadi menantu mama. What is wrong with you?! Jangan buat malu mama, Dika. Oh, god!" Tengku Mariana mengeluh berat sambil mengurut keningnya.

"I'm sorry, ma. But, this time. Let me decide what is the best for my future. I love her so much and I dont want to lose her." Bicara suamiku bersama mata yang sudah berkaca.

"Dika, listen! Mama tak kisah kalau kamu nak kahwin dengan sapa pun. Tapi, bukan dia. Please, honey. Kasihankan mama. Please..." Pujuk Tengku Mariana dengan harapan fikiran anaknya akan berubah.

"I can't do that. Dika dah cuba jauhkan diri dari Dhia. Tapi, semakin Dika menjauh. Semakin kuat jodoh kami, ma. Dika cintakan Dhia." Kata-kata suamiku menyemarakkan lagi api kemarahan Tengku Mariana.

"Persetankan cinta tu Dika! Cinta tu buta! Ingat cinta boleh beri kamu bahagia? Boleh beri kamu duit? Don't be stupid!"

Tergamam suamiku seketika apabila diherdik begitu oleh Tengku Mariana. Terbit rasa tidak puas hati di wajah suamiku. Lantas, suamiku bangkit.

"Dika tetap akan berkahwin dengan Dhia hujung tahun ni. By hook or by crook. Even mama tak restu sekalipun. Keputusan Dika muktamad!"

Tanpa menunggu jawapan Tengku Mariana, suamiku menapak pergi meninggalkan Tengku Mariana.

"Dika! Dika!!" Panggil Tengku Mariana.

Tanpa sedar, suamiku telah tiba dihadapan bilikku. Cermin kaca yang menampakkan aku dari dalam itu disentuhnya. Sayu hatinya melihat balutan dikepalaku.

Maafkan abang, sayang. Maafkan mama. Rintih hati suamiku.

"Hoi!" Panggil satu suara membuatkan suamiku pantas menoleh ke kanannya.

Kelihatan Ruz menapak ke arahnya. Keningnya berkerut seribu melihat wajah bengis itu. Ingatannya masih segar tentang fotoku bersama seorang lelaki persis Ruz. Lantas, bahang kemarahan meruap-ruap di wajahnya.

"Kau nak apa datang sini, huh?!" Soal suamiku, panas.

Kata-kata yang keluar dari bibir suamiku itu membuatkan langkah Ruz terhenti di hadapannya. Ruz menatapnya dengan seliratan tanda tanya yang tak terjawab.

Apahal mamat ni? Dah gila ke? Detik hati Ruz.

"Kau tunggu apa lagi? Meh lah! Kalau kau rasa diri kau tu layak untuk ganti tempat aku, tunjukkan kehebatan kau!" Cabar suamiku sambil mengepal jemari kanannya, bersedia untuk melepaskan tumbukkannya pada wajah Ruz.

"Eh, dia nih! Kau ni kenapa? Mabuk? Aku rasa otak kau ni tercampak keluarlah masa kau accident semalam. Sepatutnya, doktor balut kepala kau, bukan tangan kau." Balas Ruz, selamba.

Mendengarkan suara Ruz yang halus itu membuatkan suamiku terpempam seketika. Perlahan-lahan, wajah berangnya memudar.

"Kau, perempuan?" Soal suamiku bersama pandangan pelik.

"Apahal kau tanya aku soalan bodoh tu? Tak percaya ke?" Soal Ruz pula bersama alis mata yang berkerut.

"Ya Allah. Selama ni aku ingatkan wife aku tu curang. Rupa-rupanya, pengkid." Tawa kecil tercetus dari bibir suamiku seolah ada yang lucu disitu.

Melihatkan tawa suamiku, Ruz menjadi panas hati. Giginya diketap sebagai tanda marah.

"Kau gelak? Kau ingat lawak ke aku jadi macam ni? Kau ingat aku nak ke jadi pengkid ni?! Huh?!" Jerkahan Ruz membuatkan suamiku terdiam.

"Sorry lah. Aku tak bermaksud apa-apa pun..." Terkulat-kulat suamiku cuba meminta maaf.

"Pergi mampos dengan kau punya maaf tu! Sekarang aku nak tanya kau. Mana mak kesayangan kau tu?" Soal Ruz, beku bersama renungan tajamnya.

"Eh? Chills lah. Takkan kau nak mengadu dekat mama aku pulak? Relax lah." Pujuk suamiku, cuba menenangkan Ruz yang kepanasan.

"Kau jangan banyak bunyilah. Kau bagitau jelah mana mak kau tu?!" Desak Ruz, bersama wajah serabutnya.

"Mama aku dah balik." Jawab suamiku, senafas.

"Arghhhhh!" Jerit Ruz, melepas satu tumbukan pada dinding tepat disebelah tempat berdirinya suamiku. Hilang sesaat nafas suamiku.

Ruz menarik tangannya. Nafasnya turun naik dengan laju. Anak matanya jelas memancarkan api kemarahan yang tak pernah padam.

"Kau... Kau kenapa? Kau okay ke tak ni?" Soal suamiku, tergagap-gagap cuba menyentuh lengan Ruz. Namun, pantas Ruz mengelak.

"Tak! Aku tak okay! Aku takkan okay selagi pembunuh keluarga aku tak masuk penjara!"

Jawapan Ruz menghasilkan kerutan didahi suamiku. Dilihat raut wajah dingin itu telus tanpa ragu. Air liur yang ditelan terasa sukar.

"Apa kau cakap ni? Kau nak kata mama aku tu pembunuh ke?" Soal suamiku, tidak percaya.

Ruz tidak menjawab. Hanya matanya saja mencerlung menatap suamiku. Sesaat kemudian, keluhan berat terhasil dari bibir nipis Ruz sebelum dia membuka bicara.

"Aku hilang ibu aku disebabkan dia. Aku hilang ayah aku disebabkan dia. Hidup aku hancur disebabkan dia. Mak kesayangan kau tu dah BUNUH keluarga aku!" Bicara Ruz bersama mata yang berkaca.

Terpempam suamiku. Perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka dihatinya. Terlihat kejujuran dalam anak mata Ruz. Namun, perasaan itu pantas disangkal oleh suamiku.

"Eh! Kau ingat aku nak percaya ke semua ni? Hurm? Mama aku bukan macam tu! Nak bunuh semut pun dia tak sampai hati. Apatah lagi membunuh orang! Tak mungkin mama aku buat macam tu dekat keluarga kau yang entah sapa-sapa nih! Better kau stay away dari family aku!" Keras suamiku memberi amaran.

"Fyi, mak kau tu punca wife kau dalam bilik tu tau!" Jerit Ruz, cuba menyedarkan suamiku.

Sekelip mata, kejadian di dalam cctv tadi terbayang dalam mata suamiku membuatkan dirinya menelan air liur dengan hati terkilan. Melihatkan suamiku membisu, Ruz kembali berbicara.

"Ish! Aku tak fahamlah. Kenapa kau masih nak bela dia? Dia tu dah buat ramai orang menderita dengan sikap dia, tahu tak?!"

Kata-kata yang dilontarkan oleh Ruz menyentakkan suamiku. Lantas, suamiku mencekak kolar baju gadis itu merapat ke dinding.

"Sebab dia mama aku. She's my mom! Sejahat-jahat dia, dia tetap mama aku! And kau! Kau takde hak nak cakap yang bukan-bukan pasal mama aku!"

Ruz tertawa sinis mendengar bicara suamiku. Pantas, Ruz merentap kasar bajunya dari genggaman suamiku. Matanya tajam menatang tentangan mata suamiku dan menapak beberapa langkah sebelum berhenti dan berpaling ke arah suamiku.

"Let me tell you something. Kau akan kehilangan wife kau kalau kau terus macam ni. And aku. Aku takkan berdiam diri. Aku akan bukak balik kes kematian ibu dan ayah aku tu. Aku akan cari tau ke mana semua harta ayah aku. Also, apa punca ayah aku muflis! Bersiaplah untuk membela mak kesayangan kau tu. See you in the court!" Amaran Ruz sebelum meneruskan langkahnya.

Suamiku tidak membalas atau menghalang Ruz. Hanya matanya saja merenung sosok itu berlalu sehingga hilang bayangnya.

×*×*×*×*

Handbag jenama prada miliknya dihempas ke meja kaca di biliknya. Perasaan amarah yang disulami kegelisahan itu mengintai-intai jendela hatinya. Perbualannya bersamaku tadi tergiang-giang dalam fikirannya.

"Apa salah Dhia, ma?"

"Sebab aku benci keturunan kau!"

Lantas, punggungnya dihenyak kasar pada bangku kerusi yang menghadap jendela biliknya. Dalam kesamaran biasan cahaya rembulan, matanya menjangkau jauh ke sekitar. Sekaligus, mengimbau kenangan silam.

*×* ZAMAN REMAJA *×*

Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut rambut panjang separas bahu milik Tengku Mariana. Dibibirnya menguntum segaris senyuman pabila melihat kehadiran insan tersayang, Abu Bakar.

Namun, lain pula bagi Abu Bakar. Wajahnya menampakkan garis-garis keresahan. Senyumannya juga seakan sulit untuk diukirkan. Bunga-bunga kemesraan tidak langsung bercambah di wajahnya.

"Abang Bakar, kenapa ni? Kenapa abang Bakar nampak risau ni?" Soal Tengku Mariana, mendekati sang kekasih.

"Sebenarnya, abang ada perkara penting yang abang kena bagitau Yaya." Jawab Abu Bakar, mengetap bibir seakan berat ingin menyampaikan berita itu.

"Apa dia tu?" Soal Tengku Mariana, lembut.

"Mak abang dah masuk meminang Aisyah untuk abang, Yaya." Ujar Abu Bakar, senafas.

Seperti yang dijangka olehnya, Tengku Mariana tergamam. Harapannya untuk membina mahligai bersama Abu Bakar jatuh berderai umpama jutaan debu yang berkeliaran. Juraian air mata pantas membasahi pipi mulus Tengku Mariana.

"Kenapa abang tak halang mak? Kenapa abang biarkan semua ni berlaku? Kenapa?!" Soal Tengku Mariana bertalu-talu.

"Abang tak tau, Yaya. Abang balik rumah je, mak bagitau abang pasal tu. Abang mintak maaf, Yaya. Abang rasa hubungan kita cukup sampai disini. Maafkan abang." Balas Abu Bakar sebelum menapak pergi.

Namun, Tengku Mariana terlebih dulu menggapai lengan sasa Abu Bakar. Sekaligus membuat langkah Abu Bakar terhenti.

"Abang... Abang...." Panggil Tengku Mariana sambil menyentuh kedua pipi Abu Bakar supaya menatapnya.

"Abang... Abang pujuklah mak. Mintak mak masuk meminang Yaya, bang. Yaya... Yaya tak boleh hidup tanpa abang. Pujuk mak ea bang? Pujuk mak. Please bang... Yaya merayu!" Rintih Tengku Mariana, sayu.

"Yaya... Yaya! Dengar apa abang nak cakap ni!" Jerit Abu Bakar, menggoncang kedua bahu Tengku Mariana untuk menyedarkan gadis itu yang sudah hanyut dalam kepiluan.

"Sejak dulu lagi, mak abang tak pernah terima Yaya. Mak abang tak pernah setuju dengan hubungan kita ni. Keluarga Yaya pun tak dapat terima abang. Sebab abang ni cuma petani. Yaya pulak anak orang kaya. Terimalah hakikat yang kita takde jodoh, Yaya." Jelas Abu Bakar, bagai mencurahkan cuka di kelukaan hati Tengku Mariana.

"Habis? Abang nak salahkan Yaya ke sekarang ni? Salah Yaya ke bang kalau Yaya ni anak orang kaya? Bukan Yaya yang mintak semua ni!" Balas Tengku Mariana, membela diri.

Kelihatan Abu Bakar bercekak pinggang sambil menggeleng perlahan.

"Yaya. Kalau Yaya terus macam ni, abang rasa lebih baik kita bawak haluan masing-masing. Abang doakan semoga Yaya bertemu dengan lelaki yang akan mencintai Yaya lebih dari abang dan diterima oleh keluarga Yaya dengan hati terbuka. Selamat tinggal, Yaya." Bicara Abu Bakar sebelum menapak pergi.

"Abang! Abang Bakar! Abang!!" Terjerit-jerit Tengku Mariana memanggil Abu Bakar. Namun, tidak sekalipun Abu Bakar berhenti atau menoleh ke belakang.

Keluhan halus terhasil dari bibir tua milik mertuaku. Setitis air jernih yang mengalir diseka perlahan.

"Kalau mak abang tak boleh terima Yaya jadi menantu dia. Yaya pun tak boleh terima anak abang jadi menantu Yaya. Sampai bila-bila!" Gumam mertuaku, keras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience