[ BAB 21 ]

Romance Completed 10458

Setelah semalaman di dalam ICU, akhirnya suamiku telah dipindahkan ke wad biasa. Aku menarik kerusi rapat ke sisinya. Perlahan-lahan, aku melabuhkan punggungku.

Wajah yang sedang lena itu kelihatan sedikit pucat. Aku renungi tiap inci wajahnya. Sungguh, aku rindukan semua tentang dia. Jemarinya aku sentuh perlahan dan aku kucup penuh kasih.

"Dhia sayang abang..." Bisikku perlahan.

Tiba-tiba, perutku memulas. Aku bangkit dan masuk ke dalam bilik air. Sedang leka aku melabur, suasana yang sunyi sepi mula menjadi riuh rendah. Kedengaran suara seperti seseorang sedang bergelut. Aku jadi panik bila terdengar teriakkan dari suamiku seolah memaksa aku untuk segera siap.

Zraaaappppp!

Apabila pintu bilik air dibuka, aku tergamam. Tubuhku melekap ke dinding. Seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat kini. Dihadapan mataku adalah mak mertuaku, Tengku Marianna bersama picagari di tangan kanannya.

"Mama! Mama buat apa ni? Lepaskan abang!" Jeritku sekuat hati sambil memaut lengan mama.

Suamiku yang masih lemah tidak mampu menepis cengkaman tangan mama pada batang lehernya. Keadaannya masih separa sedar dek kerana ubat bius yang masih tersisa. Terbatuk-batuk suamiku.

"Lepaskan! Jangan sentuh aku! Aku nak bunuh dia!"

"Mama! Mama dah gila ke?! Abang kan anak mama! Lepaskan abang, ma!"

Dengan sekuat tenagaku, aku menarik tubuh mama sehingga tubuh tua itu terjelupuk ke lantai. Kelihatan beberapa jururawat menghampiri kami.

"Uhuk! Uhuk!"

Suamiku mengusap lehernya yang terasa sakit bersama dada yang berombak tinggi.

"Abang... Abang okay?" Soalku, risau.

Doktor yang berada disitu, segera memeriksa keadaan suamiku. Tanpa sedar, mama bangkit bersama picagarinya. Dia ingin mensasarkan diriku. Namun, dia tergelincir dan picagari itu tertusuk ke jantungnya.

Semua yang berada di dalam bilik itu tergamam. Mama memalingkan tubuhnya. Matanya terbelalak sehingga terlopong mulutnya. Setitis air mata gugur dari tubir mata itu.

"Mama?" Panggilku.

Tanpa berlenggah, Doktor Amir menghampiri mamaku. Dia memeriksa nadi mama. Perlahan-lahan, dia menggelengkan kepalanya.

"Ya Allah..." Gumamku perlahan.

”Mama..." Panggil suamiku sambil menuruni katil. Aku memapah tubuhnya menghampiri mama. Jatuh air mata suamiku sambil menutupi mata mama. Dipeluknya tubuh kaku itu.

"Maafkan Dika, ma. Maafkan Dika!"

Aku bersimpuh disamping suamiku. Tiada kata yang mampu aku ucapkan untuk menenangkan suamiku. Aku hanya mampu memeluk bahunya untuk tetap kuat menghadapi kehilangan insan tersayang.

"Mama!!" Jerit suamiku.

Sejak kematian mama, segalanya terbongkar.

Mama merupakan dalang di sebalik kematian ibu bapa Ruziah. Penyelewengan duit syarikat bapa Ruziah yang telah dilakukan oleh mama telah menyebabkan syarikat bapa Ruziah bankrup. Mama juga telah mengupah orang untuk membunuh ibu Ruziah kerana menganggap ibu Ruziah sebagai penghalang untuknya memiliki harta dan kasih sayang bapa Ruziah.

Mama juga merupakan dalang disebalik kematian maduku, Sharifah Alianez. Mamalah yang telah merancang perkahwinan suamiku dengan Sharifah Alianez selama ini dek kerana kebenciannya yang melangit terhadapku.

Tidak berakhir disitu, aku juga menemui satu berita yang memeritkan. Mama telah membunuh bapaku. Bapa kandungku! Saat ini, hanya deraian air mata yang mampu aku pamerkan. Kecewa, marah dan dendam silih ganti menyapa hatiku.

Tergamak mama buat semua itu demi harta dunia yang sementara. Suamiku disisi, aku kerling sekilas. Sejak kejadian itu, suamiku tidak berbicara denganku. Malah dengan sesiapa pun. Hanya aku yang menjawab segala persoalan.

Jemarinya aku genggam, cuba mencari kekuatan yang tersisa. Aku rapuh tanpa dia. Aku tak kuat nak hadap semua kenyataan yang memeritkan ni. Aku perlukan suamiku. Aku mahu dia kembali padaku. Aku mahu dia seperti dulu. Aku dah penat!

Tanpa sedar, aku rebah disisinya. Sakit kepalaku kembali menyerangku. Dalam kekaburan, aku lihat suamiku mengendong tubuhku. Degupan jantung suamiku kedengaran kencang saat dia berlari membawaku ke wad kecemasan.

"Abang..." Panggilku, lemah.

"Bertahan sayang!" Hanya itu kata-kata terakhir yang terdengar dicuping telingaku sebelum aku menutup mataku.

Ya Allah, kau kuatkanlah hati hambaMu ini. Sesungguhnya, segala yang berlaku ini pasti ada hikmahnya. Jika Engkau memanggilku pulang, aku ingin berada dalam keadaan yang tenang, Ya Allah.

Tiba-tiba, aku tersedar. Suamiku disampingku tersentak melihatku. Aku lihat matanya membengkak dengan teruk. Dia mendakap tubuhku seeratnya.

"Alhamdulillah. Alhamdulillah, Ya Allah..." Ucap suamiku berulang kali bersama esakan halus.

"Abang... Kenapa ni?" Soalku, blur.

Suamiku meleraikan pelukannya. Rambutku yang menghalang wajah, diselitkan ke belakang telingaku. Wajahnya tersenyum dalam tangisan. Jemariku digenggam erat.

"Doktor kata sayang ada darah beku dalam otak. Kesan daripada perbuatan mama. Sebab tu sayang pengsan. Lama sayang tidur. Dekat sebulan lebih abang tunggu sayang sedar. Syukur akhirnya sayang sedar." Teresak-esak suamiku menangis.

"Hurm?"

Pelik. Aku rasa macam aku tidur satu malam je. Tak sangka boleh jadi sebulan. Kepalaku yang berbalut, aku sentuh.

Suamiku menekan butang untuk memanggil doktor supaya memeriksa keadaanku. Dia membantu aku duduk sambil membetulkan kedudukan bantalku. Aku lihat dirinya.

"Apa dah jadi dengan abang ni? Mana suami Dhia yang handsome tu? Kenapa kusut masai macam ni?" Soalku, mengusap lembut pipinya yang kelihatan cengkung.

"Sayanglah penyebabnya. Sayang tidur lama sangat sampai berjanggut abang tunggu." Suamiku tertawa kecil.

"Jom kita balik, abang." Ujarku, tersenyum nipis.

"Jom."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience