[ BAB 14 ]

Romance Completed 10458

BANGGG!

Bunyi pintu bilik dihempas kuat oleh Sharifah Alianez. Lantas, punggungnya dihenyak kasar ke birai katil. Dadanya berombak kencang menahan amarah akan sikap suamiku terhadapnya tadi. Terasa kata-kata suamiku menikam terus ke jantungnya.

“Huawrghhhhhh!!” Jerit Sharifah Alianez sekuat hati sambil menghempas lampu tidur disisinya.

Dia terjelupuk ke bumi. Bendungan air matanya pecah. Rasa tidak puas hati mencucuk-cucuk sanubarinya. Lantas, di matanya terpancar percikan api yang membara. Bersama senyuman sungging, dia berbicara.

“Aku akan pastikan kau jadi milik aku, Dika. Selamanya milik aku!” Jerit Sharifah Alianez, dituruti dengan hilai tawa yang merentap ketenangan.

Serpihan kaca lampu tidur didepan matanya dicapai dan ditoreh pada pergelangan tangan kanannya. Dia berdecit perlahan, menahan kesakitan torehan itu. Kemudian, dia menjerit sekuatnya sehingga memaksa Mak Cah menghampiri bilik tidurnya.

"Ya Allah. Madam?!" Jerit Mak Cah.

×*×*×*×*

Pepohonan rendang menari-nari ditiup angin bagaikan berbisik kepadaku supaya segera sedar dari lamunan yang panjang. Terkebil-kebil mataku yang terpaku pada bangku itu bagaikan katak disimbah air.

Kosong? Bangku tu kosong?!

Tiada sesiapa disitu. Hanya ada aku saja. Aku pantas menggeleng perlahan sambil meraup wajahku. Deraian tawa kecil terhasil dari bibirku.

Hurmmm... Dah gila agaknya aku ni.

Jam dipergelangan tangan, aku kerling sekilas. Bagai mahu tersembul biji mataku saat melihat jarum jam telah memanah tepat ke angka dua belas, menandakan telah masuk waktu tengahari.

Mak oi! Lama jugak aku terpacak dekat sini. Ish! Baik aku balik sekarang.

Tanpa berlengah lagi, aku berpaling untuk mengatur langkah pulang. Saat aku berpaling, aku bagaikan tergamam pabila mataku melihat sosok tubuh suamiku berdiri tidak jauh dariku.

Tanpa sempat aku menyorok, suamiku menoleh ke arahku. Langkah kakiku bagaikan terkunci disitu. Tak semena-mena, angin menjatuhkan dedaunan kering dari pohon-pohon yang berjejar di sepanjang jalan seolah mengiringi langkah suamiku saat dia menghampiriku.

Kini dia berdiri di hadapanku. Aku lihat mata redupnya menjamah wajahku seolah-olah melepaskan kerinduan yang menghambat jiwanya. Perlahan-lahan, bibir suamiku mengukir senyum. Namun, senyumannya tidak dapat menutup mendung yang meliputi wajahnya.

"Sayang, sihat?" Soal suamiku bersama kolam matanya yang sudah berkaca. Bibir bawahnya diketap, cuba menahan tangisannya dari pecah.

Aku mengangguk perlahan. Mendengarkan getaran dibibir suamiku, sudah cukup memukul tangkai hatiku. Sekaligus, membuatkan aku ditimbuni kesedihan.

Kelihatan awan mendung berarak ditiup angin.

Aku lihat berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak matanya. Namun, pantas dia menyeka.

"Alhamdulillah. Sebenarnya, aku... Ab... Abang... nak bagi sayang fon sayang." Ujar suamiku, sedikit gagap sambil mengeluarkan fon aku dari poket seluarnya. Namun, perbuatannya terbantut pabila melihat tangisanku.

Saat mendengar perkataan ABANG dari bibir suamiku, juraian air mata yang aku tahan sedari tadi berguguran jua dari sudut mataku. Terasa bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masa lampau mencengkam jiwaku.

Sejujurnya, aku rindukan suamiku yang dulu. Tapi, disebabkan satu kejadian pahit yang melanda rumah tangga kami, semuanya berubah. Suami yang aku kenal telah MATI bersama kejadian itu.

"Sayang... tsk... tsk... Janganlah nangis. Kalau sayang nangis, tsk... tsk... Abang lagi sedih." Pujuk suamiku, tersedu-sedan sambil merenung sayu ke arahku.

Melihatkan aku semakin galak menangis, suamiku mendekatiku. Terketar-ketar jemarinya menyentuh tubuhku. Lantas, didakapnya tubuhku dengan erat. Aku hanya membiarkan saja dia memelukku.

Sesekali kelihatan cahaya kilat memanah langit.

Dikucupnya ubun-ubunku. Kemudian, dia mengusap perlahan helaian rambutku seolah memujukku supaya kembali tenang. Lambat-lambat aku membalas pelukkannya dan aku eratkan lagi dakapanku sehingga aku benamkan wajahku ke dadanya yang bidang itu. Terasa lencun bajunya dengan air mataku.

Setelah melihat tangisku surut, suamiku meleraikan pelukkannya dan menarikku supaya duduk di bangku kosong itu. Tersedu-sedu aku menunduk dihadapannya sambil menanti bicaranya padaku.

"Sayang." Panggil suamiku, perlahan.

Mendengarkan panggilannya, aku mendongak menatap anak matanya yang hitam galak itu. Terasa sinar matanya lembut dan mendamaikan hatiku. Jemariku diraih ke dalam genggamannya.

"Abang tau sayang perlukan masa untuk bersendiri. Dengan keadaan kita sekarang, abang izinkan sayang pergi ke mana saja sayang mahu. Abang takkan halang sayang." Ujar suamiku bersama senyuman nipis.

Aku hanya membisu, membiarkan suamiku menghabiskan bicaranya.

"Tapi, abang tak boleh lepaskan sayang. I just can't. Setiap kali abang dengar sayang cakap perkataan tu, hati abang hancur. Rasa macam runtuh mahligai perkahwinan kita, sayang." Luah suamiku.

Aku lihat awan mendung bergayutan di pelipis matanya membuatkan aku ketap bibir. Rasa serba salah mengetuk pintu hatiku. Perlahan-lahan, suamiku mengambil telefon bimbitku dalam poket seluarnya dan diletakkan dalam telapak tanganku.

"Ni fon sayang. Abang pulangkan pada sayang. And lagi satu." Ujar suamiku sambil mengeluarkan rantai yang dipakainya selama ini.

"Cincin sayang." Sambung suamiku. Perlahan-lahan, aku membelek cincin itu.

"Abang takkan paksa sayang untuk pakai cincin ni. Tapi, kalau abang masih ada tempat dalam hati sayang, abang harap sayang masih sudi nak pakai cincin ni." Bicara suamiku bersama sinar yang dilindungi mendung.

Jemariku mengenggam rantai itu. Seketika kemudian, suamiku bangkit. Aku turut bangkit.

"Abang sayang sangat dekat sayang. Bila abang takde nanti, sayang jaga diri baik-baik tau. Jangan sedih-sedih. Kalau sayang rindukan abang, call je. Abang akan jawab ASAP. Okay?" Pesan suamiku sambil tersenyum manis.

Bibirku mengukir senyuman tawar sambil mengangguk kecil. Entah mengapa, bicara suamiku ini membuatkan jantungku berdebar seolah ada sesuatu yang akan berlaku.

"Abang pergi dulu, sayang. Assalammualaikum." Ujar suamiku sambil menghulur tangannya untuk aku kucup.

Aku meraih jemarinya dan aku kucup lama disitu seolah berat untuk aku lepaskan dia pergi dariku. Namun, peganganku terlerai jua. Aku perhati saja sosok tubuh suamiku menapak pergi.

Jalan Dika! Tengok depan. Jangan toleh belakang! Jerit suamiku di dalam hati.

Ya Allah! Kau kuatkanlah hatiku. Bantu aku untuk memberi ruang kepada isteriku, Dhia Tihanni Binti Abu Bakar. Aku tak sanggup nak tengok raut wajah pilu isteriku. Aku takut aku tak mampu nak beri dia ruang untuk bersendiri. Rintih suamiku lagi, sekadar di dalam hati.

Aku masih terpacak disitu sambil melihat sosok suamiku yang telah hilang ditelan waktu. Tiba-tiba, wajahku terasa basah. Aku mendongak. Aku lihat titik-titik hujan bertali-temali dari langit. Lantas, aku mengatur langkah pulang ke rumah secepat mungkin.

Tanpa aku duga, suamiku memerhatikanku dari dalam keretanya sehinggalah aku selamat tiba di rumah sewaku. Setelah memastikan aku masuk ke dalam rumah, kereta suamiku memecut membelah lebuhraya yang dibasahi hujan.

Di dada langit, kilat sambar-menyambar disusuli bunyi guruh yang berdentam-dentum. Ditambah pula dengan hujan lebat yang kian memutih sehingga menyukarkan pengguna lebuhraya untuk memecut.

×*×*×*×*

ZRUPPP!

Pintu bilik air dibuka olehku. Rambutku yang masih basah, aku gosok kasar menggunakan tualaku. Sementara menunggu rambutku kering, aku singgah di ruangtamu dan menghidupkan televisyen.

Televisyen yang telah dihidupkan, aku tukar ke siaran tv3. Terpana diriku saat membaca tajuk berita yang terpapar di skrin tv itu sehingga terlepas tuala mandiku dari peganganku.

"USAHAWAN PERKAPALAN KEMALANGAN JALANRAYA"

Mataku sudah berkaca saat skrin tv itu menunjukkan sekeping foto suamiku. Terasa jantungku bergoncang hebat bagaikan mahu memecahkan rangka dadaku.

"Ya, Allah. ABANG!" Jeritku, bersama juraian air mata.

~ Hai reader semua ~ Jgn lupa share pndpt korg di ruangan komen ya ^_* Syg reader ketat2 xp

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience