[ BAB 20 ]

Romance Completed 10458

Nafas kasar dihela berkali-kali. Sakit kepalanya memikirkan permintaan Sharifah Alianez yang mengejut itu.

Ting! Ting!

Satu pesanan ringkas diterima oleh suamiku. Dia dikejutkan dengan pesanan dari Doktor Amran. Pesanan itu memaklumkan bahawa sistem cctv yang merakam kejadian dihadapan bilik rawatan suamiku tempoh hari telah digodam dan dipadam.

Belum hilang kejutan yang pertama, suamiku dikejutkan dengan pesanan kedua. Pelaku yang sengaja melanggar suamiku seminggu yang lalu adalah...

"MAMA?! Ya Allah..." Terduduk suamiku dibirai katil.

Aku menghampiri suamiku. Jemarinya aku genggam erat.

"Kenapa ni, bang?" Soal aku, panik.

"Apa salah abang? Apa salah abang dapat ibu macam mama? Apa salah abang?! Kenapa mama buat abang macam ni?!" Lirih sekali nada suamiku.

Aku tarik suamiku ke dalam pelukan. Telefon bimbitnya, aku gapai. Alangkah terkejutnya aku membaca dua pesanan itu.

"Shutsssss... Shutsssss... Sabar bang..." Pujukku.

Tiba-tiba, suamiku bangkit. Terkejut aku dibuatnya. Langkahnya diatur menuju ke pintu bilik kami.

"Abang... Abang nak pergi mana?"

"Abang nak jumpa mama!"

Keras nada suamiku menjawab soalanku.

Zreeetttttt....!

Bunyi sebuah kenderaan pacuan empat roda menekan brek mengejut. Aku dan suamiku saling berpandangan.

Bang! Bang! Bang!!

Bunyi tembakan dilepaskan. Jeritan kuat bergema diselangi tangisan. Sejurus itu, kenderaan itu memecut pergi.

"Kenapa tu, bang?" Soalku, bangun menghampiri suamiku.

Tanpa menjawab soalanku, suamiku menarik lenganku supaya menuruti langkahnya. Langkah suamiku terhenti di penghujung anak tangga. Aku turut terhenti.

Terbuntang mataku melihat sekujur tubuh Sharifah Alianez yang terkulai di muka pintu. Tubuhnya habis disirami darahnya sendiri. Raut wajahnya mempamerkan reaksi takut dan cemas.

"Abang..." Panggilku perlahan.

"Mama memang dah melampau!!" Jerit suamiku, melepaskan pegangannya pada lenganku.

"Abang! Abang nak pergi mana?! Ya Allah! Anez!!"

Aku berlari anak menghampiri Sharifah Alianez. Matanya yang terbuntang, aku tutup perlahan bersama jemariku yang sudah menggigil mengalahkan parkinson.

Anita pula telah membuat panggilan polis dan mayat Sharifah Alianez telah dibawa ke hospital berdekatan untuk di autopsi. Kemudian, Anita dan Mak Cah telah dipanggil untuk memberi keterangan kerana mereka merupakan saksi utama kejadian tembak-menembak itu.

Tinggallah aku sendirian di rumah bersama ahli forensik yang melakukan tugas mereka. Aku menanti suamiku pulang. Detik bertukar detik. Suamiku masih belum pulang. Aduh! Mana suami aku nih?! Baliklah cepat, abang!

Telefon bimbitnya aku call. Tak dapat atau sengaja dimatikan. Entah, aku pun tak tahu. Apa yang pasti, panggilanku tidak dijawab oleh suamiku.

"Ya Allah! Kau selamatkanlah suamiku!"

Air mata mulai memenuhi ruang mataku. Fikiranku ini penuh dengan bermacam-macam andaian dek kerana terlalu risaukan suamiku. Tiba-tiba, kereta suamiku memasuki perkarangan rumah. Lantas, aku berlari mendapatkannya.

Suamiku membuka pintu kereta. Tanpa sedar, tubuhnya terjelupuk ke bumi. Terbuntang mataku saat menghampirinya.

"Abang? Abang, kenapa ni?"

Suamiku tidak menjawab. Hanya erangan keras yang kedengaran. Aku lihat kemeja putihnya dipenuhi darah di bahagian perutnya.

"Huh? Darah? Abang! Darah! Tolong! Tolong!! Abang, jangan tinggalkan Dhia! Tetap dengan Dhia, abang!!" Jeritku tanpa henti sambil memeluk kepalanya.

Tanpa membalas kata-kataku, kepala suamiku terlentok. Aku tergamam. Air liur yang aku telan terasa kelat.

"Puan, ke tepi, Puan!"

Ya Allah, terasa gelap dunia aku. Tolong selamatkan suami aku, Ya Allah. Aku sayangkan dia. Kembalikan dia kepadaku, Ya Allah. Aku mohon padaMu.

Kelihatan beberapa ahli forensik disitu membantu suamiku sementara menunggu ambulans tiba. Aku hanya memerhati saja pergerakan mereka.

"Tolong bangun, abang. Tolong... Tolong abang." Rintihku sendirian.

"Maaf, Puan. Suami puan telah tiada." Ujar salah seorang ahli forensik disitu.

Waktu seakan berhenti berdetik. Aku kebingungan. Apa yang harus aku lakukan? Adakah aku telah kehilangan dia? Adakah dia telah meninggalkan aku? Tidak! Tak mungkin!

Aku merangkak ke arah suamiku. Tak terdaya untuk aku berlari mendekatinya.

"Abang... Abang bangun. Bangun abang!" Jeritku, menggoncang tubuhnya yang tidak bernyawa.

Tanpa sedar, aku menekan dada suamiku seperti yang aku lihat di drama-drama sebelum ini. Suamiku masih tidak memberi reaksi. Lantas, aku pukul dadanya berulangkali tanpa henti dengan sekuat hati.

Aku terduduk. Lelah terasa. Apa yang harus aku lakukan kini hanyalah berserah kepada Ilahi. Jika benar suamiku telah pergi, aku harus merelakannya. Teresak-esak aku menangis sambil memeluk tubuhnya.

"Uhuk! Uhuk!" Suamiku terbatuk.

"Abang?" Panggilku seakan tidak percaya.

"Sayang... Dada abang rasa sakitlah macam kena tumbuk. Arghh..."

Aku tidak membalas. Hanya tubuhnya saja aku dakap seeratnya. Aku bersyukur Allah mendengar doaku. Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah. Aku tersenyum dalam tangisan yang tiada henti.

Setibanya ambulans, suamiku dibawa masuk ke dalam kenderaan itu untuk dirawat sementara menunggu rawatan sebenar di hospital. Jemarinya aku genggam erat. Setiap kali dia ingin terlelap, aku akan memanggil namanya dan memastikan dia terjaga sehinggalah kami tiba di hospital.

"Sayang..." Panggil suamiku.

"Ya?" Jawabku, sepatah.

"Abang cintakan sayang selamanya." Daripada riak matanya, terlihat kejujuran dan ketulusan hatinya tika mengucapkan ayat itu.

"Ulang balik ayat ni lepas abang dah masuk wad biasa nanti. Janji dengan Dhia." Pesanku sambil menunjuk jari keringking untuk ditaut oleh suamiku.

Suamiku tersenyum lalu mengait jari keringkingku. Kemudian. suamiku disorong masuk ke dalam wad ICU. Aku lihat tatapan matanya itu seolah dia mengucapkan terima kasih kepadaku.

Aku cuba menahan sebak. Tetapi, aku tak mampu. Akhirnya, air mataku merembes keluar bagaikan hujan lebat membasahi bumi.

Semoga suamiku cepat sembuh dan pulih kembali seperti biasa. Air mataku yang sedia menitis aku lap perlahan. Aku harus tetap kuat. Aku tak boleh lemah macam ni. Kuatkanlah aku, Ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience