[ BAB 9 ]

Romance Completed 10458

Hari ini cerah seperti biasa. Aku menemui sebuah rumah sewa di kawasan bandar. Terdapat sebuah bilik kosong. Aku disambut mesra oleh tuan rumah sewa itu yang mahu dikenali sebagai Hajah Khadijah.

"Terima kasih, Hajah." Ucapku padanya.

"Sama-sama, Dhia. Saya harap kamu selesa di sini. Kalau ada apa-apa yang tidak kena, call saja saya ya." Pesan Hajah Khadijah padaku.

"Baik, Hajah." Balasku sambil tersenyum nipis.

Hajah Khadijah meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Kelihatan empat orang gadis dihadapan muka pintu tersenyum padaku.

Aku bertemu dengan mereka di ruangtamu.

"Hai kak Dhia. Saya, Natasha. Panggil je Tasha. Ni kawan saya, Wanda. Kami classmate dekat UM." Ujar Tasha, ramah.

"Hai kak." Sapa Wanda, mesra.

"Hai Wanda." Balas aku.

"Saya, Inara. Saya kerja dekat Boutique Queen." Balas Inara sambil tersenyum nipis.

"Hai Inara." Sapaku.

"Saya, Auni. Saya kerja dekat restaurant pizza." Ujar Auni.

"Restaurant pizza? Manager ke?" Soal aku, berminat.

"Huh? Macam mana Dhia boleh tau ni?" Soal Auni, separa terkejut sambil tertawa kecil.

"Dhia teka je." Ujar aku, turut tertawa.

"Yup. Saya kerja sebagai manager dekat sana. Almost five years now." Terang Auni.

"Ohhh... Boleh tahan." Ujarku.

"Aku, Ruziah. Panggil je aku, Ruz." Ujar satu suara dari salah satu muka pintu bilik di dalam rumah itu.

Serentak itu, kami di ruangtamu menoleh ke arah suara itu. Aku terkejut. Bibirku tergangga kecil. Wajah yang cerah itu kelihatan kemerahan apabila mata kami bertemu.

"Aku kerja food panda and grab bila free. And, aku roomate kau dalam bilik tu." Ujar Ruz padaku sambil menunding jari ke bilik yang bakal aku duduki nanti.

Aku mengangguk, tanda faham.

"Okaylah. Abiy nak gerak dulu. Gugurls, pape roger abiy. Okay?" Soal Ruz pada kami.

"Okay, abiy." Balas para gadis di situ kecuali aku.

Ruz menarik zip jaket kulit pada tubuhnya sehingga ke paras leher dan menapak pergi. Aku memerhatikan perwatakan gadis bernama Ruziah ini. Ada yang lain pada dirinya. LAIN dari gadis yang lain.

"Hah! Akak mesti terkejut kan?" Sergah Wanda membuatkan aku terjerit kecil. Mereka tertawa.

"Itu Ruz. Dia memang berperwatakkan macam lelaki sikit. Tapi, dia bukan pengkid and dia memang baik giler. Dia sangat protective." Sambung Inara.

"Yup! Betul tu. Kalau sekali imbas akak tengok muka dia, akak akan nampak macam muka Jungkook BTS tu. Tapi, Ruz ni lagi comellah sebab dia perempuan asli." Puji Tasha.

"A'ah Dhia. Kalau Dhia tengok dia pakai tudung, memang comel gila. Kalah kita orang." Celah Auni.

"Oh... Dia ada cite tak kenapa dia jadi macam tu?" Soal aku, sengaja ingin mencungkil rahsia.

"Dia tak pernah cerita pulak. Kita orang pun tak berani nak tanya dia pasal tu." Balas Auni.

Aku sekadar mengangguk, tanda faham.

"So, sekarang akak kerja dekat mana?" Soal Tasha, ingin tahu.

"Emmm... Akak tak sure lagilah, Tasha. Tengah survey kerja jugak ni." Dalihku sambil tersengeh.

"Oh... InsyaAllah, nanti dapatlah tu." Balas Tasha.

Aku mengangguk sambil tersenyum.

"Dhia, kalau Dhia nak masak ke? Nak buat air ke? Guna je semua barang dekat dapur ni. Sebab ni semua barang tuan rumah. Kami pun meminjam jugak." Pesan Auni.

"Okay, Auni." Balas aku.

Aku bangkit dan menapak ke arah bilik yang dibicarakan oleh Hajah Khadijah tadi. Pintu bilik itu, aku tolak perlahan. Aku terkejut. Bilik itu kelihatan bersih, kemas dan wangi.

Tasha dan Wanda tersenyum melihat gelagatku yang terkejut itu.

"Macam mana kak? Akak suka tak bilik ni?" Soal Tasha kepadaku sambil tertawa. Mungkin wajahku ketika ini kelihatan kelakar.

"Sukaaa! Cantik!" Puji aku tanpa segan silu.

"Abiy Ruz memang pembersih orangnya. Dia tak suka tempat yang serabut." Puji Wanda.

"Nice..." Gumamku sendirian.

"Have a good rest kak." Pesan Tasha sambil menutup pintu bilikku.

"Okay. Thank you, Tasha." Ujarku.

Tanpa membuang masa, aku mengemas almariku dengan beberapa helai pakaian yang aku bawa. Usai mengemas, aku duduk diatas katil. Termenung seketika. Keluhan halus aku lepaskan.

Adakah dia akan mencariku? Sedarkah dia akan kehilanganku? Atau, dia tidak peduli sama sekali?

Air mataku pantas bergenangan.

Mungkin dia memang tidak pernah peduli perihal kau, Dhia. Lagipun, dia dah ada Anez untuk teman dia. Dia tak perlukan kau lagi dalam hidup dia.

Bisik satu suara dalam kepalaku.

Tapi, aku rindukan dia. Walaupun aku benci dia sekarang. Tapi, jauh dalam hati aku ni, aku sayang dia. Arghhhh! Pabo! Asal aku bodoh sangat, hah?! Kenapa aku kena sayang orang yang bencikan aku?! Dia benci aku! Aku benci dia!

Air mata aku dah berjuraian lebat. At the end, hati aku bicara padaku begini.

Dia akan sentiasa berada dalam hati kau. Tak kira sejauh mana pun kau berlari. Sedalam manapun lautan kau selami. Dia akan tetap ada tempat dalam hati kau, Dhia.

Aku mengangguk beberapa kali sambil mengelap air mataku. Nafasku, aku tarik dan hembus kasar.

Stay strong Dhia Tihanni!

×*×*×*×*

"Eh, Nita. Madam dah turun sarapan ke belum? Dah dekat tengahari ni." Soal Mak Cah kepada Anita. Gadis itu mengerutkan keningnya.

"Entah. Tak perasan pulak, Mak Cah." Balas Anita sambil membersihkan sinki.

"Takpelah. Mak Cah pergi cek kejap ya." Balas Mak Cah pula.

"Okay." Jawab Anita.

Dia meneruskan basuhannya seperti tadi. Bibirnya menyanyi kecil. Dia menoleh sekilas ke arah ruangtamu dari sudut sinki itu. Kelihatan Tengku Andika sedang membelek-belek ipadnya. Dia mencebik.

Mak Cah membuka pintu bilikku perlahan. Dia menjengukkan kepalanya dan mula membuka pintu bilik itu seluasnya.

"Madam? Madam? Mak Cah ni. Madam?" Panggil Mak Cah beberapa kali sambil menghampiri katilku.

Kemudian, dia mendekati bilik mandiku. Ditekupnya telinga kirinya ke muka pintu bilik mandiku. Senyap.

"Madam? Madam tengah mandi ke?" Soal Mak Cah sambil cuba fokus kepada sebarang bunyi yang dapat didengarinya. Malangnya, tiada sahutan dariku.

Senyap? Mana Madam ni? Detik hati Mak Cah.

Perlahan-lahan, Mak Cah membuka pintu bilik mandiku. Dijelajahinya tanpa ragu-ragu. Kosong. Bilik mandiku kosong. Semua peralatan mandiku juga tidak berusik.

Mak Cah mulai panik. Dia berlari menuruni anak tangga menuju ke arah suamiku. Wajahnya kelihatan pucat.

"Tuan!" Panggil Mak Cah membuatkan Tengku Andika mendongak.

"Ya, Mak Cah? Ada apa?" Soal Tengku Andika sambil meletakkan ipadnya disisi kanannya.

"Madam... Madam Dhia takde dalam bilik!" Ujar Mak Cah, resah.

"Hah? Dia pergi mana?" Soal Tengku Andika, risau.

Anita mula menapak keluar dari dapur apabila mendengar suara cemas dari Mak Cah. Dia menghampiri Mak Cah dengan kerutan di dahi.

"Kenapa ni, Mak Cah?" Bisik Anita.

"Madam takde dalam bilik." Jawab Mak Cah, senafas.

"Hah?!" Balas Anita, terkejut.

"Tak tau Madam pergi mana, Tuan." Balas Mak Cah pada soalan Tengku Andika tadi.

"Dah cek bilik air dia?" Soal suamiku lagi.

"Dah. Kosong, Tuan. Semua barang Madam ada dalam bilik. Semuanya elok, bersusun. Tapi, Madam takde." Jelas Mak Cah, mulai mengesat tubir matanya.

"Takpe. Mak Cah jangan risau. Saya pergi tengok kejap." Ujar Tengku Andika sambil menyentuh perlahan bahu tua milik Mak Cah. Mak Cah mengangguk perlahan.

Tengku Andika melangkah tiga ke empat anak tangga sekaligus. Dia menuju ke bilikku dibahagian paling hujung. Pintu bilikku yang terbuka kecil ditolak perlahan.

"Dhia? Dhia?" Panggilnya. Dia menunggu beberapa saat untuk aku membalas sahutannya. Namun, ternyata hampa. Tiada sahutan pun dariku.

Dia menapak masuk dan menghampiri katilku. Katilku kelihatan kemas seperti kebiasaannya. Kemudian, dia menapak ke bilik mandiku pula. Kosong!

Dia kembali ke arah katilku. Matanya menangkap telefon bimbitku di atas meja. Dia mengambilnya dan membeleknya. Namun, tiada sebarang pesanan yang mencurigakan.

Sesaat kemudian, matanya terpaku pada sebentuk cincin bertakhta belian dihadapan frame kecil berhampiran tempat telefon bimbitku berada.

Dia mengambil cincin itu. Dadanya tiba-tiba berdegup kencang seolah ada sesuatu yang membuatkan dia berasa tidak sedap hati.

Dia tinggalkan aku ke? Tebak hati suamiku.

Dia pantas membuka pintu almariku. Semua pakaian pemberiannya padaku berada disitu. Kemudian, dia membuka pintu almariku yang menempatkan barang-barang seperti bagasi.

Dia terpana.

Begpack kegemaranku tiada disitu. Walhal, begpack pemberiannya elok saja tersusun disitu. Sport shoes kegemaranku juga tiada disitu. Tapi, kasut pemberian suamiku juga tersusun cantik disitu.

Damn! Dia betul-betul tinggalkan aku?! Soal hati suamiku.

"Dhia! Dhia!! Jangan buat lawak boleh tak? Keluarlah!" Jerit suamiku beberapa kali. Masih senyap tanpa balasan.

Kau ke mana Dhia? Kenapa kau tinggalkan aku? Kenapa tinggalkan abang?! Jerit hati suamiku sambil meraup kepalanya seolah serabut.

Seketika kemudian, Tengku Andika bangkit. Cincin bertakhta belian itu disimpan ke dalam poket seluarnya. Dia menapak keluar dari bilik itu sambil menghempas kuat pintu bilik itu. Tersentak Anita dan Mak Cah dibuatnya.

"Tu... Tu... Tuan. Kita buat report polis? Mungkin Madam diculik?" Cadang Anita. Mak Cah mengangguk sebagai tanda setuju.

Sejurus itu, langkah suamiku terhenti. Dia menoleh ke belakang.

"Dia dah tinggalkan rumah ni." Ujar suamiku dengan nada sayu bersama mata yang kemerahan.

Anita dan Mak Cah tersentak mendengar ujaran suamiku. Kedengaran suamiku melepas keluhan kasar sebelum dia menoleh ke hadapan semula.

"Lepas ni, jangan sebut lagi pasal dia dalam rumah ni!" Amaran suamiku, mendatar.

Dan dia menapak masuk ke dalam biliknya.

"Nita, apa kita nak buat ni?" Bisik Mak Cah.

"Entahlah Mak Cah. Nita pun tak tau nak buat apa sekarang." Balas Anita sambil menuruni anak tangga bersama Mak Cah.

Seketika kemudian, Tengku Andika keluar dari biliknya. Dia membawa gelang besi yang menempatkan semua kunci dalam rumah itu. Dia menapak laju ke bilik hujung itu. Pintu bilik itu dikuncinya.

"Tuan?" Panggil Anita, terkejut dengan tindakan tuannya itu.

"Saya larang sesiapa saja dari masuk ke bilik tu. Jangan sesekali cuba masuk sana. Ingat tu!" Amaran Tengku Andika lagi sambil berjalan meninggalkan mereka berdua.

Anita tidak membalas. Hanya bibirnya saja terlopong seakan tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh Tengku Andika. Mak Cah turut tercengang.

Bukankah dia harus mencari isterinya? Tapi, kenapa dia bertindak sebaliknya? Detik hati Anita.

Tengku Andika kembali semula ke biliknya. Gelang kunci itu dicampak semula ke dalam laci. Kemudian, tubuhnya direbahkan pada katil. Telefon bimbitnya digapai. Dia mendail nombor seseorang.

"Hello, Tuan." Sapa suara dihujung talian.

"Madam Dhia lari rumah. Dia tinggalkan fon. Aku nak kau cari dia sekarang. Inform aku bila kau jumpa dia." Ujar Tengku Andika, mendatar.

"Baik, Tuan." Balas suara dihujung talian itu.

Talian telefon itu dimatikan oleh Tengku Andika. Kepalanya dipicit-picit. Terasa bahang dibahagian tengkuknya. Sakit kepalanya memikirkan tentang kehilangan isterinya itu.

Ke manalah kau pergi ni Dhia? Kenapa kau selalu buat aku susah hati? Detik hati suamiku.

Cincin bertakhta belian dikeluarkan dari poketnya. Dibeleknya cincin itu beberapa kali. Dia tersenyum nipis.

Pandai dia jaga cincin ni. Takde satu pun kesan calar atau pecah pada batu berlian ni. Detik hati suamiku.

Kau tu yang bodoh, Dika! Kau lepaskan sebuah permata demi serpihan kaca. Kau lepaskan dia yang sentiasa ada untuk kau. Kau hampakan dia yang sentiasa menanti kau. Kau sia-siakan kepercayaan dia pada kau. Sekarang dia dah takde. Dia dah tinggalkan kau. Padan muka kau! Bisik satu suara dalam kepala Tengku Andika.

Sejurus itu, hati lelakinya dihurung rasa sebak. Dikucupnya cincin berlian itu dengan mata yang terpejam erat. Tiba-tiba, bibirnya bergetaran menahan tangis yang mulai memeluknya dengan erat.

"Maafkan abang, Dhia. Maafkan abang!" Gumam Tengku Andika sendirian.

Dengan jemari yang bergetaran, dia mengambil seutas rantai silver. Cincin itu dijadikan loket pada rantai silver itu dan dia memakai rantai itu.

"Aku akan sarungkan cincin ni semula pada jari manis kau, Dhia. Aku JANJI!" Gumam Tengku Andika sendirian sambil menyentuh cincin itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience