[ BAB 19 ]

Romance Completed 10458

Diam tak diam, dah seminggu aku tinggal di kampung bersama suamiku. Tangan kiri suamiku juga telah sembuh. Cuma belum boleh angkat barang-barang berat.

Tubuh emak aku dakap penuh erat bagai tidak mahu lepas. Pipi tuanya aku kucup berkali-kali. Pasti aku akan merindui saat-saat bersama emak nanti.

"Balik dulu, mak. Nanti ada masa, kami balik lagi." Ucap suamiku sambil mengucup tangan emak.

"Yelah. Bawak kereta baik-baik."

"Baik mak."

Usai meloloskan tubuh ke dalam kereta, aku melambai tangan ke arah emak. Terlukis senyuman pada wajah emak. Keluhan lega aku lepaskan.

"Kenapa sayang mengeluh ni?"

"Ermm? Takde pape. Macam cepat sangat je kita nak balik rumah. Rasa macam tak puas lah tinggal dekat kampung."

Nadaku bertukar sedih. Bibir aku juihkan ke depan. Suamiku menoleh sekilas ke arahku. Senyuman kecil terhias pada wajahnya.

"Sayang nak duduk kampung ke? Kalau nak, abang patah balik."

Mendengarkan kata-kata suamiku, aku pantas menoleh ke arahnya. Teruja.

"Habis, abang macam mana?" Soalku.

"Abang? Abang balik rumah kitalah, sayang. Lagipun, abang ada urusan penting yang abang kena settlekan. Hujung minggu kalau sempat, abang jumpa sayang ea."

Berkerut keningku memandang suamiku. Dia ni saja nak sakitkan hati aku ke apa? Dia ingat aku nak biarkan je dia duduk rumah tu dengan si mangkuk ayon tu? Memang tidaklah! Better aku ikut dia balik rumah.

"Takpelah. Dhia ikut abang balik rumah KITA." Sengaja aku tekan perkataan kita tu biar dia beringat sikit.

"Lah... Sayang ni kenapa? Abang salah cakap ke?" Tawa kecil kedengaran dibibir suamiku.

"Abang ni! Bencilah!" Jeritku, lantas memeluk tubuh. Wajahku berubah masam.

"Alololo sayang abang ni merajuk pulak. Sorrylah kalau abang salah cakap. Okay? Sorry ea. Sayang..."

Suamiku cuba meraih lenganku. Namun, aku pantas mengelak. Sakit hati! Benci!

"Tak nak kawan abang! Benci!"

Tiba-tiba suamiku memasang signal ke bahu jalan. Brek kereta ditekan mengejut membuatkan aku terdorong ke dashboard. Nasib tangan aku sempat tahan dashboard. Kalau tak, benjol dahi aku.

"Abang ni kenapa?! Tetiba brek mengejut macam ni! Kalau kepala Dhia terhantuk dashboard tadi macam mana? Abang sukalah kan! Nanti Dhia dah tak cantik. Pastu, abang boleh pergi dekat si mangkuk ayon tuh!"

Geram aku tuturkan kata-kata tu. Bagaikan short gun mengenai wajah suamiku. Suamiku memandangku tidak berkelip.

"Apa pandang-pandang? Nak kena debik ke?" Soalku, menunjuk genggaman tangan kananku.

Suamiku tidak menjawab pertanyaanku. Jemarinya menarik genggaman tanganku dan dilekapkan ke dadanya yang bidang. Aku menolehnya sekilas. Bila aku nak tarik tangan aku, suamiku menahan. Aku menolehnya lagi.

"Abang buat apa ni? Jomlah balik. Tak payah nak buat benda pelik-pelik ni" Keluhku, menjelingnya tajam.

"Sayang..." Panggil suamiku, lembut.

"Apa?"

"Tengoklah abang. Tak baik tau palingkan muka dari abang. Berdosa."

Aku menelan air liur. Sentap woi! Semua benda yang aku buat tadi tu berdosa. Tinggikan suara, jeling suami aku, masam muka, buruk sangka lagi. Ya Allah! Banyaknya dosa aku!! Perlahan-lahan, aku duduk menghadapnya.

"Dhia mintak maaf, abang. Dhia tak bermaksud apa-apa pun tadi. Dhia cuma..."

Ayatku sengaja aku biarkan tergantung. Wajahnya yang tenang, aku tatap. Rasa bersalah bermain-main dalam hatiku. Tak senang duduk pabila suamiku masih belum berbicara denganku.

"Say something, abang. Kalau abang diam macam ni, Dhia lagi rasa bersalah."

Suamiku tersenyum nipis.

"Sayang..." Ubun-ubunku disentuh suamiku.

Aku tidak menjawab. Hanya kepalaku saja aku dongakkan menatap wajahnya.

"Sayang takde salah apa pun dengan abang. Kalau ada pun, dah lama abang maafkan sayang. Abang cuma nak sayang tahu, yang abang betul-betul sayangkan sayang. Kali ni, abang takkan ulang balik salah abang yang dulu. Abang tahu sayang susah nak percayakan abang. Tapi, abang harap sangat kali ni sayang bagi abang peluang kedua untuk rumahtangga kita."

Wajah suamiku yang tenang tadi dah hilang entah ke mana. Kini, wajah yang sarat dengan kelukaan saja yang terhias pada suamiku. Kesal pulak buat tuduhan yang bukan-bukan dekat suami aku tadi. Aduh!

"Abang, Dhia mintak maaf. Dhia janji, Dhia takkan cakap lagi pasal benda ni. Sorry abang."

Pintaku sambil mengucup tangan kanannya. Terasa suamiku mengucup ubun-ubunku.

"Okay. Jom balik rumah kita."

Aku mengangguk laju.

×*×*×*×*

Pintu kereta ditutup perlahan. Kelihatan Mak Cah dan Anita dimuka pintu. Disamping mereka, terselit Sharifah Alianez. Pandangan matanya bersahaja melihat aku dan suami berpegangan tangan.

"Assalammualaikum." Ucap suamiku sebelum disambut oleh mereka.

"Wa'alaikummussalam. Jemput masuk Madam, Tuan."

Pelawa Mak Cah. Manakala Anita pula mengangkat buah tangan yang dibawa oleh aku terus ke dapur. Sharifah Alianez memeluk tubuh sambil menggaru tengkuknya. Gusar saja wajahnya sebelum dia berbicara.

"I ada benda nak bincang dengan you, Dika."

Segaris ayat itu menghentikan langkah suamiku begitu juga aku. Suamiku menoleh ke arahku sebelum memaku pandangannya ke arah Sharifah Alianez. Melihatkan model itu menapak ke sofa di ruangtamu, aku dan suami membontotinya.

"Anyways, I cuma nak bincang dengan Dika je. Tapi, kalau you ada sekalipun I okay je."

Sentap sekejap aku dibuatnya. Aku berkira-kira untuk bangkit tapi suamiku mengenggam tanganku seolah memberi hint supaya jangan pergi.

"You nak bincang apa, Anez?"

Lembut saja suamiku mengutarakan soalan. Rasa cemburu mencuit-cuit tangkai hati. Sebaiknya aku cuba menepis dan berlagak tenang.

"I nak mintak divorce."

"Why?"

Soalan suamiku membuatkan aku menoleh ke arahnya bersama kerutan didahi. Apahal suami aku ni? Dia dah mintak cerai, tunggu apa lagi? Ceraikan jelah!

"This is all fake. This is not the wedding I d of. Although I'm happy to be by your side, but I still feel dissatisfied. You want to know why? Because I need to share you with her!"

Lurus saja jemari telunjuk Sharifah Alianez menunding ke wajahku. Tersentak aku seketika. Aku lihat kolam mata maduku sudah berkaca. Hanya menunggu saat untuk pecah saja. Cepat-cepat Sharifah Alianez bangkit.

"Anez, we can talk about this, right? If I divorce you, where do you want to go?"

Kedua tangan suamiku menyentuh bahu maduku. Aku dekat sini ditinggalkan macam takde perasaan. Suami aku ni pun! Ish! Biar jelah dia nak cerai! Apahal tahan-tahan?

"No! There is nothing more to discuss. I stick to my decision. Divorce me. Divorce me, Andika!"

"Anez. I nak you jujur dengan I. Kenapa you nak cerai? Why so sudden? Sebab mama I ke?"

Serta merta wajah Sharifah Alianez tertancap pada raut wajah suamiku apabila mama dijadikan isu. Tiba-tiba, maduku menangis. Tangisannya perlahan diselangi tarikkan hingus.

"She's gonna kill me. I dah tak sanggup nak buat semua ni. I dah tak nak terlibat apa-apa lagi dengan dia. Tapi, dia paksa I. Dia kata dia akan lenyapkan semua yang I ada sekarang kalau I tak ikut cakap dia. Sebab I terhutang budi dengan pertolongan dia, I ikut! Tapi, rupa-rupanya dia ada udang disebalik batu!"

"Anez..."

"Let me finish first, Dika. I tahu sebagai anak, you takkan percaya dengan apa yang I bagitahu you ni. Tapi, I berani swear yang mama you tu ada niat tak baik dengan you and your wife! Better you do something."

Penuh tatapan mata Sharifah Alianez pada suamiku sebelum beralih kepada aku. Aku hanya mampu menelan air liur. Tak tahu nak buat reaksi apa saat ni. Maduku melepas keluhan berat.

"Lepaskan I. I nak pergi oversea. I tak nak duduk sini dah. Nothing left for me here."

"Give me some time."

Sejurus berkata begitu, suamiku mengatur langkah mendaki anak tangga tanpa menoleh sedikit pun ke arah aku mahupun Sharifah Alianez. Aku menghampiri maduku.

"Hey, everything gonna be okay."

Saja test english aku dekat dia. Sekali dia balas, terkedu jugak aku.

"You know nothing girl."

Terkulat-kulat aku ditinggalkan dekat ruangtamu tu. Apalah dia ni. Aku buat baik pun salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience