[ BAB 13 ]

Romance Completed 10458

Usai menunaikan solat subuh, aku membuka telekungku dan perlahan-lahan mengemas tempat solatku. Aku mengerling sekilas ke arah Ruz. Gadis itu sedang menggosok baju kerjanya.

Tanpa berlengah, aku mengambil telefon bimbit baruku. Aku memasang kicin teddy bear pada telefon itu. Kakiku, aku bawa ke muka pintu. Kerusi yang terletak diluar rumah, aku tarik dan aku duduk di situ.

Angin pagi bertiupan ke arahku sehingga berterbangan helaian rambutku. Aku tersenyum kecil. Telefon bimbitku, aku buka. Kemudian, aku membuka ruangan panggilan. Aku menaip nombor telefon lamaku. Sengaja ingin mendengar caller ringtons telefon lamaku itu.

Tut... Tut... Tut... Pick!

Bunyi telefon bimbitku diangkat seseorang. Aku terkedu. Sapa pulak jawab call aku ni? Aku diam sesaat, sengaja ingin mendengar suara yang menjawab panggilan telefonku.

"Hello?" Sapa suara dihujung talian membuatkan aku terpana. Jantungku pantas berdegup kencang.

"Hello? Siapa ni? Nak bercakap dengan siapa?" Soal suamiku lagi. Lembut saja bicaranya.

Tanpa menjawab soalan dari suamiku, aku pantas mematikan talian itu. Entah mengapa hatiku dilanda perasaan sebak. Sebak sebab menahan rindu. Aku rindukan semua benda tentang dia. Walaupun, dia dah tak cintakan aku lagi macam dulu.

AKU TETAP NAK DIA!

Tapi dia tak nak kau, Dhia. Dia dah ada Anez. Dia dah tak perlukan kau lagi! Tempelak otakku pula.

Air mata yang bergenangan, pantas aku seka. Aku tidak mahu housemateku melihat wajahku begini. Lebih baik mereka tidak tahu tentang masalahku.

Aku bangkit dan menapak masuk ke dalam rumah. Dapur menjadi sasaranku. Aku buka peti ais dan melihat-lihat sarapan apa yang boleh aku sediakan untuk mereka.

Pantas saja ideaku datang menerjah. Aku keluarkan empat biji telur ayam, sos mayonis dan juga sos cili. Aku lihat di rak terdapat sebungkus roti gardenia yang baru aku beli sebelum ini.

Telur empat biji itu, aku basuh. Kemudian, aku pecahkan telurnya ke dalam sebuah mangkuk kecil. Kuali bersaiz sederhana kecil, aku ambil dan aku tuangkan sedikit minyak masak.

Sambil menunggu minyak masak panas, aku mengisi air paip ke dalam cerek (kettle) dan aku hidupkan dapur gas di sebelah kuali tadi. Kemudian, aku biarkan cerek itu sehingga mendidih.

Apabila minyak masak telah panas, aku curahkan semangkuk telur tadi ke dalam kuali dan aku kacau menggunakan garfu sehingga terhasilnya telur hancur. Api yang sederhana, aku tukarkan kepada saiz kecil.

Kemudian, aku mengambil dua sudu makan sos mayonis dan aku campurkan bersama telur hancur tadi. Begitu juga sos cili. Setelah itu, aku mengacau sekali lagi tiga bahan itu sehingga sebati.

Usai mematikan api kuali itu, aku mengambil beberapa keping roti gardenia dan aku sapukan masakanku tadi sehingga habis. Tadaa! Roti Mayo Chills dah siap by Chef Dhia! Kemudian, aku membuat air teh o panas pula.

"Sarapan!!" Ujarku sambil membawa sepinggan masakanku tadi ke meja makan. Kemudian, aku membawa sedulang air teh o pula.

"Nampak macam sedap jeee..." Usik Tasha sambil menarik kerusinya.

"A'ah. Baunya pun sedap." Puji Wanda pula.

"Alah. Biasa-biasa je lah." Balasku, malu.

Aku menuangkan air teh o panas ke dalam cawan mereka. Kemudian, aku duduk bersama mereka sambil memerhatikan mereka bersarapan.

Inara dan Auni turut memuji masakanku. Ruz pula mengangguk-angguk perlahan seolah berpuas hati dengan masakan simple milikku.

"Dhia tak sarapan sekali ke?" Soal Inara setelah menghirup teh o panas.

"Takpelah. Korang makanlah dulu. Dhia boleh buat nanti." Balasku sambil tersenyum nipis.

"Okay." Balas Inara.

"Oh! Sebelum terlupa. Apa cite semalam? Dapat kerja tak?" Soal Ruz, tiba-tiba. Sekelip mata, semua disitu memandangku.

"DAPAT!!" Balasku membuatkan mereka tersenyum lega.

"Tahniah kak. Kerja apa tu?" Soal Tasha.

"Kerja biasa-biasa je. Dekat Cafe." Jawabku, malu-malu.

"Cafe? Okaylah tu. Best tau kerja Cafe." Balas Ruz sambil tersenyum.

"Harapnya macam tulah, Ruz." Balasku pula.

"Bila Dhia start kerja?" Soal Auni setelah mendiamkan diri buat beberapa ketika.

"Budak kaunter tu kata tunggu dalam masa tiga hari ni. Kalau dapat, dia akan call lah. Harapnya dapatlah kan." Jawabku.

"Aminnnnnn...!" Balas housemateku dengan bersemangat.

"Okaylah. Gerak lu." Ujar Ruz sambil bangkit.

Sejurus itu, yang lain turut bangkit untuk menuju ke destinasi masing-masing. Aku pulak? Kemas tempat makan. Bibirku menayang senyuman puas apabila sarapanku habis licin. Begitu juga air teh o panas buatanku.

×*×*×*×*

Suamiku merenung telefon bimbitku yang berkicin Hello Kitty itu. Keningnya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Ditenungnya nombor yang mendail telefon bimbitku itu.

"Nombor telefon sapa ni? Tapi, tadi senyap je. Takde cakap pape pulak." Gumam suamiku sambil menggaru tengkuknya yang tak gatal.

"Fon sapa tu?" Soal Sharifah Alianez sambil berpeluk tubuh dengan lagaknya.

Tersentak suamiku. Nasib telefon bimbitku erat dalam pegangannya. Kalau tak, dah berderai ke lantai mozek. Suamiku mendongak, menatap pandangan Sharifah Alainez.

"Bukan urusan you lah." Balas suamiku, dingin sambil bangkit untuk berlalu pergi.

"Sayang..." Panggil Sharifah Alianez, menggapai lengan suamiku. Namun, pantas suamiku merentap lengannya dan berjalan melepasi isterinya itu.

"You masih teringat budak hingusan tu kan?! Tu fon dia, kan?! Jawablah, I tanya ni!!" Jerit Sharifah Alianez, panas.

Langkah suamiku terhenti. Perlahan-lahan, suamiku berpaling menghadap isteri keduanya itu.

"Yup. Memang ni fon dia. Kenapa? You ada masalah ke?" Soal suamiku membuatkan Sharifah Alianez terkejut.

"You masih sayangkan dia? Lepas apa yang dia hina pasal you, you masih sayangkan dia? You ni buta ke tuli, hah?! Dia dah takde hati dengan you, Dika! Dia dah tinggalkan you! Kenapa you masih nak terhegeh-hegeh dekat dia?" Soal Sharifah Alianez dengan keningnya berkerut-kerut.

"You nak tau sebabnya?" Soal suamiku, memulangkan soalan.

"Yes! I nak tau apa sebabnya? Kenapa you mesti nak cari dia? I ni tak cukup bagus ke untuk you? Apa kurangnya I?!" Balas Sharifah Alianez.

"Sebab dia cinta mati I. Takkan ada yang boleh gantikan tempat dia dalam hati I. Even, you sekali pun! Takkan ada! Puas hati you?" Balas suamiku, meninggi suara jantannya.

Berair mata Sharifah Alianez mendengar bicara suamiku padanya.

"Selama ni you anggap I apa? I ni wife you jugak, Dika. You kena adil. Apa yang dia dapat, I mesti dapat jugak. Kalau dia dapat cinta you, I mesti dapat jugak!" Ujar Sharifah Alianez.

"Hey, Anez. I dah bagi you semua perhatian I, masa I and harta I. Apa lagi yang tak cukup?" Soal suamiku, panas.

"No! I tak nak semua tu! I cuma nak cinta you!" Balas Sharifah Alianez membuatkan suamiku tergelak seolah ada yang kelakar dengan ayat isterinya itu.

"What's so funny, Dika?" Soal Sharifah Alianez, pelik.

"You ni kelakarlah, Anez. You pernah dengar tak satu ayat ni? CINTA TAK BOLEH DIPAKSA. I tak cintakan you. I tak pernah ada hati pun dengan you." Jawab suamiku, jujur.

"Habis, semua yang kita buat selama ni apa? Lakonan ke?" Soal isterinya lagi.

"Well... It's up to you. Sama ada you nak percaya atau pun tak. Takde kaitan pun dengan I." Usik suamiku sambil tersenyum membuatkan Sharifah Alianez semakin bengang.

Suamiku berkira-kira untuk pergi dari situ. Namun, ayat isterinya itu membuatkan langkahnya terhenti sekali lagi.

"Hey, Dika! You jangan ingat I akan lepaskan you macam tu je!" Amaran Sharifah Alianez.

Suamiku hanya tersenyum sinis sebelum meneruskan langkahnya.

"Dika! Dika!!" Panggil Sharifah Alianez bagai orang gila.

Namun, suamiku tetap melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

"Aik, Madam. Pepagi dah memekak? Tak malu ke jiran dengar?" Perli Anita sambil membersihkan habuk di atas meja. Sharifah Alianez pantas menjeling tajam gadis itu dan menapak pergi.

×*×*×*×*

Aku memakai sweaterku dan menyarung kasut sukanku. Aku berfikir untuk mengambil angin pagi ini sementara menunggu panggilan telefon dari tempat kerja itu.

Ear phone aku sumbat ke dalam telinga dan hoodie aku tarik supaya menutupi kepalaku. Kemudian, aku mula menapak. Sedang leka aku berjalan, langkahku terhenti.

Aku lihat sosok tubuh seseorang yang amat aku kenali sedang duduk di sebuah bangku panjang yang memang disediakan disitu untuk pengguna awam.

Wajah itu kelihatan serabut dengan tubuh badannya disandarkan pada bangku kayu itu. Pandangannya dihalakan jauh ke hadapan. Entah apa yang dia fikirkan agaknya.

Tiba-tiba, sosok itu menoleh ke arahku. Aku terpana. Begitu juga sosok itu.

"Sayang?" Soal suamiku, seakan pelik sambil bangkit dari duduknya.

Mungkin dia pelik sebab aku ada dekat sini. Atau dia pelik sebab dia boleh nampak aku? Ah! Lantak kau lah. Baik aku cau dulu sebelum apa-apa terjadi.

"Sayang!" Panggil suamiku.

Aku pantas memalingkan tubuhku. Saat aku ingin melangkah pergi, pergelangan tanganku ditarik oleh suamiku sehingga tubuhku berpusing dan melekap ke dada bidang suamiku.

"Auch!" Decit suamiku saat kepalaku terhantuk pada dada bidangnya.

Namun, jemari suamiku pantas memeluk tubuhku. Aku membeku. Terkejut akan tindakan drastik suamiku. Dikucupnya ubun-ubunku dan diusapnya rambutku. Terasa deruan nafas suamiku mengenai rambutku.

Kalaulah dia tau betapa aku rindukan pelukkan hangatnya ini. Terasa diriku berada di tempat paling selamat. Aku ingin begini selamanya. Aku ingin menjadi yang pertama sekali lagi di mata suamiku. Aku inginkan suamiku. Ya Allah.

"Abang rindukan sayang." Bisik suamiku perlahan membuatkan aku sebak.

Dalam diam, aku mengetap bibirku. Ingin saja aku membalas ucapan rindu suamiku. Namun, aku hanya mampu membalas ucapan rindu suamiku dalam hati je.

Kalau kau rindukan aku, aku ni sejuta kali rindukan kau, Dika.

Perlahan-lahan, suamiku melepaskan pelukannya membuatkan aku terkejut. Dia dah nak pergi ke? Jangan tinggalkan aku!

Hatiku meronta-ronta. Namun, jasadku masih membeku tanpa sebarang pergerakkan. Hanya wajah senduku saja yang tak mampu aku sorokkan dari suamiku.

"Sayang tak rindukan abang ke? Pulanglah sayang. Kembalilah pada abang. Abang sunyi tanpa sayang. Sebulan dah sayang tinggalkan abang." Pujuk suamiku sambil menunduk separas wajahku.

Anak mata suamiku tepat merenung seraut wajahku yang menunduk memandang tali kasut sukanku. Saat suamiku menyentuh daguku supaya berbalas pandangan dengannya, air mataku merembes keluar. Terasa jemari suamiku mengelap air mataku.

"Sayang, kenapa menangis? Soalan abang buat sayang terluka ke? Kalau betul, abang mintak maaf sayang." Ujar suamiku, lembut.

Mendengarkan ayatnya itu, semakin deras air mataku mengalir. Aku mula merengek seperti anak kecil. Tersedu-sedan aku menangis di hadapan suamiku. Perasaan serba salah mula menyerangku.

Tanpa berfikir panjang, aku pantas memeluk tubuh suamiku. Terpana suamiku. Aku mengemaskan lagi pelukkanku bersama tangis yang kedengaran. Perlahan-lahan, suamiku membalas pelukkanku sambil tersenyum nipis.

"Shhhhhssssss... Jangan nangis sayang. Abang kan ada." Bisik suamiku sambil mengucup ubun-ubunku.

"Jangan tinggalkan Dhia. Tsk... Tsk... Dhia cuma ada abang. Tsk... Tsk... Jangan tinggal Dhia, abang..." Balasku teresak-esak.

"Abang tak pernah tinggalkan sayang. Ikut abang balik rumah kita. Nak?" Balas suamiku.

Aku mendongak, menatap wajah suamiku buat beberapa saat. Lantas, aku mengangguk beberapa kali bersama genangan air mata.

Alahai Dhia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience