Bab 3

Horror & Thriller Series 17793

BAB 3

“Aiseh, kau ni memang lambat betul la, Kiah! Kolej kita ni berhantu!” Mia bercerita dengan semangat. Perkataan ‘hantu’ disebut lantang tak bertapis langsung macam terlebih excited!

“Kalau ya pun, kenapa?” Aku malas nak melayan kerenah si Mia ni. Bukan betul sangat budak ni. Merengnya lebih dari elok. Kadang-kadang tu orang cakap lain, dia faham maksud yang lain. Aku dah masak sangat dengan perangai dia. Bukan baru semalam aku kenal dia, dah lama dari tingkatan satu lagi.

“Kau tak takut ke, beb?” Muka penuh excitednya memandang ke arah aku. Tangannya pula laju menebar selimut berwarna hijau yang sepadan juga dengan warna cadarnya yang bercorak teddy bear berlatarkan hijau dan biru. Selimut itu ditebar bagi menutupi badannya hingga ke dada. Teddy bear berwarna krim sebesar bantal dipeluk erat kemudian dicium penuh kasih sayang. Jangan tak tau, ada aje perempuan suka benar main teddy bear masa nak tidur, contoh terdekatnya ialah Mia. Memang tak boleh tidur kalau takde teddy bear krim yang dia panggil ‘Anne’ tu. Uhh, nama pun dah gedik semacam aje aku dengar. Pertama kali dia beritahu aku nama bear dia tu, aku bantai gelak sampai kejang perut dan keluar air mata. Dia pulak tarik muncung panjang sedepa dia tu la, apa lagi kan.

“Kau jangan Kiah, ini kekasih hati aku yang bagi tau. Kau ada? Takde kan?” Ala-ala gedik Mia membalas apabila aku gelak makin kuat. Kena istighfar dan selawat 33 kali baru la gelak aku terhenti masa tu. Sampai sekarang aku akan sengih seorang diri bila teringat hari dia mengheret bear besar gedabak tu masuk dorm di asrama sekolah dulu.

“Biasa aje. Dahla, kau tidur la, aku nak pergi tandas sekejap.’ Balasku laju. Aku lantas menutup novel dan segera ke tandas. Aku membelek jam di lengan, baru 11.30 malam. Awal lagi nak tidur pun. Aku memang kaki tidur lewat. Pukul 2, 3 pagi selalunya baru aku tidur. Apa barang aku nak tidur awal-awal, lagipun sejak bermulanya orientasi universiti ni, aku sentiasa dilatih tidur lewat, bangun awal, yang bererti menyengguk bila dengar ceramah. Sampaikan solat Subuh pun aku pernah terlupa aku tengah solat, boleh la pulak aku tertidur masa tengah sujud! Kritikal gila masa tu! Fasilitator pun sampai naik hairan aku doa apa dalam sujud sampai tak bangun-bangun. Boleh kalah ustazah lamanya. Sudahnya terkantoi bila aku terbaring tak sedar diri, mengikut cerita Mia pada aku.

Selepas mengambil wuduk dan memberus gigi, aku menapak ke bilik, lantas menghampar sejadah untuk solat Isyak. Sunat melambatkan solat Isyak dengan niat untuk mendirikan solat-solat sunat yang lain yakni Qiamul Lail. Kiblat yang mengarah ke arah matahari terbenam itu menghadap ke arah katil aku. Am dah mula berdengkur di katilnya. Aku geleng kepala saja sebab dia memang senang tidur. Campak jela dekat mana-mana pun, gerenti dalam 2,3 minit kemudian, dia akan tidur dengan dengkuran yang nyata. Tapi harus ada Anne dia la, kalau takde, aku pulak yang jadi mangsa jadi Anne dia! Ish! Itu la padahnya aku ketawakan Anne dia hari tu. Menyesal aku!

Aku mula mengangkat ta’biratul ihram dan mencuba untuk khusyu’. Namun, kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang dari pandangan ekor mata aku secara tiba-tiba mengganggu solat. Dia tegak duduk di sudut katilku, merenungku tajam. Hati aku segera berdebar kuat, namun aku cuba bertenang. Mungkin cuma khayalan aku. Namun, selepas aku bangun dari sujud, ‘dia’ masih kaku di situ!

‘ Allahuakbar!’ Sengaja aku kuatkan suaraku sebagai percubaan memberi amaran padanya. Lantas perlahan-lahan dia hilang dari pandangan. Berani betul kacau aku, tengah solat pulak tu! Mak ai. Mungkin betul apa yang disebut oleh Mia tadi, kolej ni ada penunggu!

Selepas solat sunat beberapa rakaat, aku mencapai al-Quran dan mengalunkan ayat-ayatnya merdu. Pertengahan hingga akhir surah al-Hujurat menjadi bacaan aku. Aku cuba mengabaikan ingatan kepada gangguan ‘makhluk’ wanita tadi, namun semakin aku cuba lupakan, semakin bayangannya mengejar. Aku beristighfar. Ayat Kursi aku ulang dekat 10 kali. Kemudian, aku meletakkan kembali al-Quran tadi di dalam almari lantas ke meja studi dan membuka laptop. Aku menjadi khayal sejenak, hilang di dalam game yang baru aku pasang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience