Bab 15

Horror & Thriller Series 17793

BAB 15

Alhamdulillah. Aku sangat lega kemudiannya selepas para polis beransur pergi. Gamat juga la kawasan kolej dan sekitarnya. Popular kejap aku! Tapi, popular tak popular, perut aku siapa nak tolong isi??

” Wei, kau nak pergi mana? Aku tak habis tanya lagi ni,” soal seorang teman sekelasku penuh perasaan melihat aku yang tiba-tiba aje berlari selepas menjawab soalannya ala kadar.

” Nanti aje la aku cerita, aku nak mati dah ni lapar gila siot!” aku menjawab dengan kuat, lebih pada menjerit sambil kakiku laju berlari menuju ke arah tangga menuju ke kafe. Perutku yang bergendang kuat ni bertambah kuat bunyinya apabila melihat pada pelbagai makanan yang ada yang sedang dinikmati oleh orang-orang di kafe. Aku laju menuju ke sebuah kaunter yang menyediakan masakan panas dan memesan nasi goreng Thai. Kemudian, aku mengambil tempat duduk di sebuah meja bulat yang kosong yang tersedia di situ selepas aku membeli sebotol air 100 Plus sejuk.

Kemudian, aku terus menyumbat makanan ke dalam mulut, orang yang memandang pun aku dah tak kisah, nasib lah, korang tahu ke aku tak makan semalaman, tak kan?? Aku makan dengan gelojoh sehinggalah aku tersedak dengan kehadiran’nya’ secara tiba-tiba duduk di atas kerusi di sebelahku. Uhh, serius, aku ingat dia dah selamat dalam kubur dah tadi! Ish! Kalut, kalut! Aku tahu aku seorang aje yang nampak, sebab yang lain aku tengok diorang tak hiraukan pun siapa dekat sebelah aku sekarang ni!

Dia datang dengan skirt putih dan muka yang bersih (namun tetap berkelibat seperti kabus), Alhamdulillah dia tak pakai kostum kak pon dia tu ha, (aku urut dada dalam diam) dia senyum padaku. Uhuk, nyaris nak tersedak lagi. Aku senyum nipis serupa tak boleh nak senyum tu, aduhai, kenapa kau datang lagi, aku seram wahai hantuku sayang! Ambik kau sayang sekali aku bagi!

Dia mendekatiku, semerbak bau wangi bunga cempaka menerpa hidung. Aku tahan nafas, mataku kututup separuh, jaga-jaga kalau dia nak cekik, tapi dia..

” Chu..” dia cium pipi aku! Wahh, aku kena cium dengan hantu! Kena cium dengan hantu, aku ulang! Sikit lagi aku nak kena asma dan pengsan ha ha. Hantu perempuan pulak tu.

Aku usap-usap pipi aku yang terasa dingin dan sejuk disapa bibir mungil Jane, malu pulak kalau orang perasan aku dok terkedu sorang-sorang, lepas tu sengih tak tentu hala dengan pipi merah, malu kaedahnya kena cium walaupun dengan hantu! Ish, sadis kah? Atau, comel kah? Hu hu, kalau la kan, dia datang cium aku tiap malam, insyaAllah malam ketujuh tu orang hantar aku pergi hospital sakit jiwa dekat Tanjung Rambutan sana sebab dok asyik sengih begitu katanya kan.

Dia bisik di telingaku kemudiannya, ” Terima kasih, Rokiah,” selepas itu, dia senyum semula sebelum hilang begitu sahaja. Oh, begitu kah? Cara dia ucap terima kasih tu terlebih special la pulak! Jenny, cukup la dengan perkataan terima kasih tu, aku tak harap banyak pun he he (padahal dalam hati suka). Ish, astaghfirullah! Tak harus, tak harus, aku geleng kepala sorang-sorang. Aku kembali memegang suduku yang terlepas secara semulajadinya tadi sebab terkejut kan si hantu yang muncul tiba-tiba tadinya dan mula menikmati nasi gorengku kembali, tapi satu ciuman tadi dah cukup buat aku kenyang. Alahai, gila bayang dengan hantu kah?? Opps, tidak, tidak dan tidak. Aku segera menghabiskan nasi gorengku yang semakin sejuk itu kerana jam juga sudah menunjukkan hampir dua belas tengah malam.

Kemudian, aku menapak ke bilik, kulihat Mia sudah pun tidur berpelukkan Annenya, aku betulkan selimutnya yang terselak sedikit dan menggeleng kepala. Tidur tak pernah nak sopan dia ni ha. Aku mengambil bekas toiletries ku yang kuletak di bawah meja studiku dan menuju ke tandas untuk melaksanakan rutin harianku. Sedang aku memberus gigi, datang 2 orang rakan sekelasku yang agak nakal dan glamor dengan perangai mereka yang suka membuli dari awal-awal masuk kelas.

” Weh, tengok siapa tengah gosok gigi tu? Heroin kita, wei! Esok mesti masuk paper, kau boleh bercakap dengan hantu! Wah, hebat betul kau, eh?” Jaja memerliku sambil menepuk perlahan belakang badanku. Aku segera menghabiskan aktiviti menggosok gigi dan berkumur untuk mengelakkan daripada aku terus sakit hati dengan mereka berdua.

” A’ah, gila la! First time aku dengar benda ni! Kau biar betul, beb? Aku macam tak percaya. Aku pun nak nampak jugak la, boleh aku glamor macam kau nanti!” sambung Hani sambil ketawa kuat menambahkan lagi kegamatan di dalam tandas itu. Aku cuma diam, malas mahu berbalah dengan mereka yang memang hobinya suka mempermain-mainkan orang.

” Habis dah berus gigi? Cepat betul, kenapa, kau nampak hantu lagi ke dalam cermin tu? Ha ha ha!” mulut cabul JAja membuatkan aku bertambah bengang. Aku mencebik dan terus keluar tanpa mempedulikan mereka. Biar lah diorang nak kata aku, apa ke, aku tak kisah, asal aku tak cari gaduh dan cari penyakit. Mulut cabul macam tu selalunya memang takkan hidup tenang, omelku di dalam hati. Rasa sebal aku cuba padamkan dengan zikrullah dan istighfar. Semoga Allah melindungiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience