Bab 13

Horror & Thriller Series 17793

BAB 13

Sampai ke kolejku, waktu sudah menginjak ke maghrib. Sayup-sayup kedengaran azan Maghrib dari pelbagai arah. Perut aku pula berkeriut minta diisi. Laparnya! Terasa macam 3 bulan dah aku tak makan, namun aku gigihkan juga untuk melangkah. Puasa sunat! Boleh ke niat puasa sunat waktu maghrib? Cis, ajaran nenek moyang mana kau cekup ni, Kiah?

Aku ke surau untuk solat dan membersihkan diri seadanya. Waktu solat maghrib itu tiada sesiapa yang aku kenali cuma seorang dua aku cam mukanya yang selalu aku lihat semasa minggu orientasi dahulu. Hati aku bagai meronta-ronta untuk menceritakan tentang kejadian misteri yang menimpa aku, namun mulutku seolah terkunci! Nak aje aku cekup seorang abang senior ni heret dia sekali pergi menyiasat. Bawak geng dia sekali pun bagus! Geng doa wirid panjang ni haa, mantap tu! Tapi, itu tinggal hanya lah khayalanku semata-mata.

Selepas solat fardhu berjemaah, aku solat sunat rawatib selepas maghrib 2 rakaat dan sunat hajat 2 rakaat, memohon supaya ditabahkan hati aku dan dielakkan dari sebarang bencana yang tidak diingini. Dalam pukul 8 malam, aku yang sudah menyiapkan diri dengan perisai zikir dan tawakal pada Allah pun segera menuju ke hutan tersebut dengan berjalan kaki. Fokus baru aku, selesaikan semua masalah kemudian aku nak melantak serupa orang tak jumpa nasi 3 tahun dekat café! Nasi apa yang best? Nasi goreng biasa pun bisa buat aku kecur liur ni! Apa lagi nasi paprik! Tak pun nasi goreng USA. Aish, sabar, Kiah, sabar! Aku memujuk hati dan perutku supaya bersabar sebentar demi menyelesaikan masalah yang datang bertimpa-timpa ini.

Palang yang menutupi jalan tar tersebut aku langkah, dengan lampu torch light yang agak malap dari telefon bimbit murahku ini, aku memberanikan diri melangkah ke depan. Sinaran bulan penuh bersama bunyi cengkerik menemaniku. Aku rasa sinaran bulan lagi terang daripada lampu picit dekat telefon bimbit aku ni ha! Tapi takpela, buat syarat katanya. Ala, macam detektif dalam TV tu, Conan kan harus ada lampu picit kalau buat penyiasatan malam-malam.

Bibir aku pula terkumat-kamit berzikir. Di atas, aku nampak si dia melayang-layang menemani aku ke dalam hutan tersebut. Darahnya jatuh setompok demi setompok bersama layangannya itu namun tidak mengenai aku. Mungkin sebab aura zikir aku kot huhu. Hantu dan yang seangkatan dengannya takut untuk menghampiri orang yang kuat berzikir, seolah keliling orang itu ada satu aura yang boleh menyakitkan mereka andai tersentuh. Kata ustaz aku la. Harus la benda betul, takkan dia nak mereka buat cerekarama tipu dekat anak murid dia kot kan.

Tapi, hantu perempuan ni selamba je dekat-dekat dengan aku, maknanya aku ni tak berapa nak kuat ibadatnya lagi la, dan memang terbukti jugak kot hehe. Tapi, alhamdulillah juga aku masih kuat semangat! Kalau tak kuat, mahu kena sergah sekali, terus berpusing daa..

‘ Tolong saya..’ Tiba-tiba dia berkata dan mendarat di atas tanah di hadapanku selepas aku yang berlagak serupa detektif tak bertauliah ni tercari-cari klu dalam keadaan bengong-bengong alam. Kesian benar kat aku ni haa, ish! Lapar sangat sampai mimpi yang dia bagi kat aku tu pun aku dah ala-ala lupa, dan dia ni macam tau-tau aje aku dah lupa. He he yela mana tak nya, aku dok terpusing-pusing seorang diri dekat atas tanah ni takde buat apa-apa, nampak sangat kot kebengongan aku ni!

Dia menunjukkan ke arah tanah yang berbatu-batu sedikit di atasnya. Dalam kesamaran lampu telefon bimbit dan bulan, aku cuba mengorek sedikit tanah tersebut menggunakan tanganku. Kemudian, aku terjumpa satu tulang yang sudah agak rapuh di situ. Aku menggigit bibir. Klu yang sangat tepat di situ! Secara tiba-tiba bau ayam goreng panas-panas seolah-olah berada di depan hidungku membuatkan perasaan ingin-selesai-cepat membuak-buak dalam hati dan membara di dada.

‘ Awak.. tunggu sekejap ye. Saya lapor pada pak guard.’ Kekonon aku bercakap dengan dia. Suara aku sekejap perlahan dan kemudiannya kuat pulak. Mungkin menyeimbangkan dengan kekalutan hati yang dipenuhi kesangsian dan kemusykilan bersama dengan kekobaran ingin makan menyebabkan suaraku seperti katak puru memanggil hujan.

Kemudian aku segera berlari ke arah pondok guard di kolejku. Takde orang. Eh, mana pulak pak guard ni? Tapi, memang selalu takde orang pun dekat bilik kecil yang dijadikan pondok khas untuk para pengawal keselamatan ini berjaga. Alahai, abang guardku yang hensem, (agak aje la hensem) di manakah lokasi engkau sekarang? Menjelmalah dikau! Bebelanku kembali menyerikan bibir sambil aku berjalan laju ke sana ke mari sehinggalah aku terserempak dengan seorang lelaki berbaju uniform biru dan perutnya buncit ke depan, tahu lah aku itulah lelaki yang akan mengakhiri bebelanku malam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience