Bab 9

Horror & Thriller Series 17793

BAB 9

‘ Awak..’ Suaranya lembut mendayu memanggilku, agaknya la. Sebabnya aku rasa aku seorang aje yang ada di situ dengan dia. Mukanya tidak memandang ke arahku. Dia seolahnya sangat tenang memandang ke arah sana. Lembut angin terasa pada tubuhku,bertiupan menerbangkan sedikit lengan bajuku, namun tidak pada dia. Skirtnya tidak berayun langsung ditiup angin, hanya diam di situ. Seakan angin tidak langsung menyentuhnya. Sejuk angin malam itu menaikkan bulu romaku. Tegak berdiri. Sejuknya sama seperti angin sepoi-sepoi yang menerpa masuk ketika aku membuka pintu bilik di kolej tempoh hari.

‘ Ya..’ Lama baru aku menjawab selepas tiada suara lain menjawab. Kalau ada pun, aku berani bet itu pun bukan manusia jugak!

‘ Saya.. nak mintak tolong awak.’ Dengan penuh sopan dia menyusun kata. Haa, kan senang kalau dia mintak baik-baik macam ni dari awal dulu. Tak payah la aku nak sakit-sakit jantung terkejut dengan segala cara dia nak mintak tolong daripada aku! Mujur dia pandai pilih, kalau kena nya aku ni mamat lemah jantung, tiap-tiap malam aku kejar kau, wahai hantu! Maksudnya, lepas aku mati la hehe. Dah kata lemah jantung kan, harus mati terkujat kot kena sergah dengan macam-macam gaya sebelum ni. Eh, tapi tak harus jugak kot dia nak pilih aku.

‘ Tolong? Tolong apa?’ Dia segera berpaling ke arahku selepas aku menjawab persoalan yang berupa permintaannya itu. Wajahnya cantik dan ayu walau tanpa sebarang solekan. Serupa amoi cina. Dan memang serupa jugak dengan hantu-hantu yang rajin benar dok kacau aku sebelum ni. Hantu comel tu lah. Aish! Sekilas senyuman darinya, serentak dengan itu, kepalaku seperti dipukul kuat oleh besi tembaga dan aku pengsan di situ.

—–

” Jenny, kau memang takde hati perut! Sanggup kau tikam aku dari belakang kan?” Ain menyinga.

” Bila masa aku tikam kau dari belakang? Akil yang nak kan aku, Ain. Kau jangan nak menuduh sebarangan macam ni.” Jenny mempertahankan dirinya.

” Kau sudah tahu aku bersama dengan Akil, kenapa kau masih nak dengan dia? Ramai lagi lelaki lain, kau tak patut rampas dia dari aku! Aku tak percaya kawan baik aku sanggup buat aku macam ni. Aku tak percaya! Kau pengkhianat! Pengkhianat macam kau memang patut mati aje. Masuk kubur supaya tak menyusahkan hidup orang lain!” Ain seperti naik gila memaki Jenny di shopping complex petang itu. Pertengkaran mereka menjadi perhatian beberapa mata yang lalu-lalang di situ.

” Ain, please. Aku tak nak kita bergaduh macam ini la. Aku sayangkan kau, aku minta maaf kerana buat kau macam ni. Aku rela tinggalkan Akil kalau itu yang kau mahu. Jom, kita balik dulu. Kita bincang pasal ni di kolej ya?” Jenny memujuk Ain dan cuba menenangkan kawan baiknya itu. Dia turut menyesali perbuatannya yang sanggup menerima Akil, kekasih Ain yang ingin berpaling tadah kerana sikap panas baran Ain itu. Salah sikit mula la dia nak memaki dan naik angin tanpa mempedulikan siapa pun orangnya.

” Huh, aku takkan maafkan kau, Jenny. Kau boleh blah pergi masuk neraka!” Ain menjerit kuat lalu berlari-lari anak meninggalkan Jennny di situ, di hadapan Pavilion. Jenny terpinga-pinga seorang diri. Merah juga pipinya menahan malu akibat perbuatannya dan akibat panas baran Ain itu, lalu dia melangkah pulang dengan hati yang berkecai. Whatsapp ditaip dan dihantar kepada Akil;

Kita putus saja sebab I salah buat keputusan. Tak patut I terima you sebelum you putus dengan Ain. I minta maaf, mulai sekarang kita dah tiada apa-apa. Terima kasih atas segalanya.

Akil segera menghubungi Jenny sejurus mesej whatsapp diterima, namun tiada balasan. Jenny betul-betul nekad dengan keputusannya. Kalau ya pun, Akil tak patut menyunting Jenny sebelum dia tinggalkan Ain dan Jenny juga tak harus menerima. Kenapa dia baru sedar tentang hal itu, padahal Ain adalah kawan baiknya yang juga merupakan kawan sebiliknya di kolej. Jenny serba salah dan dia sangat menyesali akan apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience