Bab 1

Horror & Thriller Series 17793

Tajuk: Kawan Aku Hantu

Penulis: Mistikus

BAB 1

Pengalaman aku terjadi baru-baru ini, iaitu kira-kira dua bulan yang lalu. Aku adalah seorang pelajar universiti di salah sebuah universiti di ibu kota. Hari itu adalah hari yang memenatkan untukku, kerana hari itu aku menjalani tiga kelas kuliah sekaligus dari pagi hingga petang. Ditambah lagi hari itu aku kebetulan sedang datang bulan hari kedua.

Sekitar pukul tiga petang, ketika aku sedang menduduki ujian, aku meminta izin kepada pengawas untuk pergi ke tandas sebentar. Aku sudah merasa tidak selesa dengan keadaan aku ketika itu. Aku harus mengganti pembalut dengan yang baru. Akhirnya dengan tergesa-gesa, aku ke tandas kampus dan mengganti pembalut. Pembalut yang lama aku buang begitu saja di tong sampah dan akupun menggatinya dengan yang baru. Disebab kan tidak mahu terlewat menghabiskan menjawab soalan dan perlu bersedia untuk ujian seterusnya, aku segera meninggalkan tandas dengan terburu-buru.

Sekitar pukul tujuh malam, aku sampai di kolej kediaman. Memang lega rasanya! Dengan cepat aku membuka pintu dan melemparkan beg silang dan jaket yang sedang aku pakai. Kemudian menyambar alat mandi yang digantung di depan kamarku.

Bilik air untuk mandi agak jauh dari bilikku sendiri. Untuk ke situ, aku harus melewati lima bilik dan satu lorong. Yang menghairankan, pelajar lain belum ada yang balik dari kuliah kerana kebiasaanya pada waktu begitu, keadaan sudah riuh rendah dengan kehadiran mereka.

Udara sekeliling pula menjadi lebih dingin dari yang aku bayangkan. Tapi aku harus mandi kerana sudah melekit dek aktiviti siang yang panjang. Apayah lagi apabila datang bulan, lagilah aku perlu mandi.

Aku juga membuka pembalut yang tadi petang aku tukar dikampus, dan aku meletakkannya di hujung bilik air dan mulai membersihkan badan. Aku mulai menyiram kepalaku dan ketika aku membuka mata, aku lihat seolah-olah adasesuatu yang mengintipku dari celah pintu.

Ah… mungkin cuman perasaanku saja! Terus aku mandi dengan cepat dan mahu membersihkan pembalut yang aku taruh di hujung blilik mandi tadi.

Belum sempat aku membersihkannya, tiba-tiba mati. Ah! Sial! Lilin yang selalu ada di rak bilik mandi aku tujui. Aku cuba menyalakannya tapi baru sebentar apinya menyala, sudah mati lagi seperti ditiup angin. Aku mengulangi menyalakan lilin itu lagi. Lagi padam tertiup angin. Aku diam sejenak...

KLIK!

Kali ini lilin berhasil menyala. Ketika aku sedang mencari pembalut yang tadi kusimpan, ku lihat di depanku.. di depanku terlihat sosok perempuan yang menyeramkan !! Dia bertenggong di hujung bilik mandi sambil memegang sesuatu.

Saat kulihat, dia... dia... memegang pembalut yang tadi aku simpan dan mulutnya tampak menyeringai dan lidahnya yang panjang menjilat pembalutku!! Perlahan aku berjalan ke belakang dan mencuba membuka pintu tapi pintu itu tidak boleh terbuka, aku menjerit dalam hati, bagaimana ini!!!

Sekilas kulihat perempuan itu melihat ke arahku sambil menjilat dengan lahap pembalutku. Dan beberapa saat kemudian lampu tiba-tiba menyala ! Perempuan itu hilang!!!

Pintu yang sejak tadi aku cuba buka juga berjaya. Aku segera berlari keluar dan masuk ke bilik.

Share this novel

nilyana
2020-05-22 00:38:11 

bapak ah...bes giler×4..


NovelPlus Premium

The best ads free experience