Bab 7

Horror & Thriller Series 17793

BAB 7

‘Kiah.. Awak di mana?’ Suara wanita yang begitu syahdu dan gemersik bak buluh perindu itu terdengar lagi memanggil-manggil namaku. Uhh! Hantu ni sah dah berkenan dengan aku! Aku abaikan. Rasa takut aku cuba padamkan. Aku berlakon selamba sambil terus mengemas baju-baju untuk pulang ke rumah menghabiskan cuti hari minggu memandangkan hari Jumaat jadualku kosong. Baju-baju yang aku bawa pulang kebanyakannya untuk dibasuh menggunakan mesin basuh kerana aku memanglah tak berapa nak rajin membasuh baju sendiri. Jadinya bila dah ada kemudahan, elok la aku gunakan saja kemudahan tu, tak gitu?

‘Mia, aku nak balik rumah ni! Kau ada apa-apa hal nak beritahu, call aku, okay? Jangan lupa solat dan mengaji!’ Aku tepuk bahu Mia sambil kami bersalaman.

”Kiah, kau jangan balik lama-lama, sunyi aku nanti.” Mia bersuara. Riak mukanya seakan sedih ditinggalkan aku bersendirian untuk tiga hari yang akan datang. Aku sengih menampakkan gigi putihku yang bersusun.

” Ala, relax la. Anne kan ada temankan kau huhu lagipun geng lain ramai lagi, kau sunyi kau ajak la diorang lepak sini.” Pujuk aku menandakan aku mengambil berat tentang perasaannya juga. Mungkin dia masih tak betah untuk tinggal keseorangan di bilik itu. Tapi, kalau aku tak balik, siapa nak tolong basuhkan baju aku? Takpe la, nanti senang-senang, aku buat deal dengan Mia, mana tau dia nak tolong masukkan syiling lima puluh sen 5 keping dalam mesin basuh dobi dekat tangga tingkat bawah tu hehe sebagai ganti aku tak payah balik rumah untuk teman dia di sini. Tambah lagi syiling 50 sen 4 keping untuk dryer sekali. Mak ai, demand pulak aku! Harus la dia kata “Takpela, Kiah. Kau balik aje la pergi basuh baju dekat rumah.” Huhu. Aku gelak di dalam hati memikirkan betapa teruk dan malangnya Mia mempunyai sahabat seperti aku.

“Em, yela. Kau hati-hati balik. Kirim salam mak dan keluarga.” Mia bersuara seakan pasrah. Dengan muka siput sedutnya, dia melambai ke arahku yang mana aku sudah pun keluar dari bilik.

” Okay, kau pun sama. Jaga diri, okay? Assalamualaikum!” Aku balas lambaiannya dengan lambaian yang lebih lembut seakan tiada tulang. Sesaat selepas itu, pintu bilik pun ditolak dan bunyi dentuman perlahan kedengaran di samping bunyi bising yang lain. Keadaan di kolej masih meriah dengan ramai pelajar-pelajar lain yang membuat kerja masing-masing. Ada yang sedang memberus pakaian di dalam tandas, mandi sambil menyanyi dan tak kurang yang menonton filem atau drama beramai-ramai. Kolej hanya akan mula sunyi bermula 11.30 malam dan ke atas. Itu lah yang aku sempat perhati selama lebih kurang 3 minggu aku di sini.

Kakiku laju menuju ke arah keretaku diparkir, jam aku telek, masih awal lagi, baru pukul 9.30 malam. Aku meletakkan beg balik kampungku yang mempunyai gambar kartun Mickey Mouse itu di tempat duduk sebelah dan mula bergerak meninggalkan kolej. Kedengaran sayup bunyi cengkerik dan serangga lain dari arah hutan berdekatan selain bunyi deruan enjin keretaku yang perlu diservis. Aku pandang sekilas ke arah hutan tersebut tanpa sebarang perasaan. Namun, di dalam hati aku tetap berdoa moga aku tak ternampak hantu comel duduk-duduk di pokok atau tersengih di balik semak.

Perjalanan pulang ke rumah biasanya mengambil masa lebih kurang setengah jam melalui lebuhraya. Namun, kali ini aku rasa macam lama la pulak! Rasa semacam je beratnya kereta aku ni! Mungkin dia ikut aku balik sekali kot! Haa, kan dah kata! Dari cermin sisi, nampak rambut hitam panjang mengerbang ditiup angin. Sesekali, terasa pinggangku digeletek. Aish, main-main pulak engkau ye? Hai, dalam banyak-banyak perempuan, kenapalah kau nak memilih aku ni jugak?? Seolah pertanyaan itu akan mengeluarkan emas dari mulut aku, membuatkan persoalan itu hanya tersekat di kerongkong aku saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience