Bab 2

Horror & Thriller Series 17793

BAB 2

Tiga bulan yang lalu….

Pada petang yang sedang merangkak ke arah senja itu, aku menolak pintu bilik aku yang tidak berkunci. Kelihatan Mia sedang duduk-duduk di atas katilnya sambil terhangguk-hangguk. Telinganya ditutup dengan headphone. Layan lagu kpop lagi la tu, tak pun hip hop. Kasut sukan Nike yang diimport dari Thailand itu aku buka dan aku letak di atas rak kasut di luar bilik yang aku bawa dari rumah tempoh hari. Peluh yang keluar selepas aku penat bersenam tadi aku lap menggunakan tuala kecil yang tersidai pada bahu.

“ Assalamualaikum.” Perlahan aku berbisik demi melangkahkan kaki ke dalam bilik.

“Wei, dah maghrib ni. Insaf-insaf la sikit, dengar orang membaca al- quran ke ada juga faedahnya daripada dengar lagu tak tentu hala ni.” Bebel aku pada Mia sambil menarik headphone dari telinganya.

“Ala, kau ni Kiah, dari dulu sampai sekarang asyik membebel aje tak habis-habis. Kau ni memang stok Ustazah kampung betul la.” Perli Mia dengan muka protes sambil mata merenung aku. Headphonenya dibetul-betulkan kedudukannya. Bengang pun ada aku tengok daripada air mukanya.

“Stok Ustazah ke, stok ikan ke, baik kau tutup lagu-lagu tu sekarang dan pergi solat, maghrib tak lama ni, nanti tahu-tahu dah Isyak.” Aku bising padanya lagi memanjangkan bebelan aku.

Sikit pun aku tak hairan dengan komen berbisanya tu. Dia ni memang kena bebel selalu, kalau tak, solat entah ke mana, baca al-quran entah ke mana. “Jom jemaah dengan aku.” Ayat terakhir tu aku tengok Mia tarik muncung sumpah lagi panjang daripada paruh burung kakak tua!

“Wei, kau tak dengar ke pasal kolej kita ni? Banyak benda dah terjadi,”tanya Mia selamba. Tapi, muka tetap serius tak boleh blah.

“Kenapa?” Aku bertanya acuh tak acuh sambil membaca novel. Bagus betul! Dekat U pun boleh nak membaca novel lagi. Tapi tak pe jugak, sebabnya kuliah pun belum mula lagi. Selalunya kalau aku pergi kuliah pun sekarang ni, pensyarah akan masuk tapi mereka hanya akan bercakap benda yang ringan-ringan tak pun bebel benda yang berfaedah aje.

Yela, pelajar baru ni kena bagi motivasi banyak sikit sebabnya baru merasa perubahan suasana dan budaya yang berlainan tak sama macam di sekolah dulu. Di universiti, pelajar harus pandai mencari ilmu sendiri, jangan harapkan ilmu yang pensyarah bagi aje, alamatnya memang rugi la dapat ijazah sarjana muda, tapi ilmu yang dapat tak banyak mana. Rugi masa tiga tahun kalau tak digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience