Bab 12

Horror & Thriller Series 17793

BAB 12

Aku segera membelek jam di tangan. Matahari menyinar di ufuk barat, pukul 6.30 seperti yang tertera pada jam tangan aku. Takkan pagi kot, mesti lah dah petang! Badanku terasa penat yang amat, beserta dengan otot-ototku yang terasa regang dan sakit. Aku melihat keliling, aku berada di bangunan lama dan usang yang tidak berpenghuni. 2 minit berlalu hanya dengan kebilan mata aku sahaja. Tak dapat nak pick-up lagi apa yang patut aku buat. Terjangkit penyakit blur Mia yang selalu sangat blur-blur alam tu gamaknya aku sekarang ni.

Namun kemudiannya aku segera bangun dan berlari-lari anak, beg Mickey Mouse aku, aku tak lupa, aku galaskannya di bahu dan bergerak sepantas yang mungkin. Rasa sengal otot aku abaikan. Lif semalam terbuka sendiri tanpa aku menekan butangnya apabila aku melintas di hadapannya. Wah! Lif pun dah pandai automatik-automatik pulak dah sekarang ni eh? Ala-ala pintu dekat shopping complex pun ya. Namun aku lebih memilih untuk turun menggunakan tangga. Cukuplah pengalaman semalam dalam lif yang ada rupa nak tercabut tu, aku tak nak nanti silap-silap hari bulan, wayar otak aku pulak yang tercabut!

Daun pintu tangga yang sudah sangat usang itu aku tolak dan aku berlari marathon turun tangga. Tak semacam di tingkat 16 pun, sebabnya aku sudah sampai ke tanah dalam masa 5 minit! Ini menggunakan kelajuan larian aku yang terpantas. Kalau boleh terjun gamaknya, memang dah lama aku terjun! Tak gigih lagi untuk berlama-lamaan di sini! Tambahan pula, aku rasa macam aku ternampak mendiang Jenny lagi di setiap tingkat aku menuruni tangga, berdiri tegak di tiap penjuru yang boleh dia berdiri dengan rambut panjang menutupi hampir keseluruhan wajahnya. Tangan pulak dia depang elok aje dua-dua, ish, tradisi hantu cina memang macam tu! Tapi aku buat-buat macam tak nampak untuk elak aku ‘brain freeze’ lagi atau terkena strok tak pun sawan angin!

Fokus aku hanya satu kini. Kereta aku! Kereta Myvi aku! Tertoleh-toleh bagai nak rak aku mencari selepas aku sampai ke tanah. Aku garu kepala sambil cuba mengingati di mana aku memparkir kereta aku itu, namun connection failed! Sebabnya semalam aku parkir kereta dekat depan flat rumah aku, ini bukan flet rumah aku weh! Mulut masih membebel sendiri, sambil istighfar dan berdoa moga kereta kesayangan aku itu tidak hilang.

Aku bersyukur yang amat apabila kereta aku nampak terparkir elok di satu sudut di belakang bangunan. Tangan aku menyeluk poket dan segera mengeluarkan segugus kunci. Tangan aku yang ala-ala bergetaran itu dengan setabah mungkin aku cuba hilangkan keketaran itu. Aku menghidupkan enjin dan tak tunggu lama untuk memanaskan enjin, aku terus pecut laju. Nasib lah kereta kesayangan, aku seram dow!

Alhamdulillah! Aku panjatkan syukur yang tak terhingga apabila tayar kereta aku menjejak jalanraya yang penuh sesak dengan kenderaan lain. Jalanraya sesak pada waktu selepas waktu bekerja yang membawa kesesakan sehingga ke malam. Aku sempat menoleh ke belakang, ke arah bangunan tadi. Bangunan itu merupakan sebuah bangunan flat lama yang ditinggalkan yang berada tidak jauh dari universitiku. Flat itu tidak digunakan mungkin atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Aku pernah lalu dekat kawasan flat ni dulu. Tapi, yang semalam aku rasa macam aku balik rumah tu, apa bendanya? Ish, persoalan ni budak IQ tinggi pun belum tentu dapat jawab!

Jadi, soalan tu aku reserved untuk budak IQ tinggi. Sekarang ni, aku kena fikirkan tentang mimpi semalam yang mana sedang bermain-main di benak seolah ada tayangan video yang dirakam di dalam memori otak. Mungkin perempuan itu memberikan petanda untuk aku. Aku cuba berfikir-fikir, akhirnya aku pun sedar bahawa tempat yang dimaksudkan oleh si hantu itu ialah di dalam hutan di hadapan kolejku! Ish, dah terang-terang kot dia tunjuk tempat berlaku dekat mana, yang aku dok blur sorang-sorang ni kenapa??

Hutan di situ tidak dibenarkan masuk. Aku pun tak tahu apa sebabnya yang menyebabkan jalan ke hutan itu ditutup. Padahal, ada jalan tar yang menuju ke arah dalam hutan tersebut. Aku segera mengambil keputusan untuk kembali ke kolej. Kalau balik ke rumah pun, belum tentu dia bagi aku balik rumah, karang dia bawak aku pergi flat dekat Sabah pulak, siapa nak hantar aku balik Semenanjung?? Ish, karut!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience