Bab 11

Horror & Thriller Series 17793

BAB 11

” Jenny, cakap dengan aku! Jenny, kau jangan mati! Jenny! Aku tak berniat! Jenny, Jenny.. Jangan pergi. Jenny..” Ain terjelepuk menyesal selepas dia tidak mendapat sebarang reaksi daripada Jenny. Kerana cinta dia sudah membunuh! Membunuh sahabatnya sendiri. Memori bersama mereka berputar di dalam kepala. Panas barannya memakan dirinya sendiri.

” Apa aku nak buat dengan mayat kau..” Ain buntu. Habis hilang segala rasa mabuknya. Peningnya cuba dikawal. Ada benda yang lebih penting perlu diselesaikan. Dia berfikir, cuma satu jalan sahaja terlintas di kepala. Dengan pantas dia mengambil baldi dan tuala pada tangan Jenny dan membersihkan darah yang mengotori lantai. Pisau yang digunakan tadi dilap bersih dan dibuang ke luar tingkap. Hatinya berdebar kuat. Tangan dan kaki menggigil namun dia cuba menguatkan semangatnya. Dia tidak mahu dihukum kerana dia sudah melakukan satu pembunuhan. Sebolehnya, biarlah dia sahaja yang mengetahui apa yang sudah terjadi.

Dalam masa sepuluh minit, Ain menukar pakaiannya dan juga pakaian Jenny. Jam menunjukkan 3 pagi. Selepas dia menuang air yang sudah bertukar warna kepada warna merah darah itu, dia lekas-lekas memapah mayat Jane keluar bilik.

Dengan susah payah dia mengheret mayat itu ke seberang kolej, berhampiran dengan hutan dan jalan yang tidak digunakan. Tubuh Jenny dibalut dengan jaket labuh supaya tidak menimbulkan syak kepada sesiapa yang mungkin terpandang mereka. Dia mencari tempat yang sesuai untuk dia mengebumikan tubuh Jenny. Penyodok kecil dikeluarkan dari poket bajunya selepas matanya menangkap satu port yang sesuai. Penyodok itu diambil dari dalam bilik peralatan tukang kebun dan janitor yang tidak berkunci.

Tangannya pantas mengorek tanah sambil matanya melilau ke sana sini memerhatikan sebarang pergerakan yang ada di kelilingnya. Tanah yang dikorek tidak berapa dalam, cukup sekadar dapat menimbuskan tubuh Jenny memandangkan tenaganya sudah banyak hilang semasa dia memapah Jenny dari bilik mereka tadi ditambah pula dengan alkohol yang membuatkan tubuhnya rasa tidak bermaya. Kemudian, dia menolak mayat itu ke dalam lubang dan nasib menyebelahinya kerana lubang itu cukup-cukup saja muat untuk tubuh Jenny. Dia menimbuskan tanah tersebut dengan hati yang tertekan. Perasaannya bercampur-baur. Ketakutan menyelubungi, bertemankan bunyi cengkerik dan bulan mengambang penuh, angin sepoi-sepoi sejuk menaikkan bulu romanya. Namun dia cuba mengabaikan perasaan itu dan menangani secara psikologi supaya ketakutan itu dapat dihapuskan.

Tanah tadi diletakkan dengan batu-batan bagi menutupi bukti bahawa tanah itu pernah dikorek dan seorang manusia ada di bawahnya.

” Maafkan aku, Jenny. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat. Aku menyesal dan aku nak bertaubat! Jenny, aku mohon kau maafkan aku.” Bisiknya dan dia menangis sebelum dia pergi daripada kuburan itu. Dengan tersedu dan hati yang berkecamuk, dia melintas jalan. Tanpa melihat kiri kanan, dengan tak semena-mena tubuhnya melayang dilanggar oleh sebuah kereta laju yang datang dari arah bukit yang agak curam di hadapan kolej. Dia merasai kesakitan itu, dia merasai penyesalan itu, dia merasai kebebasan itu, moga Tuhan ampunkan aku.. bisiknya sebelum nyawanya ditarik.

------------------------

Aku tersedar dalam keadaan terkejut selepas melihat segala peristiwa yang terjadi, bermula dari Jenny bergaduh sehinggalah Ain dilanggar sehingga mati, hantu comel pulak terpa aku depan mata! Mak ai, tolongla dear Jenny, sang hantu comel, jangan main kerpah-kerpah gitu, kalau aku mati, siapa jugak nak tolong kau? Haa.. Bebelku sendiri sambil beristighar kuat. Dada aku urut. Astaghfirullah! Aku rasa macam masuk wayang aje tadi, ish! Sadis gila! Yang hantu comel ni pun cuba la guna cara lembut sikit kalau ya pun nak kejut aku, ada pulak main terbang melayang gitu tau-tau menerpa aku untuk beritahu dah the end! Haiya! Tutup tirai sudah la, aku faham lah dah habis wayang. Ish, merana aku 3 minit!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience