Bab 10

Horror & Thriller Series 17793

BAB 10

Malam yang sunyi itu, Jenny keseorangan di dalam bilik. Jam di atas meja studinya ditenung, sambil beriak hairan dan risau kenapa Ain masih belum pulang walhal waktu sudah menginjak ke pukul 11.15 malam. Jarang sekali dia pulang lewat malam, kalau lewat balik pun dia akan beritahu. Mungkin dia amat marah dengan aku, fikir Jenny. Kepalanya diletakkan di atas meja, terasa penyesalan menyesakkan dan menyakitkan dadanya. Dia menjadi tidak senang hati dan berasa akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku namun dia tak mampu meneka apakah perkara buruk itu.

Jenny menunggu Ain pulang sehingga dia tertidur. Hanya pada pukul 2 pagi dia terjaga apabila kedengaran bunyi bising kunci di pintu masuk bilik. Terpacul Ain dengan bau arak yang cukup kuat. Mata putihnya kemerahan. Jenny yang masih mamai segera jaga sepenuhnya dan menghampiri Ain untuk membantu.

” Ain, kau okay tak? Kenapa kau minum?” Jenny bertanya lembut. Ikut rasa hati, dia ingin menjauhi Ain kerana rasa serba salah dan rasa malunya, namun dia tidak sanggup.

” Kau tak payah sibuk dengan hidup aku. Kenapa kau masih dekat sini? Kenapa kau tak pergi masuk..” Ain bising, nyata dia masih ingat kejadian siang hari tadi walaupun dia mabuk agak teruk. ” Uwekk..” Ain termuntah kemudiannya.

” Ain, kenapa ni? Kau buat aku risau saja. Kau baring dulu, aku ambilkan kau ubat hilangkan mabuk kau ni. Ya?” Jenny mengambil berat. Bukan direka-reka, dia memang ikhlas.

” Kau tak payah berlakon baik nak jaga-jaga aku. Kau suka tengok aku macam ni kan? Dalam hati kau kata biarlah aku mabuk sampai mati, then kau boleh bersama dengan Akil bodoh tu kan??!” Dalam keadaan terhuyung-hayang Ain membebel.

” Please, AIn. Aku dah putus dengan dia. Kau boleh tanya dia kalau kau tak percaya.” Jenny mencuba nasib memujuk.

” Kau jangan harap aku nak percaya lagi kata-kata kau! Kau boleh pergi mati la, Jenny! Aku benci kau dengan jantan miang tu, aku benci!!” Ain berkata lantang sambil menolak Jane kuat sehingga gadis putih itu terduduk di atas lantai.

” Ain, please, bertenang. Aku pergi tandas kejap basahkan tuala untuk bersihkan muntah kau, ya? Kau kan tak suka bilik kita kotor? Kau rehat, okay.” Jenny berkata lagi, lembut walaupun Ain bertindak kasar padanya tadi. Dia menyalahkan dirinya sendiri, disebabkan itu lah dia tidak mengalah di dalam terus memujuk Ain.

Ain diam. Keluhan berat dilepaskan kemudian bibirnya diketap kemas. Matanya merenung tajam ke arah Jenny, mengikuti dengan teliti segala pergerakan Jenny. Hati Jenny berombak terkejut dengan perlakuan kasar Ain, namun hatinya masih berprasangka baik kepada sahabatnya itu. Dia tahu AAinmy sangat baik cuma bersikap panas baran yang tidak menentu sahaja.

Jenny pulang ke bilik dengan sehelai tuala dan baldi di tangan. Hatinya berdebar kuat, serasa Ain adalah makhluk asing yang hodoh dan dia rasa tak senang hati untuk berjumpa dengan Ain lagi seperti sebelum ni. Masuk saja ke dalam bilik, dia lihat Ain sedang duduk di atas kerusi. Kepalanya ditundukkan dengan rambut berjuntaian menutupi wajahnya. Gaya-gaya hantu ‘kak pon’ pun ada. Jenny membisu dan terus meletakkan baldi di atas lantai dan memerah tuala kecil untuk membersihkan lantai bilik mereka.

” Jenny.. kan aku dah kata..” Ain bersuara perlahan di belakang Jane.

” Ya, A.. in..” Suara Jenny yang ceria kerana Ain mahu bercakap dengan baik dengannya terhenti begitu sahaja apabila dia merasakan satu benda tajam menyucuk perutnya.

” Tak payah nak jaga-jaga aku, kau boleh pergi mati!!” Jerit Ain kuat, dia betul-betul dah kena rasuk dek syaitan! Dia ketawa kuat melihat perut Jenny yang mengeluarkan darah memancut-mancut membasahi lantai. Tikaman demi tikaman ditusuk ke dalam perut Jane sehingga dia puas hati.

” Ain.. aku.. min..ta maaf.” Kesakitan Jenny tidak dapat dibendung lagi. matanya terpejam selepas telinganya hanya dapat menangkap ketawa kuat daripada mulut Ain sebelum semuanya kabur dan lenyap.

” Puas hati aku! Jenny, kau dengar tak? Puas hati aku! Puas hati aku! Jenny! JEnny? Jenny?? Aku cakap dengan kau ni! JEnny!” Ain menjerit nyaring. Pisau lipat di tangan dibuang ke tepi. Dia berasa cemas, ya, cemas apabila dia baru menyedari dia sudah menghabiskan nyawa sahabat baiknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience