Bab 14

Horror & Thriller Series 17793

BAB 14

‘ Bang! Saya jumpa tulang manusia dekat dalam hutan tu!’ Aku yang segera meluru ke arah lelaki itu dengan pantasnya bersuara laju kalah Bullet Train kat Jepun. Abang atau pakcik pengawal itu meriakkan muka tercengangnya namun segera kembali ke alam nyata selepas aku menyuluh mukanya dengan lampu telefonku. Nak tengok riak muka yang sebenar. Rupa macam terkejut tapi sebab gelap di balik bayang pokok-pokok rimbun ni, aku tak berapa nak nampak dan konfiden dengan rupa dia yang sebenar sekarang ni.

” Uh, macam mana kamu boleh jumpa? Situ kan kawasan larangan?” Abang guard itu bertanya sinis. Mulutnya yang menganga luas tadi cuba dicover sebaik mungkin. Mungkin menyerang aku dengan soalan maut begitu boleh menghilangkan perasaan malu yang dirasainya ketika itu.

” Bang, itu bukan persoalannya. Persoalannya, abang tolong la percayakan saya dan ikut saya dulu, saya akan buktikan pada abang. Saya tak tipu!” Aku bercakap bersungguh dengan mata yang bulat. Suara aku menarik perhatian beberapa pelajar lain yang kebetulan melalui kawasan itu. Wajah aku yang cekung sebab tak makan ni ditenung mereka. Kelaparan aku membuatkan sifat sabar aku hilang sedikit.

” Okay, kalau macam tu, abang percaya. Tapi kalau tak betul, tunggu kamu abang luku.” Abang guard itu pun dengan segera menghubungi beberapa rakannya menggunakan walkie-talkie yang sentiasa diletakkan di tali pinggangnya itu. Mujur dia mempercayai aku walaupun keraguan sangat jelas ketara kelihatan pada wajah dia. Aku duduk di atas pembahagi jalan di hadapan pintu pagar kolej sambil menunggu rakan-rakannya yang lain tiba selepas aku berjalan bersama dengannya ke sana.

Tidak lama kemudian, datang dua orang pegawal keselamatan yang lain sambil tergesa-gesa turun dari motor dan memparkirnya di kawasan berhampiran. Selepas bercakap sedikit-sebanyak, kami beramai-ramai ke tempat tadi. Aku perasan dia meng’iringi’ kami, melayang-layang di atas. Namun, aku sahaja yang perasan, kerana ketiga-tiga pak guard itu macam steady aje. Mungkin jugak mereka dah biasa melihat benda sebegitu di sini, sebab tu mereka buat tak hairan walaupun mungkin mereka nampak.

” Sini, bang. Cuba abang tengok.” Aku menunjukkan tempatnya sambil bernafas laju dan agak mengah ditambah pula dengan sang hantu comel yang baru sahaja bertenggek duduk melunjur kaki di atas dahan pokok berdekatan sambil memerhatikan kami semua, menambahkan lagi kemengahan aku. Aku bukan tak cuba buat-buat berani, tapi uhh, aku pun tak tahu kenapa dia buat aku kecut perut walaupun boleh kata tiap masa dia ‘teman’ aku selama ni!

” Man, kena guna cangkul kot?” Ujar seorang pegawal keselamatan itu.

” Tapi tulang-tulang ni dah lama, dah rapuh, takut hancur pulak kalau guna cangkul. Kita korek guna tangan lah!” Sangkal abang Man semangat.

” Aku call polis sekejap.” Abang guard awal-awal tadi menjauhi kami yang sibuk menggali dan mengorek tanah yang terdaya kami lakukan sementara menunggu kes itu diselesaikan oleh pihak polis.

Akhirnya, tulang-tulang itu pun dikumpul oleh polis pada malam itu juga dan dikebumikan dengan sempurna di tanah perkuburan yang berdekatan. Sedikit tulang yang ada disimpan untuk dibuat analisa bagi mencari bukti dan pemiliknya. Aku juga disoal siasat oleh polis yang berkenaan, aku cerita secara rambang saja namun aku tahu siapa lah yang nak percaya aku diberi vision untuk melihat hantu comel tu dan diminta tolong pulak tu. Namun, aku dah cukup bersyukur sebab mereka tak tahan aku menyatakan aku pulak yang membunuh. Weh, kejadian yang sangat naya kalau betul-betul jadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience