Bab 6

Horror & Thriller Series 17793

BAB 6

Tik… Tik…

Sedetik kemudian, aku terdengar air menitik. Aku abaikan. Aku cepat-cepat mencuci apa yang patut. Aku nak cepat-cepat keluar dari tandas ni. Ya Allah, Kau lindungilah aku. Dalam hati berdoa semoga dijauhkan dari segala gangguan. Namun tak sempat aku menzip semula seluar slack hitam aku, aku terasa ada air menitik di pipi. Aku sapu dengan tapak tangan, bukan air, tapi darah! Aku pandang ke atas dengan ragu-ragu, wanita berbaju putih dan berdarah di perutnya sedang melekat di siling tandas! Rambutnya yang panjang itu meleret sampai ke mukaku! Uhh, kenapa dia tak rebonding rambut dia ala-ala hantu Jepun dalam wayang tu, sedap sikit kot sapu muka aku ni! Ini kasar dan tajam serupa dawai aje aku rasa! Sempat pulak aku membebel. Semulajadi dow!

‘ Allahuakbar!’ Dengan segera dan kuat kalah petirnya aku menjerit dan cuba membuka pintu tandas dengan gelabah untuk segera keluar. Suara hilaian wanita yang seram jelas kedengaran. Pintu tandasku seakan terkunci dari luar. Ya Allah! Bermacam surah aku cuba baca. Aku rasa surah Yassin dah tercampur dengan ayat Kursi dah selama aku cuba membaca! Dugaan apakah ini?? Ini kalau aku tak membuang air dari awal tadi, aku berani bet la gerenti terburai kat sini punya! Seramnya lain macam doh!

‘ Hik.. hik.. hik..’ Suaranya kedengaran begitu dekat dengan telinga aku. Aku menoleh dan melihat wanita tadi sudah berada di belakangku, di atas peti pam air! Bila masa pulak dia mendarat kat situ?? Ishk! Sadis! Senyum sekejap, kemudian mukanya berubah menjadi sayu dan hodoh. Matanya mengalirkan darah merah segar menghiasi pipinya yang putih melepak seperti seorang Geisha. Lehernya pula dipusing-pusing ke kiri dan kanan sambil matanya tak lepas dari merenungku tajam dan dalam. Siap bunyi-bunyi macam tulang dipatah-patahkan. Wah! Ini lagi sadis! Aku jadi terkelip-kelip. Kakiku mula ketar dengan sangat nyata. Aku berdoa moga aku pengsan saja di situ daripada menanggung ketakutan yang menggunung di mana keberanian hanya bersisa sedikit sahaja umpama kulit bawang. Tapi, yang peliknya, kenapa aku tak boleh nak pengsan?!

‘ Ke.. na.. pa..?’ Aku tertanya soalan itu padanya. Nak jugak tanya kenapa dia asyik kacau-kacau aku, namun aku tak terdaya nak terus bertanya kepadanya lagi apabila tangannya mula dihulurkan ke arahku dengan kuku panjangnya. Bau yang tidak menyenangkan seperti bau bangkai mula hinggap menyinggah di salur pernafasanku. Aku memejam mata serapat mungkin. Dalam hati aku istighfar laju-laju dan mengucap dua kalimah syahadah berkali-kali, kalau ditakdirkan aku mati di tangan hantu, aku redha. Yeke redha?? Amalan aku tak cukup lagi, kahwin pun belum! Ish, tapi dia ni ayat Kursi pun tak lut, macam mana?!

‘Kiah!’ Aku terdengar suara Hana memanggil. Aku buka mata sedikit. Ya Allah! Betul ke ini Hana?? Keraguan di hati tetap ada selepas tanggapan awal aku tadi meleset apabila sang hantu itu aku sangka Hana. Kuku wanita tadi yang tak sampai 1 inci ingin mencecah ke mukaku segera terhenti. Dengan tak menyempatnya, dia melompat ke tandas sebelah dan pintu tandasku terbuka dengan sendiri. Aku menapak keluar dari bilik tandas itu dengan dada berdebar serupa nak pecah. Kaki dan lutut masih bergetar kuat. Muka pucat aku menunjukkan segalanya membuatkan hati dan benak Hana timbul pelbagai tanda tanya.

‘Kiah! Kau okay tak??’ Hana bertanya cemas, namun aku hanya diam saja. Peristiwa tadi betul-betul mengejutkan aku. Serius! Aku cepat-cepat mengambil beg sandang biru aku dan menuju ke arah kereta Myvi yang diparkir berhadapan dengan pintu utama fakulti. Hana yang mengekori, aku biar dengan seribu pertanyaan walau di dalam hati aku bersyukur Allah menghantar dia sebagai penyelamat sementara aku tadi. Alhamdulillah, Allah mendengar doa aku walaupun ayat yang aku baca tak menjadi, mungkin sebab dah bercampur baur, itu sebab la tak berkesan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience