Bab 18

Horror & Thriller Series 17793

BAB 18

” Lailahaillallah! Mengucap, Hani! Lailahaillallah!” Aku menjerit kuat. ” Bila ustaz boleh datang??” tanyaku agak cemas sambil memandang ke arah Jaja yang mula kembali kalut melihatkan keadaan Hani.

” Secepat mungkin!” jawab Jaja sepantas kilat. Telefon bimbit cokia aku tu dia campak ke atas lantai, tercampak gamaknya terkejutkan si Hani yang tiba-tiba meracau tak tentu hala. Takpe la, aku maafkan aje keterlanjuran kau tu, Jaja. Sempat aku berbisik sendiri di dalam hati walaupun sedikit risau kalau-kalau rosak handphone cokia aku tu, siapa nak ganti?? Terpaksa lah aku korek tabung adik di rumah sana, ha ha. Nanti ada masa abang ganti balik, ye dik? Oh, terlebih bebel pulak di masa puncak ni!

” Tolong aku pegang tangan dia!” aku meminta bantuan Jaja selepas Hani mula meronta-ronta kuat hendak melarikan diri. Jaja yang berbadan besar itu lebih kuat berbanding aku yang ada rupa seperti makhluk tak cukup zat ini!

” La hau la wala quata illa billah!” aku melafazkan ayat itu kuat, Hani memberi respons dengan menjerit sekuat hati dan merenungku tajam. Aku sambung pula dengan azan yang tidak berlagu. Mati la nak berlagu bagai kan di saat genting macam ni! Hani itu terus meronta-ronta seolah sakit mendengarkan azan yang aku kumandangkan di sisinya.

” Berani kau?! Kau cabar aku??” suara garau keluar dari mulut Hani, suara yang lebih dalam daripada suara Hani yang sebenarnya.

” Jaja, baca ayat Kursi dengan aku, kuat-kuat!” Jaja mengangguk, kemudian kami mula membaca dengan kuat. Semakin kuat bacaan kami, semakin kuat rontaan Hani yang mula menyepak-nyepak angin dan berhajat ingin menyepak aku dan Jaja, supaya dia dapat melarikan diri dari bilik aku.

” Ha ha, kau orang memang failed! Baca ayat Kursi pun salah!” Tiba-tiba sahaja Hani ketawa nyaring yang menaikkan bulu romaku, tegak. Jaja aku tengok makin pucat dan terdiam mendengar ucapan dan ketawa Hani yang berdekah-dekah. Ini mesti dia nak buat helah sebab dia tak dapat lari!

” Jangan hiraukan dia! Dia nak mainkan kita, Jaja! Teruskan baca!” aku berkata kuat. Syaitan dan jin kafir adalah sebaik-baik penipu daya dan pemutar belit. Apa dia kata sepatah haram pun tak boleh percaya! Aku teruskan membaca ayat Kursi sambil merenung tajam ke arah Jaja yang masih terdiam. Tak lama kemudian, dia kembali sedar dan ikut membaca sekali bersama aku walaupun suaranya tidak sekuat awal tadinya.

” Kau ingat kau dah cukup bijak?? Kau akan hangus terbakar dengan aku jugak dalam neraka nanti, ha ha!” ish, kalut lah kau, Hani! Nak aje aku ramas mulut celupar dengan hidung dia sekarang ni! Peluh yang lebat menitik dari dahinya membasahkan kembali badannya itu dan melicinkan kulit tubuhnya.

” Ya Allah! Apa dah jadi ni??!” Mia terjaga kembali selepas keriuhan kedengaran dengan nyata dari keadaan di dalam bilik kami ketika itu. Dia bangun dengan tiba-tiba dan menjerit sambil memegang hujung kain batiknya dan menutup mulut melihatkan keadaan Hani yang terbuntang matanya itu. Mendengarkan suaranya, Hani yang kerasukan itu tersenyum lagi sambil memandang ke arahnya. Mia kecut perut, dada dah berombak bagai. Ketar lutut tak usah sebut, kalah penyanyi rock atas pentas!

” Kau nak ikut kami tak?? Ha ha! Jom, go to the hell!” lagi bergetar lutut serupa nak pengsan Mia mendengar pertanyaan Hani! Siap speaking orang putih pulak tu, tak boleh blah betul, memang tabik spring lah kau!

” Kiah! Ak.. aku.. taa.. kkuut!” Mia terjerit kuat. Gerun melihat pada Hani kala itu. Gaya macam nak datang dekat dengan aku, tapi dalam masa yang sama, macam dia menjauhi pun ada aku tengok.

” Mia, tolong bukak pintu, ustaz dah datang tu!” arahku selepas kedengaran ketukan dan salam dari luar. Mia yang sudah meremang bulu romanya itu segera melintasi kami dengan tidak banyak bicara lagi dan membuka pintu selaju mungkin. Riak muka pucat terpancar dari wajahnya. Dia terus keluar dan membuat keputusan untuk menunggu di luar sahaja. Badan lembutnya mula menggedik tak tentu arah. Tak berani dia mahu masuk lagi, seram! Jeritnya kuat menarik perhatian. Ustaz Azim dilihat datang bersama dengan seorang warden kolej, Encik Daud. Mukanya berkerut dalam ketenangan.

” Astaghfirullahal ‘azim!” ustaz Azim bersuara kuat. Luar bilikku aku lihat mula meriah dengan pelajar-pelajar lain yang datang melihat keadaan yang berlaku. Hani semakin mengganas, mata putihnya kian merah, sungguh kuat dan degil benda yang masuk ke dalam tubuhnya itu!

” Kau! Mana kau muncul? Tiba-tiba aje, kau terjun dari langit ke, hah, Azim??” muka Hani kelihatan sedikit takut dengan kehadirannya. Memang cukup expert dia ni, semua orang dia tau nama!

” Kamu tolong pegang kaki dia, kuat-kuat!” ustaz Azim menyuruh dua pelajar lain yang menyibukkan diri di situ untuk membantu kami. Mulut ustaz Azim terkumat-kamit membaca sesuatu selepas dia duduk menggantikan Jaja.

Selepas 2 jam bergelut, Hani Berjaya dipulihkan. Dia tidak sedarkan diri dan kelihatan lemah. HAbis seluruh pelajar dating mengerumuni untuk melihat apa yang terjadi.

Sejak itu, Hani dan Jaja tidak lagi sombong dan mereka telah belajar daikesilapan bercakap besar dahulu tentang … hantu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience