Bab 4

Horror & Thriller Series 17793

BAB 4

‘Rokiah….’ Terdengar gemersik perlahan suara memanggil namaku sayu. Ahh, sudah! Dia datang lagi! Makin lama makin terasa dekat dengan telingaku, tanganku bergetar, aku dengan ragu cuba memberanikan diri memandang ke belakang, namun tiada apa-apa. Aku telan air liur untuk sekalian kalinya. Segera mp3 bacaan ayat al-Quran aku buka sekuat mungkin bagi menjadi ‘pagar’ dari gangguan makhluk ghaib. Game yang ralit aku main tadi terbiar begitu saja tanpa aku pausekan.

Seketika, suara yang memanggil aku tadi pun menghilang. Lega! Aku kembali menatap skrin laptop. Namun tak sampai 10 minit kemudian, telingaku menangkap satu bunyi ketukan di pintu. Tiga kali. Aku yakin telinga aku tidak salah dengar. Aku memandang sekilas jam di tangan, 5 minit menghampiri pukul 1 pagi. Siapa pulak mangkuk yang datang bilik aku pepagi buta ni? Aku dengan malasnya bangun dan membuka pintu bilikku tanpa ragu, memikirkan itu mungkin kawan-kawan yang suka datang melepak di bilik. Namun, tiada sesiapa, cumanya angin sejuk sepoi-sepoi bahasa sahaja yang menerpa masuk ke dalam bilikku. Bulu romaku segera menegak. Bulu ketiak pun tak terkecuali!

Subhanallah! Segera aku menutup rapat dan mengunci pintu bilikku kemudian menuju ke katil sepantas yang boleh. Untuk malam ni, aku give-up! Laptop aku itu aku biar hidup, pandai la dia sleep sendiri nanti, fikirku. Aku sudah tak gigih nak menutup laptop yang nampak macam jauh aje untuk dicapai, yang aku terfikir sekarang ialah lari masuk dalam selimut dan selubung sampai kepala! Seram, seram!

Aku melompat ke atas katil dan segera baring. Selimut aku tarik laju. Aku tutup satu badanku dan aku mengerekot kemas di dalamnya. Dalam hati aku membaca ayat-ayat al-Quran sebagai pelindung sebelum tidur. Mulut terkumat-kamit tanpa ada sebarang bunyi. Aku mengambil keputusan untuk tidak menutup lampu. Sejenak, aku pun tertidur dengan hati yang sedikit tenang selepas aku membaca sebanyak mungkin ayat-ayat pelindung.

___

Geli.. Aku cuba menepis. Kemudian, tanganku seperti diusik lagi. Esh! Kacau betul la! Apa bendanya ni?? Aku segera membuka mata dalam keadaan sedikit marah. Pantang betul aku kalau orang kacau aku tidur! Tapi, aku hanya boleh menelan air liur sahaja melihatkan tanganku sedang diusap-usap lembut oleh ‘seorang’ wanita berambut hitam panjang. Dia duduk bersimpuh di sebelahku di atas lantai. Tak sejuk ke duduk atas lantai? Macam nak tanya, tapi aku tak terdaya nak tanya! Tak lama, dia pun sedar yang aku sedang memandang ke arahnya, lalu dia yang sedang asyik bermain-main dengan tanganku tadi segera berpaling memandang ke arahku.

Cantik! Cun gila! Dia tersenyum. Manis sangat, aku rasa terpukau sekejap. Namun, tak lama dia tersenyum, bibir yang berwarna merah saga dan berkilau itu berubah menjadi pucat, matanya yang redup sepantas kilat membulat dan taringnya dapat kulihat dengan nyata.

‘ Lailahaillallah!’ Aku menempik kuat apabila dia cuba mencekikku dengan jari kukunya yang tajam. Aku membaca ayat Kursi di dalam hati sambil memejamkan mata. Seminit lagi dia cekik aku, mati dalam iman lah aku alamatnya! Namun, lama kelamaan, cekikan yang agak kuat tadi akhirnya lemah dan kemudian hilang begitu saja. Aku kepenatan kerana bergelut dengannya dan akhirnya aku tertidur kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience