Bab 5

Horror & Thriller Series 17793

BAB 5

Pagi esoknya, aku terbangun selepas terdengar bunyi alarm handphone Mia. Kuatnya serupa bunyi mercun di malam raya. Pukul 6.30 pagi. Aku teringat peristiwa aku dicekik malam tadi. Tapi, aku sendiri pun tak pasti samada aku bermimpi atau pun apa. Aku bangun perlahan untuk ke tandas. Aku kembali ke bilik selepas mengambil wudhuk.

‘ Subhanallah!’ Spontan aku terjerit. Muka Mia tercongok di pintu bilik dengan mata layu mengganggu pemandangan. Tangannya menggosok-gosok malas mata kirinya. Hilang feel mengantuk dan ala-ala insaf mengambil wudhuk sebentar tadi. Aku mengurut dada. ” Ish! Kau ni Mia, buat terkejut aku aje! Nasib takde sakit jantung, weh. Kalau tak, kau memang..”

“Eh, kenapa dengan leher kau, Kiah? Siapa cekik kau? Biru semacam aje? Kea da orang yang cium?’ Mata Mia membulat merenung leherku. Bebelan semulajadi aku tadi dipotong laju olehnya. Jarinya mencucuk-cucuk dan mengusik leherku. Aku tepis tangannya.

”Wei, sakitla. Yang kau cucuk-cucuk tu siapa suruh? Tapi entah lah, hantu kot yang cekik aku semalam.’ Aku menjawab dengan nada bergurau. Sungguh aku tak perasan tentang bengkak biru seperti yang dikatakan Mia. Aku percaya dengan katanya itu pun kerana terasa keperitan akibat cucukannya itu. Wajah ayu sang hantu semalam menghiasi mata aku secara tiba-tiba membuatkan hati aku kembali berdebar.

“ Gila kau! Kalau betul macam mana??” Mia menepis kuat kataku, dengan maksud tersiratnya, aku tak nak ada hantu dalam bilik kita! Takut woo!

“Takde apa-apa lah, beb! Dah la, lewat dah ni, solat!’ Aku menolak badan Mia keluar dari bilik, membiarkannya dengan persoalannya sendiri. Aku merenung leherku di dalam cermin sebentar sebelum ke tikar sembahyang.

——

Hari Khamis penuh dengan kuliahnya membuatkan aku terpaksa untuk melepak di fakultiku sahaja sepanjang hari. Pukul 5 sampai 7 petang merupakan kuliah terakhirku untuk hari ini. Gila lambat baru habis! Pensyarahnya pulak jenis strict bukan main, nak jugak tunggu sampai 7 tepat baru nak bagi kitorang balik. 7 lebih lagi bagus. Prinsip ISO katanya. Tapi, dia sendiri bising katanya ISO tu singkatan bagi ‘It’s So Over!’, namun apa jugak yang dapat dibuatnya, prinsip hidupnya melarang dia melanggar prinsip ISO itu sendiri.

“Hana! Kau tunggu sekejap, aku nak pergi toilet. Tak tahan dah ni!’ Aku menjerit kuat lantas meletakkan beg sandangku di atas kerusi di luar lalu aku pantas menghilang di balik pintu utama bilik tandas itu. Aku selalunya akan pulang bersama-sama dengan Hana yang membonceng motosikalku ke kolej. Hana merupakan seorang teman baru yang agak baik dengan aku di fakulti, tambahan pula kami sekelas dan mengambil jurusan yang sama.

‘ Okay, aku tunggu dekat luar.’ Terdengar sayup suara Hana seakan tiada perasaan dari luar. Dia menunggu di atas kerusi panjang berdekatan dengan tandas di situ. Dia mengetap bibirnya sambil merenung ke arah pintu keluar utama fakulti. Keadaan fakulti itu menjadi semakin lengang apabila hari sudah menginjak ke senja. Ramai pelajar sudah pulang ke rumah atau kolej bagi merehatkan diri setelah penat seharian berada di fakulti.

‘ Kiah. Lama lagi ke?’ Ketukan di pintu dan suara yang memanggil aku membuatkan aku bengang. Ish, kacau daun betul la! Baru aje kot aku masuk, takkan dah siap?? Memang nak kena luku namanya ni!

‘ Sabar la, Hana! Aku baru nak membuang aje ni!’ Jeritku kuat dari dalam tandas. Kemudian aku terdengar derap kaki berjalan sayup-sayup ke sebelah bilik tandasku. Pintu tidak kedengaran ditutup, namun terdengar bunyi air paip yang dibuka perlahan bersama bunyi kepala paip dipusing.

‘ Siapa tu? Kau ke Hana?’ Aku bersuara bertanya demi menghamburkan rasa hairanku, dan dengan segera air paip di sebelah ditutup. Eh, dalam tandas mana boleh bercakap la, makruh!

Dahiku berkerut. Aku mula berdebar. Semakin lama semakin kuat dan aku rasa mukaku dah hilang darah. Semuanya tersejat naik ke kepala, membuatkan aku rasa pucat semacam! Fikiran aku pula berubah menjadi tidak menentu. Bayangan hantu comel semalam menerpa lagi buat sekalian kalinya. Kenapalah perut aku nak buat hal waktu-waktu senja macam ni jugak? Aku bising di dalam hati sebagai tanda satu penyesalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience