Bab 17

Horror & Thriller Series 17793

BAB 17

” Wei, lari!!” Jaja menarik tangan Hani yang tidak mampu lagi untuk bergerak tanpa sebarang dorongan. Jaja yang menutup mukanya tadi untuk tidak melihat ke dalam bilik mereka yang tiba-tiba menjadi gelap dan suram itu kini mendapat semangatnya kembali untuk menarik Hani keluar. Tak pula dia tahu dari mana semangat itu datang. Namun ternyata Hani tidak kuat untuk menghadapi kejutan kali kedua dalam masa yang singkat begitu.

”Kiah! Kiah! Bukak pintu, Kiah!” kedengaran seseorang mengetuk kuat pintu bilikku sehingga mengejutkan Mia yang sedang lena tidur. Aku yang sedang melayan kisah drama komedi Korea di dalam laptopku segera menanggalkan headphoneku selepas bunyi ketukan yang luar biasa kuatnya itu mengganggu-gugat fokusku pada cerita itu.

” Siapa pulak ni.. ya, sekejap!” aku segera membuka pintu kerana ketukan bertalu-talu itu memang menunjukkan sesuatu perkara yang sangat cemas aka kecemasan lah kan. Muka Jaja yang berpeluh bersama HAni yang pucat terpampang di ruang mataku.

” Kenapa ni, HAni, Jaja..?” aku kerut dahi memandang ke arah mereka berdua. Yang paling dahsyat, Rijal la, sebab rupanya semacam orang yang terkena sampuk kala itu. Matanya tertumpu ke depan sahaja, pandang apa aku pun tak tau.

” Bagi kami masuk dulu, boleh??” kalut JAja berkata sambil matanya melilau ke kiri kanannya. Aku meluaskan bukaan pintu bagi memberi mereka ruang untuk masuk. Jaja memimpin Hani kasar dan menolak rakannya itu laju ke atas katilku, menyuruh Hani duduk sementara dia kalut mengarah aku menutup pintu secepat mungkin. Aku bengong-bengong lagi sebab tak tahu apa cerita sampai macam tu sekali kalutnya Jaja malam ni.

”Kiah! Kau kena tolong aku!” Jaja berkata memulakan bicara selepas aku mengunci pintu bilik dan duduk di atas katil berhampiran mereka berdua. Mia yang terjaga tadi sudah kembali tidur selepas bebelan ringkas plus meraban terdengar keluar dari mulutnya.

” Aku kena ganggu. Hani pulak lagi teruk sebab dia dua kali terkena malam ni, tu sebab dia jadi macam ni. Dia terkejut yang amat.” Jaja bercerita. ” Dia kata dia jumpa penanggal dalam tandas tadi, lepas tu dia lari balik bilik, dia nampak pulak hantu The Ring macam yang aku nampak dulu sebelum dia!” Aku telan air liur mendengar. Aku ketap bibir memikir. Hantu lagi, weh!

” Hantu The Ring?” tanyaku dengan dahi berkerut. Mulut yang sedikit menganga tu aku cuba tutup.

” Hantu perempuan keluar dari skrin komputer! Bezanya kalau dalam The Ring, dia keluar dari TV! Kenapa la expert sangat benda-benda gitu sekarang ni. Ya Allah!” Jaja memegang-memang dan menarik rambutnya tanda kesal tak sudah. Tak sangka wujud rupanya hantu macam tu, ingatkan dalam filem aje! Sesungguhnya dia berani bersumpah, kalau lah dia tahu hantu tu sebenarnya mendatangkan sakit otak dan jiwa, memang dia takkan sebut walaupun sekali untuk berjumpa dengan ‘mereka’!

Aku istighfar tiga kali mendengar pernyataan Jaja. Ish, itu la takde penyakit cari penyakit. Ini mesti kes mulut cabul diorang la ni yang tak semena-mena memanggil benda bukan-bukan macam tu! Aku berbisik di dalam hati. Bibirku ketap dan aku cuba berfikir dengan pantas bagaimana untuk membantu mereka semampu yang boleh.

” Kita kena bawa Hani jumpa ustaz. Aku pun tak tahu apa aku boleh buat dengan dia. Cuba kau baca ayat Kursi dan hembus dekat dia sementara aku call ustaz Azim.” Ujarku yakin lalu segera bangun ke meja studi untuk mengambil telefon bimbitku selepas aku berdiam diri selama setengah minit.

” Aku lupa ayat Kursi, Kiah! Aku tak boleh fokus! Aku risaukan Hani ni!” Jaja membalas. Aku segera memberinya telefon bimbitku yang sudah aku dail nombor ustaz Azam, lantas segera duduk di sebelah Hani yang sedang bersandar di dinding manakala matanya hanya diam seolah dipukau sesuatu. Kain basahnya sudah mula mengering sedikit namun tetap membasahkan tilam nipisku.

” Istighfar, Jaja. Kau tolong cakap dengan ustaz, minta ustaz datang sini. Cakap kecemasan, dia akan faham,” aku berkata perlahan. Aku duduk bersila di depan Hani, mula menutup mata dan membaca surah al-Fatihah serta ayat Kursi, tanganku tadah sehingga cukup tujuh kali bagi kedua-dua surah al-Fatihah dan ayat Kursi itu, lalu aku raub ke muka Hani. Dia seolah tersedar dan mula meracau-racau tak tentu hala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience