part6

Short Story Completed 13862

Retak
.part6

"Tak boleh tuduh macam tu Na, kalau kau tak ada bukti. Kalau betul dia ada perempuan lain, kau kena siasat. Kau kena ada bukti... Baru lah tuduhan kau tu berasas".

"Habis kau nak suruh aku buat apa Min?"

"Kau kena ada dekat dia. Kalau kau nak tahu apa yang dia buat dengan handphonenya. Kau kena balik dan check handphonenya, bila dia sedang tidur. Baru lah semuanya akan terjawap".

Min cuba memberikan idea kepada Nana. Terbangun Nana dari baring dan terus duduk. Nana sepertinya suka dengan pendapat Min itu.

"Aku sayang kau Min. Sebab itu lah aku akan cari kau, bila aku ada masalah. Kau lah satu satunya kawan baik aku. Aku sayang kau Min".

Nana lantas memeluk Min, Min membalas pelukan Nana dengan senyuman. Min rasa gembira bila melihat Nana yang kembali terseyum dan Min merenung Nana. Sebagai seorang kawan, Min cuba ambik tahu tentang apa yang diceritakan oleh Nana. Min tidak mahu rumah tangga kawan baiknya retak. Min cuba mencari jalan agar Nana dapat balik kehidupan lamanya.

"Kau balik ya sayang. Tak baik tinggalkan suami macam tu aja. Walau pun kita ni, tidak bukanlah perempuan yang kuat agama. Tapi kita jangan sampai kita derhaka dengan suami kita. Ya sayang".

Nana mengangguk tanda faham dan Nana memeluk Lagi sekali Min. Sebelum dia melangkah kekuar dari rumah.

"Doakan keluarga aku tidak berpecah belah ya Min. Doakan yang Dainal tidak ada wanita lain dalam hidupnya kecuali aku".

Terseyum Min, sambil menganggukkan kepalanya. Nana memandu pulang kerumah. Sampai dirumah, dia melangkah masuk kedalam. Suasana didalam rumah sunyi sepi. Semua lampu terpasang disetiap sudut rumah. Seperti mana dia meninggalkan rumah tadi. Begitu juga dia balik.

"Hisss dia ni, tak keluar dari bilik ke? Kalau dia keluar dari bilik. Pasti dia dah tutup semua lampu depan".

Bisik Nana didalam hati. Kerana Nana tahu, Dainal paling pantang kalau semua lampu terbuka, bila malam. Kecuali lampu dapur sahaja yang dibiarkan terpasang.
Nana berjalan menuju kedepan pintu biliknya. Belum sempat Nana, memegang timbol pintu bilik. Tiba tiba dia terdengar suara Dainal sedang berbicara denga. Seseoarang melalui talifon bimbitnya. Nana merapatkan telinganya kedaun pintu dan mendengar dengan lebih teliti.

"Alah sayang! I miss u lah. Tak puas jumpa u hari tu. I asik terbayang bayangkan wajah u sahaja. Tak sangkakan kita dapat kenal di sabah hari tu. Seminggu rasanya macam sehari aja. Bila dengan u sayang".

Kata Dainal ditalian talifon bimbitnya. Tersentak hati Nana, bila mendengar ayat ayat yang keluar dari mulut Dainal ditalian. Hatinya betul betul berkecamuk. Memikirkan suaminya yang curang. Nana terduduk, bila mendengar kata kata Dainal. Bila Nana terduduk. Pintu itu menghasilkan sedikit bunyi dentuman. Berpaling Dainal, nemandang kepintu biliknya dari dalam dan lantas bangun dari atas katil dan membuka pintu biliknya. Terkejut Dainal, bila melihat Nana terduduk didepan pintu.

"Sayang! U kenapa?"

Tanya Dainal yang seakan akan perduli tentang Nana. Nana mengerutkan dahi dan lantas bangun dari tempat duduknya. Bila Dainal mula berbuat baik dengannya. Nana tahu. Dainal pasti tahu, yang dia sudah pun mendengar pebualannya. Itu yang Dainal cuba ambil tahu, kenapa dia terduduk didepan pintu bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience