Retak
part17.
"Eh u ni pergi ke mana sahaja? Sampai dua hari tak balik rumah. U tidur rumah perempuan sial tu ye?".
Tanya Nadia bila Dainal masuk sahaja kedalam rumah.
"Pang"
kali kedua Dainal meletakkan tangan dipipi Nana. Pelempangnya singgah lagi ke muka dan Dainal menolak Nana. Nana jatuh terduduk di atas lantai. Menangis Nana kesakitan bila di perlakukan begitu. air matanya mula membasahi pipi.
"Cilaka kau Dainal. Kau boleh pukul aku kerana perempuan sial tu! Aku setia menunggu kau dirumah ni! Aku tak mahu hubungan yang telah kita bina dari zaman bercinta kita. Putus ditengah jalan. Aku setia mempertahankan hubungan ini, walaupun hati aku sakit".
Nana memandang Dainal dengan wajah yang penuh dendam didada. Dendam yang sangat membara. Kali ini lebih menyusuk ke hati.
"Aku bersumpah Dainal. Kau langkah kaki keluar rumah ni. Hidup kau dengan betina itu tak akan selamat. Kau jangan pernah datang bersujud meminta maaf dekat aku lepas ini. Aku juga tidak akan pernah memaafkan kau sampai akhirat".
Kata Nana, dengan nada yang betul betul marah. Nana mengetap bibirnya.
"Ahhhh sudah lah. Itu kau punya pasal. Lepas ini, bukan aku yang keluar dari rumah ini. Tapi kau yang kena keluar dari rumah ini. Aku tak heran kalau kau nak tunggu aku sampai mampus sekali pun".
Kata Dainal sambil membeliakkan matanya kepada Nana yang berada dilantai.
"Esok pagi pagi, aku tak nak tengok muka kau lagi. Aku nak bawa Maria tinggal dengan aku dirumah ni. Sebab ini rumah aku. Kau boleh berambus. Berambus dari hidup aku".
Dainal begitu riak lagi! Bila menyebut rumah itu rumahnya, kepada Nana.
"Kerana dia Dainal! Kerana dia kau lupa masa kita bercinta dulu. Kerana dia kau lupa saat kau bersujut meminta aku terima kau dalam hidup aku. Hurmmmm, kau ni memang bodoh kau tau tak. Kau buta yang betina itu betina jahat. Betina sial kau tau. Aku rasa kau telah dihasut oleh Bonda kau. Bonda kau tu bukan manusia, kalau dia punca hubungan kita retak".
Kata Nana lagi.
"Sebelum aku lempang muka kau lagi. Baik kau pek kain baju kau, berambus dari rumah aku ni. Bodoh sendiri, orang lain pulak nak disalahkan".
Jerit Dainal kepada Nana.
"Aku ni dah menyampah nak tengok muka kau. Jelak aku memandangnya".
Jerit Dainal lagi.
"Ohhh kau sudah menyampah tengok muka aku ye Dainal. Ok, baik. Ingat kata kata aku ni baik baik Dainal. Aku keluar dari sini, kau yang halau aku. Satu hari nanti, kau jangan minta aku memaafkan kau. Aku akan melangkah keluar dari rumah ini dengan dendam Dainal! Dendam yang teramat sangat. Aku berdoa kepada Allah. Agar kau dan betina itu mendapat balasan yang setimpal timpalnya didunia mahu pun diakhirat. Sekali aku melangkah keluar. Jangan mimpi aku akan berpaling kebelakang lagi".
Kata Nana kepada Dainal dengan renungan yang penuh dendam. Nana melangkah pergi kebilik dan mengemaskan semua bajunya dengan perasaan yang membuak buak dan kecewa terhadap Dainal. Nana merenyuk semua bajunya masuk kedalam bag dan berjalan keluar dari bilik kepintu utama. Nana berlalu pergi tanpa menoleh kepada Dainal yang baring diruang tamu. Nana memulakan pemanduannya untuk pergi semula kerumah Min. Kerana hanya Min sahaja yang bermain difikiran Nana.
"Hidup kau tak akan selamat.
Hidup kau tak akan selamat.
Hidup kau tak akan selamat".
Fi mengulang ulang kata kata yang sama. Dengan perasaan sedih dan kecewa, sepanjang pemanduannya. Air mata setia mengalir. Hatinya sudah retak, akibat Dainal yang sudah mula gilakan betina itu...
Seminggu berlalu. Nana menjalankan hidup tanpa Dainal disisinya. Walau pun sakit. Nana telan juga rintangan itu. Sedang Nana duduk bersama Min menonton television sambil berborak borak, tiba tiba Nana mendapat satu pangilan yang tidak bernama. Nana melihat Screen talifon Bimbitnya dan memandang kepada Min.
"Jawap je!"
Nana menekan butang untuk diangkat. Bila Min menyuruhnya menjawap pangilan itu.
"Hello puan"...
kedengaran suara seorang lelaki ditalian.
"Hello ya! siapa ya?"
Tanya Nana
"Awak isteri Mohd Dainal ke?"
Tanya lelaki tersebut.
"Ye saya isterinya. Tapi kenapa ye cik?"
Tanya Fi kepada lelaki tersebut. Walaupun Nana dan Dainal tidak tinggal lagi sebumbung. Tapi Dainal masih lagi suaminya.
"Maaf puan! saya dari balai polis dihospital besar... Suami puan kemalangan jalan raya. Kini dia berada dihospital".
Kata Pegawai polis itu. Tersentak hati Nana bila mendengar tentang kemalangan itu. Jantungnya mula berdegup kencang
"Yaallah Dianal".
Bisik Nana.
"Saya nak bagi tau puan. Bersamanya ada seorang wanita. Wanita itu meninggal di tempat kejadian. Suami puan pula cedera parah di bahagian kakinya... Dia meminta saya menyampaikan berita ini kepada puan".
kata pegawai lelaki tersebut. Terkejut Nana bila mendengar berita Maria juga ada bersama Dainal ketika kemalangan itu berlaku. Tadinya Nana terkejut tentang kemalangan Dainal. Kini Nana menarik nafas lega...
"Alhamdulillah! meninggal ye? Itu lah balasan meinaya wanita lain".
bisik hati Nana.
"Baik tuan, terima kasih kerana memberi tahu saya".
Balas Nana dan memutuskan talian. Nana kini lebih tenang bila berhadapan dengan masalah.
"Allahmaha besar Min! lihat apa yang Dia dapat. Balasan dunia dari Allah. Kerana inaya aku. Ini lah balasan dari sumpah aku. Jangan pernah berharap aku nak datang tengok dia. Hidup mati dia, itu aku tak nak ambil tahu lagi dah.".
Berkerut wajah Min bila Nana kata begitu.
"Kenapa Nana?"
"Mereka berdua kemalangan beb. Perempuan jahat itu, meningal ditempat kejadian. Danial pula, cedera parah".
Terang Nana kepada Min. Min juga terkejut mendengar cerita dari Nana.
"Kau tahu Min. Dia nak suruh aku datang berjumpa dia. Jangan harap Min. Jangan harap aku nak datang".
Min hanya berdiam diri. Min tidak tahu untuk berkata apa dengan Nana. Kesakitan dan kesedihan dihati Nana masih lagi membara. Min hanya mampu berdiam diri. Kerana urusan itu adalah tentang Nana dan Dainal. Biarlah mereka menyelesaikan masalah mereka bersama sama.
Share this novel