part4

Short Story Completed 13862

Retak
Part4

"Bila husband u balik Na?"

Tanya Min kepada Nana. Semasa mereka berdua berada didalam boutique mereka.

"Lagi dua hari, dia balik sini. Tak tau lah kenapa? Sejak dia pergi ke Sabah, hari pertama dan hari kedua sahaja dia sering hubungi aku. Lepas hari ketiga dia disana, dia hanya call aku malam sahaja".

Keluh Nana, bila bercerita kepada Min.

"Fikir yang baik baik aja Na. Entah entah dia tengah sebok. Itu yang tidak dapat hubungi kau selalu".

Marah Min, kerana Nana sering, fikir yang bukan bukan. Tentang Dainal. Nana hanya mencebikkan bibirnya kepada Min.

"Tak sabar aku nak tunggu dia balik lusa ni. Aku dah rindu gila dekat dia. Aku harap, dia pun rindu aku juge".

"Pastilah dia rindu kau juga. Kau kan isteri kesayangan dia. Aku pasti dia pun tak sabar nak balik. Nak jumpa kekasih hatinya".

Jeling Min dengan senyuman kepada Nana. Nana kembali reda hatinya, bila Min kata begitu.

Menjelang kepulangan Dainal. Satu hari Nana tidak ke boutique. Kerana mahu menunggu kepulangan suami tersayang. Nana cuba hubunggi Dainal, tetapi tidak dapat. Mungkin Dainal berada didalam penerbangan. Sebelum kepulangan Dainal, Dainal ada menghubungi Nana. Dainal akan pulang kerumah dengan menaiki teksi sahaja. Tidak perlu mengambilnya di airport. Penantian Nana dari pagi membawa ke tengahari. Dari tengahari membawa kepetang. Dainal masih belum lagi sampai dirumah. sehinggakan Nana tertidur diruang tamu. Bila menjelang magrib Nana mula tersedar dari tidurnya. Kerana mendengar bunyi orang membuka pintu pagar didepan pintu kaca. Nana lantas bangun bila ternampak Dainal didepan pintu. Berkerut wajah Nana, bila Dainal tidak memangilnya didepan pintu masuk, Seperti selalau.

"Sayang kenapa u tak panggil i".

Tanya Nana dengan wajah yang terpinga pinga, kerana baru bangun dari tidur.

"Tak apalah! Saya tengok awak tidur. Itu yang saya tak nak kacau".

Balas Dainal kepada Nana. Nana masih terus terpinga pinga.

"Ehhh sebelum ni! Kalau aku tidur pun, dia pati terjerit jerit. Mahu aku menciumnya didepan pintu".

Bisik Nana.

"Sayang flight tadi pukul berapa. Kenapa lambat sangat sampai. Bulan flight pagi ke?"

"Hummm tak tau lah. Kenapa tiba tiba delay pulak. Dekat tenghari baru dapat naik".

Kata Dainal dan terus masuk kedalam bilik. Tidak ada lagi ciuman balik kerja dari Dainal. Bertambah terkedu Nana. Bila Dainal seperti itu. Bila ditanya baru Dainal mahu berbicara.

"Kenapa dia ni?"

Nana mengerutkan dahi dan bangun dari tempat duduknya dan masuk kedalam bilik, mengikut Dainal.

"Jom kita makan. I dah masak. Penat i masak tau. I dah lapar tunggu u".

Kata Nana, dengan nada manja dan cuba menarik perhatian Dainal.

"Kalau penat, tak payahlah masak. Bukan ada sesiapa pun dekat rumah ni".

Jawap Dainal selamba. Tidak ada lagi ayat ayat gedik manja yang mereka berdua luahkan, antara satu sama lain. Nana bertambah pelik.

"U ni kenapa sayang? I tak rasa seperti u yang balik kerumah ni. U macam orang lain".

Nadia mula membentak, bila bercakap dengan Dainal. Dainal yang sedang membuka butang baju kemajanya, lantas berpusing memandang kepada Nana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience