Retak
part16
"Maafkan aku! Aku dah tak ada hati dengan kau. Aku dah tak ada perasaan langsung dekat kau. Kau carilah jantan lain yang boleh jaga kau. Kau boleh cari sesiapa pun yang kau nak, lepas ni! Tapi bukan aku. Aku dah dapat orang lain yang boleh bagi aku lebih kebahagian. Orang itu pasti akan memberikan aku zuriat. Bukan macam kau. Apa malang agaknya aku, bila dengan kau".
Hina Dainal selamber. Kata kata itu membuakan hati Nana betul betul retak. Dalam diam tak diam, rupanya Dainal mula ambil perduli tentang anak. Kalau sebelum ini, dia sedikit pun tidak kesah tentang anak. Ada atau tidak itu takdirnya. Tidak sedikit pun mencalarkan kasih sayangnya terhadap Nana. Tapi kenapa sekarang? kenapa haus Dainal mula mempertikaikan tentang anak kepadanya.
"Kau ni memang jantan tak guna. Mana janji kau dulu. Kau tak pernah kesah kalau kita tak ada anak. Kenapa sekarang menjadi persoalaannya. Kau ni betul jantan tak guna... Kau sengaja mencari ketidak sempurnaan aku. Hanya kerana kau mahu mengikut telunjuk Bonda. Yang cuba merosakkan hubungan kita".
Jerit Nana dihadapan muka Dainal. Sambil menolak dada Dainal.
"Pang"
Satu tamparan Singgah ke pipi Nana.
"Heii perempuan. Aku memang tak berguna. Aku boleh dapat apa yang aku nak. Siapa kau nak halang aku. Bonda aku pun tak cakap apa apa. Ini kan pula kau. Aku malu kau tau. Aku malu setiap kali orang bertanyakan tentang anak, kepada aku. Kalau dengan kau aku tak boleh ada anak. Baik aku cari orang lain. Buat apa nak simpan benda yang tak berguna".
"Ehh jantan sial. Kalau tidak kerana perempuan sial tu sebok goda kau, kau tak akan jadi macam ni. Dulu kau tak pernah macam ini. Perangai kau baik baik aja... Ada anak atau tidak! Kau tak pernah kesah. Apa yang kau pandang sangat dengan perempuan tu ya? Perempaun yang sangup menggankang sebelum berkawin. Itu ke perempuan yang kau suka sangat. Tolong fikir Dainal. Jangan buat i macam ni. Apa kurangnya i. I rasa i lebih cantik dari dia. I masih sayang u Dainal. I tak nak kau terseksa kemudian hari. Tolong jangan pergi! Tolong dengar cakap i Dainal. Doktor kata kita boleh ada anak bersama. Tapi allah belum nak bagi kita lagi Dainal. Tolong jangan termakan hasutan Bonda. Bonda mahu kita berpisah! Sebab itu dia cuba menangu hubungan baik kita, dengan menghantar Maria, dekat dengan u".
Nana merayu dan tetap merayu. tak berputus asa Nana kepada Dainal, sambil menitiskan air mata.
"Kau jangan nak tuduh Bonda aku yang bukan bukan ya. Apa yang aku buat sekarang tak ada kena mengena dengan Bonda. Ya! Bonda hanya mengenalkan aku dengan Maria. Tapi Maria pandai menjaga hati aku. Aku tak kira, kau suka atau tak? Aku nak kawin dengan dia. Kalau kau tak suka, Itu kau punya pasal. Aku dah suka dekat dia. Bonda pun dah setuju aku dengan dia. Tak ada siapa boleh halang aku sekarang".
Bertambah retak hati Nana, bila Dainal mengatakan yang dia ingin mengahwini Maria. Detik detik debaran didada Nana tidak pernah reda, sepanjang mereka berdua berdebat. Lebih tersetak lagi, bila hubungan itu direstui oleh Bonda Dainal.
"Tergamak sungguh Bonda buat begini terhadapa aku! Apa dosa aku kepada dia, sampai dia betul betul bencikan aku. Sampai dia sanggup menyuruh Dainal menduakan aku"
Bisik Nana didalam hati. Nana sudah menduga, punca ini semua datangnya dari Bonda. Kerana Bonda Dainal yang mengenalkan Maria kepada Dainal. Tapi salah itu juga dari Dainal. Kerana Dainal tak kuat untuk melawan dan menyelamatkan rumahtangganya. Dainal seperti rela, bila Bondanya cuba menganggu hubungannya dengan Nana.
Dainal cuba berlalu meninggalkan Nana. Nana terduduk dan lantas memegang kaki Dainal. Merayu tetap merayu. Esakan yang bercampur air mata, bercucuran jatuh.
"Tolong Dainal jangan pergi".
Dainal menarik kakinya dari pegang oleh Nana. Bila pegangan itu terlepas, Dainal melangkah laju meninggalkan Nana yang tertiarap dilantai sambil sujut menagis.
Nana mengesat air matanya dengan Jarinya dan mencapai tisu ditepinya dan mengelap mukanya yang kemerah merahan akibat menagis yang terlampau.
"Tolong jadi kuat Nana. Tolong tanam perasaan benci dalam diri kau".
Kata Nana didalam hati. Nana merenung dari dalam rumah keluar, melihat pemergian Dainal, yang tidak sedikit pun menoleh kepadanya. Nana mula marah dengan tindakan Dainal, yang sudah berani menaikkan tangan terhadapnya.
"Hurmmm kau hadaplah betina sial tu sampai bila bila. Jangan pernah berharap aku nak bermadu dengan perempuan jahat tu. Kau tengoklah nasib kau dengan betina tu. Hidup korang berdua tidak ada selamat".
Bisik hati Nana menahan marah terhadap Dainal.
"Wahai betina sial! kau tengoklah nanti. Apa yang kau dah buat terhadap rumah tangga aku. Kau akan dapat balasan dari tuhan nanti... Kau sebok nak kacau laki orangkan. Kali ni kau betul betul dah silap. Kau silap pilih orang. Kau pilih aku sebagai pesaing kau".
Sambil Nana tersenyum dalam kesedihan. Mengenangkan nasib malang yang menimpa rumahtangganya... Nana bangun dari tempatnya dan terus menghubungi Min. Nana hanya ada Min untuk meluahkan perasaan hatinya. Min pula menjadi pendengar yang setia.
Sudah dua hari Dainal tak pulang kerumah, sejak pergaduhan besar antara Nana dan Dainal. Nana setia menanti Dainal. Walaupun sakit dihati masih belum sembuh. Tiba tiba Dainal pulang kerumah, pada hari ketiga. Dainal melangkah masuk kerumah. Tanpa menghiraukan Nana yang sedang duduk dihadapan televison. Nana juga sudah tiga hari tidak ke boutik. Kerana mahu menunggu kepulangan Dainal.
Share this novel