Retak
Part20
"Sayang, akhirnya awak datang tengok saya Nana".
Dainal terseyum beberapa detik. Dan tertunduk kebawah, bila melihat Nana tidak menunjukkan riaksi gembira, bila melihatnya.
"Maafkan saya Nana. Saya tahu saya banyak buat dosa dan saya telah sakiti awak. Maafkan saya sayang. Saya betul betul buta. Ampunkan saya Nana.
Dainal mula menangis dan setia merenung kepada Nana. Dainal merapatkan dirinya kepada Nana. Nana lantas berundur beberapa langkah kebelakang.
"Saya bersalah Nana. Allah dah balas semuanya. Tengok saya sekarang Nana. Kaki saya kena potong satu. Saya sudah cacat Nana. Ini adalah balasan yang Allah bagi. Kerana saya khianti awak. Kerana saya banyak melakukan maksiat. Saya tahu saya bersalah. Saya terlampau ikutkan kata hati. Saya terlalu mendengar kata Bonda. Hingga saya menjadi orang lain".
Nana hanya diam dan memandang Dainal. Sambil menarik nafas panjang bila mendengar cerita dari Dainal.
"Ya betul! Memang Bonda punca semua ini. Tapi ini bukan salah bonda sahaja. Kalau Dainal tidak melayan kehendak Bonda. Dia tidak akan melakukan ini semua. Ini bermakna Dainal dan Bonda sama sahaja".
Bisik Nana sendiri. Sambil setia melihat Dainal yang menagis didepan matanya. Nana tahu, Dainal cuba menarik perhantianya agar dirinya kasihan melihat Dainal.
"Hrmmmm itu aja ke, awak nak cerita dekat saya. Itu semua saya tak nak dengar. Saya tak berminat nak dengar. Saya datang disini, bukan kehendak hati saya sendiri. Tapi saya dipaksa oleh KakLong. KakLong yang mahu saya datang kesini. Sebab itu saya datang".
Jawap Nana yang cuba melawan perasaan kasihannya terhadapa Dainal. Jauh didalam lubuk hatinya. Bersedih atas apa yang terjadi keatas Dainal. Ingin sangat Nana memeluk Dainal. Nana betul betul rindukan Dainal. Percintaan yang berakhir dengan perkawinin dan bahagia, hingga bertukar duka... Bukan mudah untuk melupakan semua itu dengan sekelip mata. Kenangan manis bersama Dainal, masih lagi bermain main didalam mata. Tapi bila sedikit kecurangan Dainal itu. Membuatkan Nana kembali berdendam.
"Sampai hati awak tak mahu melawat saya Nana. Saya sangat sangat rindukan awak Nana".
"Apa Dainal! Saya sampai hati tak mahu melawat awak??? Awak dah lupa ke? Apa yang awak cakap dengan saya. Kata kata cacian disaat kau tengah bahagia dengan perempuan sial tu. Kau kata aku tak layak ada dengan kau! Kenapa aku kena berada disini untuk melawat kau?"
Nada suara Nana mula meninggi, membuatkan tiga lagi pesakit disitu memandang kepada Nana. Nana berpaling memandang kepada ketiga tiga pesakit itu dan tertunduk malu. Bila suaranya sedikit meninggi, membuatkan dirinya menjadi perhatiaan.
"Ya! ya! Saya yang bersalah Nana. Tolong ampunkan saya. Tolong Nana. Saya tak tahan rasanya bila kehilangan awak dalam diri ini. Bila tersedar dari pengsan, awak adalah orang pertama yang saya ingat. Maafkan saya Nana".
Dainal cuba mencapai tangan Nana. Tetapi Nana mengelakkan dirinya. Agar tidak dapat disentuh oleh Dainal.
"Kau rasa kehilangan aku ke??? Atau lepas sedar dari pengsan, kau tahu Maria dah mati, baru kau teringatkan aku. Sebab Maria dah tak ada, barulah aku diperlukan. Hurmmmm aku rasa diri aku bodoh, kerana datang dekat sini. Kau tak payahlah nak bagi tau aku, yang aku ni penting dalam hidup kau. Aku jijik mendengarnya. Seperti mana aku jijik melihat kau bersama Maria".
Nana cuba menahan kemarah dan suaranya. Agar tidak terlalu kuat. Agar tidak menganggu persakit yang lain. Dainal pula tertunduk sambil setia menagis. Kata kata Nana itu betul. Dirinya telah melakukan perkara yang menjijikan.
"Saya nak balik".
Nana berpusing untuk beredar dari situ. Tetapi sempat dihalang oleh Dainal dengan tangannya. Dainal menarik tangan Nana. Nana lantas menarik tangannya semula, dari tangan Dainal. Nana menarik nafas panjang.
"Bila awak sudah betul betul sehat nanti, kita akan jumpa di Mahkama. Saya nak minta cerai. Saya sudah bagi tau awak hari tu. Kalau awak keluar, jangan pernah jumpa saya lagi. Saya tak akan maafkan awak. Walaupun awak berlutut memohon maaf... Saya berpegang dengan kata kata saya".
Tersentak hati Dainal bila Nana kata begitu. Dainal menjadi tidak menentu. Fikiranya mula bercelaru. Hanya kerana lafas Nana ingin berpisah. Dainal terdiam seribu bahasa. Nana yang sedari tadinya menahan rasa sedihnya. Mula bertakung air mata dikelopak mata.
"Tolong maafkan saya Dainal. Tolong halalkan makan dan minum saya, sepanjang awak dan saya bersama. Ini adalah penghunungnya. Hati saya yang retak. Tak akan pernah dapat dibetulkan lagi. Maafkan saya".
Air mata yang ditahannya tadi, mula mengalir dipipi. Nana mengelap air matanya dengan tangan dan memandang kepada Dainal yang juga menangis. Nana duduk melutut dan memegang tangan Dainal buat kali terakhir.
"Ampunkan dosa saya. Sepanjang kita bersama".
Nana mengucup tangan Dainal dan bangun sambil menatap wajah Dainal. Nana berpaling ketempat yang dan berjalan keluar dari bilik Dainal. Dainal sedikit meraung bila ditinggalkan oleh Nana.
----------------------tamat-----------------------
Share this novel