part8

Short Story Completed 13862

Retak part8

Bila kedua dua mereka sudah bersiap. Mereka berdua keluar dari rumah dan terus menuju kerumah Bonda Dainal. Sampai dirumah Bonda. Dainal memimpin tangan Nana dan berjalan beriringan masuk kedalam. Kelihatan semua adik beradik Dainal ada dirumah Bonda. Dainal adalah anak bongsu dari empat adik beradik.

"Humm sampai pun".

Kata abang Long Dainal. Dainal hanya terseyum dan berjalan kepada ahli keluarganya yang sedang duduk berborak borak.

"Kila, Kiki bangun. Bagi Pak usu dengan mak usu duduk".

Arah kakak kedua Dainal kepada anak anaknya. Mereka bangun dan membenarkan Dainal dan Nana duduk.

"Ni bila lagi nak ada anak ni?"

Baru sahaja Nana hendak melabuhkan punggungny. Soalan pertama yang di tanyakan oleh Abang Dainal ialah tentang anak. Nana mula sentap, dengan soalan itu.

"Kenapa mesti soalan itu yang sentiasa di ajukan tak ada soalan lain ke mereka ni?"

Bisik Nana sambil mengeluh.

"Ada rezeki ada lah long".

Balas Dainal ringkas.

"Bonda mana?"

"Ada dekat dapor tu. tengah siapkan makan tengahari".

Dainal hanya menganggukan kepalanya sahaja.

"I tolong bonda dekat dapor ya?"

Tanya Nana kepada Dainal dan bangun dari tempat duduknya dan terus ke dapur. Bila sampai didapur kelihatan kaklong, isteri abang Dainal ada juga didapur sedang membantu. Bersama anak gadisnya.

"Boleh saya tolong apa apa ke?"

Tanya Nana kepada orang yang berada didapur.

"Dah siap semua Nana"

Balas Kakak long lembut. Manakala Bonda buat tidak tahu sahaja kehadiran Nana disitu.

"Meh duduk sini! Boleh borak borak dengan kami".

Terseyum Nana dan terus duduk dikerusi meja makan didapur.

"Mak ucu! Mak ucu ni bertambah cantik! Apa rahsia mak ucu?".

Tanya Anak buah Dainal, yang merupakan anak tungal kepada Abang long dan kakak long. Mereka juga hanya mampu mempunyai seorang anak sahaja. Kerana Kak Long ada masalah rahim.

"Tak ada rahsia apa apa Lola. Mak cu pakai krim biasa biasa aja".

Balas Nana dengan senyuman.

"Mana tak cantik! Tak nak beranak. Orang sekarang, aku tak tau lah. Sengaja suruh laki tu cari perempuan lain. Semata mata nak jaga badan".

Sampuk Bonda Dainal selamber. Membuatkan hati Nana, betul betul tersentak.

"Tak baik cakap macam tu bonda. Manusia mana yang berkawin tak mahukan anak. Semua orang mahukan anak. Cuma nasib ada dan tak ada. Cepat dan lambat".

Balas Kaklong, bagi pehak Nana. Lega hati Nana, bila Kakak iparnya membelanya. Menjeling Bonda, bila melihat Kaklong membela Nana. Lantas Bonda membawa sayur yang sudah disiapkan diatas meja makan utama didepan.

"Jangan ambil hati sangat dengan Bonda tu ya Nana. Mulut dia memang macam tu. Kaklong sampai dah lali dengan sikap dia. Walaupun kaklong hanya anak menantu".

"Betul tu mak cu. Maktok selalu cakap dekat ibu. Bila ibu nak ada anak lain selain saya sorang. Bukan dia tak tahu. Ibu tak boleh mengandung lagi. Lola tak nak ibu sakit.".

Sampuk Lola. Terseyum Nana melihat Lola yang sepertinya mulut murai. Suka sangat bercakap.

"Apa ni! Campur cakap orang tua tua. Awak tu baru 17tahun".

Marah Kaklong kepada anaknya Lola. Menyeringai Lola memandang ibunya dan Nana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience