Retak
Part15
"Min, aku letih. Aku nak tidur".
"Masuk dalam bilik tetamu beb. Aku dah readykan semuanya".
Nana bangun dari sofa dan terus menuju kebilik tetamu. Min ditingalkan keseoarangn disitu... Sampai dibilik Nana sambung menagis. Matanya bertambah bengkak, akibat menangis yang berlarutan. Terbayang bayang Dainal dan Maria bermadu asmara dia atas katilnya. Hatinya betul betul retak dan hanya menanti untuk pecah berderai. Dalam kesedihan akhirnya Nana terlena. Bila menjelang pagi, Nana mengemas tempat tidurnya dan keluar dari bilik tetamu Min. Kelihatan Min masih belum lagi bangun dari tidur. Nana membuka pintu bilik Min dan masuk untuk memgejutkan Min.
"Min! Min! Bangun Min dan pagi".
Dengan wajah kelat, Min membuka matanya dan mengeliat untuk meregangkan urat badannya.
"Ummm kenapa Na?".
"Aku nak baliklah Min".
Kata Nana, sambil melabuhkan punggungnya diatas katil Min.
"Aku ingat aku nak bersua muka dengan Dainal. Aku dah banyak berfikir malam tadi... Aku tak boleh terus lari. Aku akan lebih sakit. Dari aku sakit menderita, tanpa penghujungnya. Baik lah aku akhiri semua ini".
Min terseyum memandang Nana. Bila melihat Nana mula bangkit dari kesedihan. Walaupun Min tahu. Bertentangan mata dengan Dainal nanti, akan lebih menyakitkan Nana. Setidak tidaknya. Kesakitan Nana pasti akan berakhir.
"Aku berharap Dainal dan kau dapat berbaik baik seperti dulu semula Na".
"Harapan itu juga yang aku harapkan Min".
Nana mendengus dan bangun dari katil Min.
"Aku gerak dulu ya Min. Apa apa aku update kau".
"Good luck beb. Moga segalanya cepat berakhir. Baik atau pun buruk kau kena hadapi dan terima".
Nana terseyum dan melangkah keluar dari bilik Min. Min juga turut bangun dan mengikut Nana sampai kedepan pintu utama.
"Doakan aku ya beb. Doa kan aku kuat terima apa sahaja yang akan berlaku nanti".
Kata Nana sambil mengengam erat jari Min. Min menganggukkan kepalanya. Sampai dirumah Nana memandang jam dikeretanya. Sudah pukul 9.30pagi. kelihatan kereta Dainal ada didalam parking. Nana keluar dari kereta dan berjalan masuk kedalam.
"Jangan ada betina sial itu dah lah!".
Bisik Nana, sambil membuka pintu rumahnya. Nana memanjangkan lehernya menjenguk kedalam rumah. Suasana sunyi sepi. Nana masuk kedalam dan terus membuka pintu biliknya. Kelihatan Dainal tengah bersiap untuk keluar dari rumah.
"Haa balik pun! Aku ingat kau dah tak nak balik? Malam tadi kau tidur rumah jantan mana?"
Terkejut Nana, bila Dainal kata begitu. Nana membeliakkan matanya memandang kepada Dainal.
"Kau ingat aku macam kau. Cari betina sundal untuk layak nafsu kau!"
Nana mula mempertahankan dirinya, dari dihina oleh Dainal. Cara Dainal yang cuba serkap jarang kepadanya, membuatkan Nana. Mula tinggikan suara.
"Setidak tidaknya betina tu dapat mengembirakan aku".
Balas Dainal selamber. Menarik nafas panjang Nana, bila Dainal kata begitu.
"Dainal! Apa yang i buat dekat u, sampai u kata i tak dapat mengembirakan u. Selama ini kita berdua cukup cukup bahagi. I tak tahu di mana silapnya. U berubah sekelip mata. Tolong Dainal! I masih berharap u berubah kembali seperti dulu sayang".
Nana menangis sambil berbicara. Dia menyimpan harapan yang tinggi terhadap Dainal. Nana merayu kepada Dainal. Agar Dainal kembali seperti dahulu. Menjadi seorang yang penyayang dan menghormati dirinya.
Share this novel