part10

Short Story Completed 13862

Retak
Part10

Kaklong juga bangun dari tempat makannya. Dan pergi kedapur untuk mencuci tangan juga. Yang sebenarnya KakLong dapat rasakan sesuatu yang mengangu jiwa Nana. Sampai didapur. Kelihatan Nana sedang mencuci tanga.

"Kenapa tak habis makan Nana?"

KakLong memulakan ayatnya.

"Dah kenyang Kaklong".

Balas Nana ringkas.

"KakLong tahu! Nana tak gembira dengan kata kata Bonda tu kan. KakLong juga sedar. Yang Bonda cuba menganggu hubungan rumah tangga kamu dengan Dainal. Kaklong juga tak sukakan cara Bonda itu. Caranya dengan menantu yang dia tidak suka agak kasar. Kak long juga, bukan menantu idaman hati dia dulu. Sehinggalah Kaklong mengandungkan Lola. Baru dia bertukar sikap. Kalau tidak, dulu Kaklong sering dihina hinanya. Seperti mana kamu kena Nana. Kalau tidak dia pasti akan buat Abang Long dengan Kak Long berpisah".

Cerita Kak Long yang agak berbisik. Nana hanya diam membisu.

"Dah jangan risau. Selagi mampu Kak Long boleh tolong, Kak Long akan tolong Nana".

Kembali terseyum Nana, bila Kak Long kata begitu. Kak long adalah antara yang rapat dengan Nana, berbanding adik beradik Dainal yang lain. Walaupun dia hanya Kak Ipar Nana. Tapi dia melayan Nana baik sangat.

"Terima kasih Kak Long".

Balas Nana dengan senyuman. Jauh disudut hantinya masih gusar dengan kelakuan Bonda yang mahu mencarikan jodoh kedua buat Dainal...

Sepanjang pejalanan balik, Nana hanya diam sahaja didalam kereta. Sepatah Dainal tanya. Sepatah juga yang dijawap oleh Nana. Dainal tahu. Nana akan bertanyakan tentang Maria, bila sampai dirumah nanti. Memang sedari tadi, itu sahaja yang bermain main difikiran Nana. Terasa jauh perjalan pulang kerumah, bagi Nana. Hanya kerana tidak sabar untuk bertentang empat mata dengan Dainal.

Sampai dirumah Nana meluru masu kedalam. Tanpa menghiraukan Dainal yang masih didalam kereta. Melihat perangai pelik Nana. Hati Dainal mula risau.

"Pasti ada pebalahan antara aku dan Nana malam ni".

Bisik Dainal, sambil keluar dari kereta. Dirinya telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan Nana. Dainal masuk kedalam rumah. Kelihatan Nana duduk berpeluk tubuh diruang tamu. Dainal menutup pintu kaca dan terus hendak menuju kedalam bilik.

"U sini sekejap?"

Panggil Nana, bila melihat Dainal tidak memperdulikannya dan cuba masuk kedalam bilik. Dainal berpaling kepada Nana dan melangkah pergi kepada Nana.

"Yup"

Balas Dainal

"Apa yang u buat masa dekat Sabah hari tu? U kata Maria tu kawan ofis u. Rupanya Maria tu anak kawan Bonda yang tunggu u, masa u datang ke Sabah. Kan?".

Dainal hanya berdiamkan diri. Bila Dainal berdiamkan diri. Membuatkan Nana bertambah sakit dihati. Tidak sepatah pun ayat yang keluar dari mulut Dainal. Kerana kegeraman. Nana lanats menangis dan menumbuk numbuk tangannya didada Dainal. Kerana kesakitan Dainal lantas menolak Nana. Terjatuh Nana di tepi meja coffee. Nasib kepalanya tidak kena bucu meja itu. Perbuatan Dainal itu. Betul betul membuatkan Nana terkejut.

Nana mengharapkan, bila dia buat begitu. Dainal akan memeluk dan memujuknya. Tapi harapan Nana patah begitu sahaja. Bila Dainal melakukan ini kepadanya. Nana duduk dilantai sambil memeluk kedua dua kakinya. Sambil menagis teresak esak. Dainal terus meninggalkan Nana disitu dan terus masuk kedalam bilik lalu mengunci pintu.

Nana bangun dari tempat duduknya dibawah dan terus menuju kedapur. Bila melalui pintu biliknya yang dikunci dari dalam oleh Dainal. Kedengaran suara gelak tawa Dainal. Nana tahu yang Dainal sedang bersama Maria didalam talian. Hati Nana bertambah sakit. Hajatnya untuk pergi kedapur untuk minum. Putus begitu sahaja. Nana berpusing keruang tamu dan baring diatas sofa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience