Retak
Part14
"Sampai hati kau Dainal. Sampai hati kau buat aku sampai macam ni sekali. Kerana Bonda kau yang jahat. Hubungan kita ada orang ketiga. Kau berani bawa balik betina didalam rumah yang selama ini aku angap sebagai syurga kita".
Bisik Nana sambil menangis menahan kesakit dihati. Bila melihat Dainal pergi meningalkannya begitu sahaja, Nana lantas bangun dan keluar dari rumah itu. Jijik rasanya hendak tingal disitu lagi... Nana beredar dari rumah itu, untuk mencari ketengan hati. Nana memandu terus kerumah Min.
"Tok! Tok! Tok!"
Nana mengetuk layu, pintu rumah Min. Min sudah sedia tahu. Ini pasti Nana yang datang. Lantas Min bergegas membuka pintu rumahnya. Hati Min bertambah sayu, bila melihat keadaan Nana. Wajahnya yang layu dan suram. Sudah tidak ada lagi ceria diwajah Nana. Kalau dulu, bila Nana datang kerumahnya, dia pati akan terjerit jerit. Atau menyanyi sekuat kuatnya, Bila keluar dari lif. Kerana rumah Min dekat dengan lif. Gema suara Nana masuk kedalam rymahnya melalui tingkap dapur...
Nana melangkah longlai masuk kedalam rumah Min. Dan terduduk disofa. Min pula duduk disebelah Nana.
"Nana maafkan aku Nana? Aku tau benda ini akan terjadi. Aku sengaja suruh kau balik. Dan lihat sendiri kecurangan Dainal".
Nana lantas memandang kepada Min. Sambil mengerutkan wajahnya. Nana tahu, Min pasti tahu sesuatu tentang hubungan Dainal dengan Maria.
"Kau tahu Min?"
"Maafkan aku beb... Bila tengok kau macam ni, aku jadi susah hati. Aku tak nak kawan yang aku sayang, hidup tak menentu macam ni? Ini bukan cara kau... Satu hari ini, aku membuat keputusan untuk mencari Dainal dan mengekorinya. Aku buat ini semua, kerana kau Na".
Terkejut Nana, bila Min sanggup buat begitu. Min betul betul seoarang sahabat yang baik dan penyayang.
"Kau pergi Ofis Dainal ke?"
"Ya beb! Aku pergi ofis dia. Aku tunggu hingga dia keluar petang dari ofis. Bila dia tidak terus melalui jalan untuk kerumah korang. Aku membuat keputusan untuk terus mengikuti dia. Dia menuju pergi kesebuah apartment. Bila sampai disana. Ada seorang gadis muda, sedang menunggu Dainal dibawah. Dainal keluar dari keretanya dan bergurau senda sebelum masuk kedalam kereta. Bila mereka berdua masuk kedalam kereta. Aku setia mengikut mereka kesebuah restoran, sebelum mereka berdua balik kerumah kau. Bila sampai dirumah kau. Aku dah tahu apa yang akan terjadi didalam rumah. Itu yang aku terus hubungi kau! Suruh kau balik ke rumah. Ada ada beberapa bukti yang Dainal curang dengan kau beb".
Cerita Min, sambil menunjukkan bukti kegembiraan pasangan baru itu. Menitis air mata Nana, bila melihat semua itu. Air mata mengalir deras tidak berhenti henti. Sedikit rintihan menahan kesakitan dihati, keluar dari mulut Nana.
"Nana kau nak buat apa sekarang ni Na?"
Nana hanya berdiamkan diri sahaja. Nana tidak mampu berfikir buat masa ini. Min hanya diam, bila Nana tidak memberikan jawapan.
Share this novel