Dalam kesedihan, Akhirnya Nana terlelap sampai kepagi diatas sofa. Bila membuka matanya. Nana memandang jam didinding. Jam menungukkan sudah pukul 8 pagi. Nana lantas bangun untuk melihat Dainal didalam bilik. Bila Nana memulas tombol pintu. Kelihatan tidak berkunci. Nana masuk kedalam biliknya dan memandang keseluruh ruang bilik dan juga bilik air. Kelihatanya Dainal tidak ada didalamnya. Berkerut dahi Nana bila Dainal tidak ada.
"Awalnya dia pergi kerja".
Kata Nana sendiri. Lalu Nana juga bersiap siap untuk ke boutiquenya. Setelah bersiap. Nana mengambil beberapa helai bajunya dan digantung didalam keretanya. Nana berfikir untuk tidur di boutique malam ini. Bila dirinya tidak ada dirumah. Pasti Dainal akan risau dan akan mencarinya nati. Terseyum Nana sendirian. Yang setia mencari akal untuk membetulkan hubungannya dengan Dainal.
"U tak balik lagi ke Nana?"
Tanya Min, bila melihat jam di talifon bimbitnya, sudah pun menunjukkan pukul 6 petang. Selalunya, bila pukul 5petang, Nana pasti bersiap sedia untuk balik dan menyerahkan tugasnya kepada Min atau perkerjanya untuk menjaga sampai kepukul 9malam.
"Aku balik lambat sikit Min. Kau balik lah dulu".
Balas Nana dengan senyuman yang penuh dengan sensara. Min berkerut dahi melihat kawannya. Nana kelihatan pelik.
"Kau ada masalah lagi dengan Dainal ke Nana?"
Tanya Min. Nana hanya berdiam diri sahaja.
"Nana, Kalau kau ada masalah, kau cerita dekat aku. Aku tak suka kau macam ni. Ini bukan kau".
Kata Min lagi. Nana mengakat muka memandang Min.
"Aku masih belum ok lagi dengan Dainal. Itu yang aku ingat nak balik lambat. Mana lah tau kan. Bila Dainal balik rumah, aku tak ada. Dia pasti risau dan akan cari aku disini".
Balas Nana. Yang setia mengharapkan Dainal akan datang mencarinya. Terseyum Min dengan idea Nana.
"Aku doakan agar hubungan kau dengan Dainal, akan baik baik sahaja, seperti dulu".
Nana terseyum memandang Min. Min membalas senyuman kawan baiknya itu. Menjelang malam Nana masih tertunggu tunggu ketibaan Dainal, diboutiquenya. Dari pukul 7 membawa ke pukul 8. Jangan kata Dainal nak datang mencari Nana. Bayang Dainal pun tidak nampak. Dari pukul 8 membawa kepukul 9malam. Waktu untuk tutup Boutique. Nana masih lagi mengharap.
"Puan! Kami balik dulu ya?"
Tanya dua orang perkerja Nana.
"Ok! Boleh boleh! Hati hati ya".
Balas Nana dan membiarkan dua perkerjanya balik dahulu. Nana melihat talifon bimbitnya.
"Kalau ya pun tak nak datang sini. Tak akan tak nak call aku pun? Dia tak risaukan aku ke? Dia tak nak tanya, kenapa aku tak balik balik lagi ke?"
Kata Nana sendiri, sambil mengeluh. Nana setia mengarap dan menahan sabar. Nana menutup pintu boutiquenya dan duduk sendirian didalam ofisnya. Nana merebahkan diri diatas sofa, dalam keletihan.
"Huwaaaa"
Nana menguap beberapa kali. Akhirnya Nana terlelap... Bila Nana tersedar, jam sudah pun menunjukkan pukul 6pagi. Benda pertama yang Nana mahu lihat adalah talifon bimbitnya. Kerana bimbang Dainal ada menghubunginya. Kalau ada, pasti Dainal bimbang akan keselamatannya, kerana tidak pulang kerumah. Bila mencapai talifon bimbitnya dan melihat screen. Nana menarik nafas panjang, bila tidak ada pangilan masuk dari Dainal mahu pun massage dari Dainal. Hanya ada whatsApp dari Min. Nana betul betul sedih. Kerana dirinya tidak diperlukan lagi oleh Dainal. Kalau dulu Dainal seoarang yang sangat menyayangi dirinya. Kini dirinya, bagaikan tidak wujud dalam diri Dainal.
Share this novel