Retak
Part3
Bila selesai majlis, Dainal dan Nana pulang kerumah dengan wajah yang letih. Mereka berdua mandi dan terus berehat diatas katil. Nana masih terngiang ngiang tentang kata kata mak mertuanya. Yang menyuruh agar Dainal berkahwin lagi satu. Agar dapat zuriat dengan wanita yang lain pula. Hati isteri mana yang tak hancur, bila mak mertua sendiri kata begitu.
"Sayang, i tak sukalah kata kata Bonda u tu tadi. I betul betul kecik hati dengan Bonda".
"Alah sayang, jangan lah kita hiraukan Bonda. Bonda tu memang macam tu. Kalau kita layan. Nanti kita laki bini pula yang bergaduh. Saya kalau boleh tak mahu bergaduh dengan awak, tentang hal hal macam ini. Awak maafkan Bonda ye sayang".
Pujuk Dainal, Tetapi, Nana masih lagi termenung.
"Sudahlah sayang! Awak tak sayang saya ke? Kalau awak sayang saya. Tolong jangan difikirkan lagi benda mengarut tu. Dalam hati saya ni, hanya ada awak sahaja".
Dainal lantas menarik lembut tangan Nana. Sambil terseyum manja. Sepertinya mahu dibelai oleh Nana. Nana yang tadinya, berjiwa tidak tenteram, Mula kembali reda, dengan pujukan manja Dainal.
"U janji dengan i. Dalam hidup kita, i tak mahu ada orang lain. Sekiranya u ada orang lain, u kena berhadapan dengan i duku".
Kata Nana dengan nada yang tegas.
"Abang berjanji sayang. Awak lah orang terakhir dalam hidup abang. Walaupun kita tidak ada anak, tapi abang bahagia sangat, bila dengan awak".
Terseyum Nana bila Dainal kata begitu.
"Sayang, minggu depan abang kena pergi Sabah untuk seminggu. U nak ikut abang tak?.
"Tak nak lah sayang. Nanti boutique i tak ada siapa nak jaga. U tahu lah Min tu. Banyak sangat businessnya. Boutique tu pun, dia harapkan i yang jaga. Perkerja yang ada, i tak percaya sangat. Kalau setakat 2 3 hari. I boleh lah ikut u sayang. Kalau dah sampai seminggu. I tak dapat nak ikut u. Sorry sayang".
Kata Nadia sambil memeluk Dainal yang baring disebelahnya. Terseyum Dainal, bila mendengar penerangan Nana.
"Ok sayang. Nanti abang pergi, awak jangan nakal nakal pula".
Terseyum menyeringai Nana, bila Dainal kata begitu.
"Dah lah tidur. I dah mengantuk".
Balas Nana sambil menekan butang off di lampu tidur, disebelahnya.
Seminggu berlalu. Dainal bersiap siap pagi itu untuk pergi ke Sabah dengan menaiki Kapal terbang. Nana yang akan menghantarnya kelapangan terbang.
"Sarapan dulu sayang?"
Teriak Nana didapur rumahnya.
"Kejap sayang".
Balas Dainal. Dainal mencapai beg bajunya dan dibawa keruang tamu dan terus datang kedapur, untuk bersarapan bersama Nana.
"Awak dah siap kesayang?
Barang barang yang awak harus bawa jangan lupa pula".
Tanya Nadia kepada Dainal. Nadia tidak mahu documents penting semasa meeting disana nanti tertinggal.
"Sudah sayang"
Balas Dainal dengan semyuman manjanya, kepada Nana. Nana lantas mencium pipi Dainal. Entah kenapa, hati Nana tidak rasa sedap dengan pemergian Dainal kali ini. Tetapi Nana tetap berfikir yabg baik baik buat Dainal.
Share this novel