Retak
Part18
Sudah seminggu Dainal dihospital. Nana masih lagi tidak melawat suaminya itu. Sedang Nana mengira stock didalam store boutiquenya tiba tiba, talifon bimbit Nana berbunyi. Nana melangkah pergi kepada talifon bimbitnya yang berada diatas meja. Sedikit terperanjat Nana, bila melihat nama Bonda. Nama itu, berada discreen takifon bimbitnya. Tertelan air liur Nana, bila mata terpandang screen. Sambil mengerutkan dahinya.
"Kenapa dia call aku. Aku kan menantu yang paling dia benci. Aku mana layak buat anak kesanyangannya".
Bisik Nana dan terus tidak mempedulikan pangilan itu. Hatinya kembali sakit, bila teringat kembali, saat bahagianya, bersama Dainal, dihancurkan oleh Bonda Dainal, begitu sahaja. Beberapa kali telefon bimbitnya berdering dan terputus. Kemudian berdering lagi, hingga terputus. Nana tetap keraskan hatinya. Dia tidak akan menjawap pangilan dari Bonda Dainal. Macam mana dia kuat membenci Dainal. Begitu kuat juga dia membeci kepada Bonda Dainal. Setelah pangilan Bonda tidak dilayan oleh Nana. Kini talifon bimbitnya berbunyi lagi. Tetapi kali ini bukan Bonda. Tetapi tertera nama Kak Long. Hati Nana mula hiba bila melihat discreen. Kak Long adalah ipar yang paling baik dengannya. Rasa bersalah pula, kalau tidak dijawap pangila itu. Setelah berfikir beberapa kali. Barulah Nana menjawap pangilan itu.
"Assalamuailaikum KakLong".
Nana menjawap pangilan itu.
"Waalaikumussalam Nana. Nana Kaklong call Nana ni. Kaklong nak bagi tau Nana. Dainal sedang sakit Nana. Dia nak sangat Nana datang berjumpanya. Walaupun seketika".
Kata Kaklong dengan nada yang sedih.
"Kami betul betul risau dengan keadaan Dainal. Hari hari dia menangis, mahukan Nana datang berjumpanya. Dainal betul betul kesal. kerana megabaikan kamu Nana. Kaklong sudah tahu cerita kamu dan Dainal. Kaklong sungguh kesal kepada Bonda yang sangup berbuat begitu kepada kamu. Bonda juga telah menyesal, keatas apa yang telah dia buat kepada kamu Nana".
Nana setia berdiam diri dan hanya mendengar sahaja. Tiba tiba Bonda merampas talifon bimbit Kaklong dan berbiacara dengan Nana
"Nana, tolonglah maafkan Dainal sayang.
Dainal betul betul menyesal dengan perbuatan dia. Hari hari Dainal menagis Nana. Dia nak kamu datang jumpa dia. Tolong Bonda Nana. Tolong datang jumpa Dainal. Bonda minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki Nana. Ampunkan Bonda Nana. Bonda tahu bonda yang bersalah dalam hal ini. Bonda lah punca kamu dan Dainal berjauhan. Bonda juga lah yang menghantar Maria untuk berbaik baik dengan Dainal. Kerana Bonda mahu Maria mengantikan tempat kamu. Ampunkan lah bonda Nana".
Bonda Dainal menangis dan merayu rayau kepada Nana. Satu satu pengakuan yang telah bonda lakukan kepada Nana diucapnya. Nana betul betul tidak dapat menerima semua itu. Nana lantas memutuskan talian. Tanpa berkata apa apa kepada Binda Dainal.
Setelah Nana memutuskan talian, tanpa berkata apa apa, Bonda Dainal mula meraung. Sakit hati Bonda, bila Nana hanya berdiam diri. Tetapi sakit itu tidak akan sama, sakitnya hati Nana.
"Long! Tolong pujuk Nana Long. Bonda tak mahu Dainal begitu. Sejak kemalangan seminggu lepas, Dainal tidak lagi seperti dulu. Sudah seminggu jugalah Dainal hanya menangis dan tidak mahu makan. Dainal hanya mahukan Nana sahaja. Bonda bentul betul rasa bersalah. Tolong Bonda Long".
Bonda mula lemah, bila mengenangkan apa yang telah dilakukan kepada Nana, disaat bahagia Nana bersama Dainal. Bonda rebah kelemahan.
"Abang! Tolong bawa Bonda keatas"
Jerit Kaklong, bila melihat keadaan Bonda yang lemah begitu. Kaklong dan Abang Long memapah Bonda naik ketingkat atas dan meletakkan bonda diatas katil.
"Biarkan Bonda berehat. Dia banyak berfikir tentang Dainal tu".
Balas abang Long Dainal kepada Isterinya. Abang Long dan isterinya, cuba untuk keluar dari bilik Bonda.
"Long! Tolong pujuk Nana lagi sekali Long. Bonda berharap sangat dia dapat berjumpa Dainal. Bonda berharap juga, mereka berdua berbaik baik semula".
"Sudahlah tu Bonda! Bonda berehat aja dulu. Kesehatan bonda harus dijaga".
Abang Long Dainal mula memarahi Bondanya yang sebukkan urusan Nana dan Dainal. Sehingga kesihatannya terjejas.
Nana duduk termenung seorang diri diruang menyusun stock baju baju yang baru masuk. Min datang menghampiri Nana yang termenung. Min tahu, Nana dalam delema. Antara mahu pergi ke hospital atau tidak.
"Pergi ajalah Nana. Tak guna kau termenung. Aku tahu, kau pasti nak tengok keadaan Dainal kan? Aku sebagai kawan. Aku nak kau bahagia. Kau pergi lah tengok dia dulu. Lepas tu, baru kau buat keputusan"
Pujuk Min, bila melihat Nana duduk termenung sambil memegang talifon bimbitnya.
"Mingkin ada sesuatu yang dia nak bagi tau kau. Kau kena berdepan lagi sekali dengan Dainal. Mungkin dia betul betul perluka. Kau sekarang beb".
Pujuk Min lagi...
"Aku akan pergi Min. Aku akan pergi tengok Dainal. Tapi aku datang melawat, bukan untuk berbaik dengan dia. Aku hanya sekadar mahu melawat dia sahaja. Yang sebenarnya Min. Hati aku betul betul dah retak Min. Retak yang tidak dapat diperbaiki. Hanya menunggu masa untuk dibuang. Seperti mana dia membuang aku, bila dia dan Bondanya mempermaikan perasaan aku".
Min menarik nafas panjang. Dia faham dengan situasi Nana. Dia hanya dapat berdoa yang baik baik untuk Nana.
Share this novel