Retak
Part9
"Lola panggil semua makan. Maktok dah sediakan semua".
Arah Bonda kepada cucu pertamannya Lola.
"Baik Maktok".
Lola memanggil semua yang duduk diruang tamu dan lantas kedapur untuk memangil ibunya dan Nana yang duduk berdua didapur sambil berborak borak. Bila semua berkumpul dimeja makan ruang tamu. Abang long memulakan bacaan doa makan. Dan semua yang duduk diruang meja makan menadah tangan. Selesai membaca doa. Meraka menjamu makan yang berada diatas meja itu... Nana mengambilkan Dainal Nasi dan lauk. Lalu diberikan kepada Dainal yang duduk disebelahnya.
"Makan banyak banyak! Bonda masak banyak hari ini. Untuk anak, menantu, cucu semua".
Kata Bonda sambil menambah lagi nasi didalam bekas nasi.
"Dainal macam mana hari tu pergi kesabah. Ada jumpa anak kawan Bonda disana?"
Tanya Bonda kepada Dainal yang sedang sebok menjamu makannya. Sampai tidak dengar pertanyaan Bondanya.
"Heii Sayang! Bonda tanya u tu".
Nana menyengol tangan Dainal disebelahnya. Dainal lantas memandang Nana. Sambil mengankat mukanya menandakan apa?
"Bonda tanya u lah".
Dainal lantas memandang Bonda.
"Kamu ni! Kalau dapat makan masakan Bonda. Sampai tak ingat dunia makan".
Kata bonda sambil terseyum. Bahagia Bonda, bila melihat anak anaknya suka dengan masakannya.
"Ada apa bonda?"
Tanya Dainal, sambil memandang kepada Bonda.
"Hari tu, kamu pergi Sabah, ada jumpa anak kawan Bonda ke?"
Ulang Bonda lagi.
"Ada Bonda".
Balas Dainal, lalu memandang kepada Nana. Nana hanya berdiam diri dan setia menghadap pingan yang masih lagi berisi dengan makanannya.
"Maria tu baru balik belajar diluar negara".
Tersentak hati Nana, bila Bonda menyebut nama Maria. Wajah Nana yang kelihatan gembira sebelum ini. Kini bertukar wajah terkejut dan sedikit berkerut. Sambil memandang kepada Dainal. Dainal setia makan.
"Katanya dia mahu datang ke Kuala Lumpur ni. Boleh Dainal carikan dia kerja. Yang sesuai dengannya?".
Dainal hanya mengangguk anggukkan kepadanya sahaja. Seperti tidak mahu berkata apa apa tentang Maria.
"Mungkin ke, Maria itu yang telah mencuri hati Dainal dari pada aku? Maria itu ke yang selalu Dainal hubungi, sejak pulang dari Sabah? Kenapa Dainal kata Maria yang menghubunginya malam tadi adalah staffnya?"
Macam macam bermain didalam fikiran Nana. Nana yang tadinya berselera menjamu makannya. Segala seleranya terputus begitu sahaja. Nana bangun dari tempat duduknya dan terus kedapur untuk mencuci tangan. Rupanya gerak geri Nana diperhatikan oleh Kaklong. Mana kala Dainal tidak memghiraukan Nana yang berhenti dari makan. Terseyum sinis Bonda, bila melihat Nana bangun dari tempat duduknya. Hajatnya untuk menyakitkan hati Nana telah tercapai.
Share this novel