Retak
Part2
Menjelang hari minggu. Seperti yang dijanjikan. Dainal membawa Nana pergi kerumah Maklongnya, untuk kenduri lenggang perut Farah yang sudah hampir mencapai cukup bulan untuk bersalin. Sampai disana cukup meriah. Dainal memimpin tangan Nana masuk kedalam majlis dan berjumpa Maklong terlebih dahulu. Untuk tunjuk muka dan bersalam salaman.
"Haaaa ini pun dia dah sampai".
Kata Maklongnya. Dainal lantas menghulirkan tangan untuk bersalam dengan Maklongnya. Dengan pantas Maklongnya menolak tangan Dainal dan menerkam erat Dainal dalam pelukannya dan memeluk Nana juga.
"Kalau tak ada majlis macam ini. Jangan haraplah Maklong dapat jumpa Dainal. Memanjang sebuknya. Sampai Maklong dah rindu dekat kamu".
Dainal melepaskan pelukan maklongnya dan lantas memegang kedua dua bahu Maklongnya.
"Maaf maklong, Dainal sebuk sikit berkerja. Dainal janji, nanti Dainal datang jumpa Maklong lagi".
Tersenyum Maklong Dainal. Sambil mata memandang kepada Nana.
"Ni bila lagi nak timang anak? Kamu yang Kawin dulu, Farah yang timang anak dulu. Dah 3 tahun lebih kawin. Tak kan lah nak enjoi lagi".
Tersentak dada Nana, bila Maklong Dainal kata begitu. Sempat Nana berpaling kepada Dainal dan terseyum sinis. Dainal tahu, Nana cukup tidak suka bila orang lain masuk campur tentang anak dalam hidupnya. Berubah juga Muka Dainal didepan Maklongnya.
"Ada rezeki nanti, adalah Maklong".
Jawap Dainal pendek dan terseyum menyeringai memandang Maklongnya.
"Rezeki itu ada! Cuma dia aja yang tak mahu cari. Banyak caranya kan?"
Tiba tiba seseorang bersuara dari belakang Dainal dan Nana. Dainal dan Nana berpusing kepada suara itu. Kerana suara itu, ialah milik Bondanya.
"Ehh Bonda dah sampai juga?"
"Dari pagi tadi bonda dah sampai sini"
Dainal lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dan disambut oleh bondanya. Lalu Dainal mencium pipi Bondanya kiri dan kanan. Bondanya menyambut erat, pelukan Dainal. Kini tiba giliran Nana pula untuk bersalaman dengan Bonda Dainal. Bila sampai kepada Nana. Bonda Dainal seperti acuh tidak acuh aja dengan Nana. Bila nana bersalaman dan mencium tangannya.
"Itu lah Long! Aku dah cakap banyak kali dekat Dainal. Kalau yang satu tak boleh bagi zuriat. Cari yang nombor dua. Aku yakin Nana pun tak kesahkan".
Kata Bonda Dainal sambil memandang serong kepada Nana yang berada disebelah Dainal. Tersentak hati Nana, bila ibu mertuanya kata begitu. Hatinya bagai ditikam tikam dengan duri yang tajam. Bila ibu mertuanya, menyuruh suaminya mencari peganti lain. Hanya kerana, mereka belum ada satu pun zuriat.
"Apalah Bonda ni! Begurau yang bukan bukan".
Balas Dainal sambil menyeringai. Sambil memandang Nana yang dalam keadaan ketidak tentuan. Bagi Dainal, Bondanya hanya bergurau, untuk mengusik dia dan isterinya. Tapi lain pula pendapat Nana. Nana tahu, apa yang mak mertuanya kata itu, adalah lahir dari hatinya yang tidak baik. Dia sengaja memperkecilkan Nana didepan Maklong Dainal.
"Dah dah tu, korang berdua pergi makan. Kalau nak tengok Farah, pergi masuk dalam".
Arah Maklong Dainal. Bila melihat keadaan Nana dan mak mertuanya mula tegang. Dainal menganggukkan kepala dan meminta kebenaran untuk makan dahulu, sebelum berjumpa Farah. Dainal memimpin tangan Nana, tapi Nana menarik pelahan tangannya. Tidak mahu dipegang oleh Dainal.
"Jangan macam tu sayang. Bonda melawak aja tu. Dia tak maksudkan apa apa pun".
Nana hanya mampu membuat muka masamnya. Kata kata mak mertuanya begitu menghuris hati. Kerana malas membuat masalah dimajlis orang. Nana kembali terseyum kepada Dainal. Kerana dia tahu, ini semua bukan salah Dainal. Mak mertuanya sahaja yang melebih lebih.
Share this novel