Saat Bahagia

Short Story Completed 13862

Retak
Part1

"Sayang! Abang dah balik".

Teriak Dainal didepan muka pintu. Menantikan isteri kesayangan menyambutnya depan pintu. Berlari anak, Nana yang berada didalam bilik. Bila mendegar suara manja Dianal dihadapan pintu utama dan terus mencapai tangan suaminya untuk disalam dan dikucupnya. Lalu, bersulam pula dengan pelukan buat Dainal. Nadia megucup pula kiri dan kanan pipi Dainal. Terseyum bahagia Dainal, bila isterinya tidak pernah lupa untuk memeluknya didepan pintu. Pergi, mahu pu balik kerja.

"Eh awal u balik? Tak ada kerja ke dekat ofis?".

Tanya Nana, sambil lehernya panjang menjenguk jam didinding ruang tamu.

"Dah tak ada kerja. Abang balik lah cepat. Duduk ofis tu, bukan buat apa pun".

Jawap Dainal dengan senyum yang sentiasa terukir dibibir, bila Nana ada didepan mata.

"Awak pun... Awal juga balik. Awak tak pergi boutique, hari ini?".

"Pergi lah sayang. Kalau i tak datang boutique, merajuk pula Min. Dia mana boleh i tak ada. Dapat tengok muka i sekejap pun jadi lah. Baru dia puas hati".

Terang Nana. Tentang partner boutiquenya... Nana dan Min adalah kawan sedari kecil lagi. Sampai ke besar, buka business pun harus bersama sama. Mereka begitu akrab. Satu hari tak dapat berjumpa, pasti akan menghubungi melalui talifon bimbit.

"Awak dah masak ke?"

"Sorry sayang, i tak masak lagi. I pun baru sampai rumah. Ingat u balik lambat. Itu yang i berlengah lengah untuk memasak. Sorry again sayang".

Balas Nana sambil membuat muka manjanya dan merangkul leher Dainal.

"Ok lah, tak payah masak. I belanja awak makan".

Melompat kegembiraan Nana bila Dainal mahu membawanya makan diluar. Terseyum Dainal bila melihat isterinya melompat seperti keanak anakkan.

"Best best! Love u always dear. You will always be in my heart. Muah muah muah sayang".

Gembira hati Dainal, bila dapat membahagiakan Nana. Nana juga begitu bahagia, mendapat Dainal yang betul betul sayangkan dirinya.

"Sayang! Hujung minggu ni mak abang ajak kita pergi rumah Maklong. Ada kenduri lengang perut, untuk anak Maklong Farah. Awak ingat lagi tak Farah? Masa kita Kahwin dia bertunang, selang dua hari kita bernikah".

Tanya Dainal kepada Nana, semasa mereka berdua menjamu selera disebuah restoran seafood.

"Mestilah ingat sayang. Lagi pun anak Maklong u tu, dia seorang aja kan... Macam mana ya, dia boleh move on tingal sorang sorang tanpa adik beradik. Kalau i lah kan, mesti i rasa sunyi. Sekarang pun i rasa sunyi, bila u pergi kerja luar. Kalau lah kita ada anak, mesti best kann".

"Humm, tak apalah sayang. Allah belum nak bagi kita anak lagi. Lagi pun i gembira apa dengan u berdua aja. Tak ada yang nak kacau kita".

Kata Dainal yang agak berbisik. Sambil menyeringai nakal dan memandang kepada Nana. Nana mencebikkan bibirnya, bila Dainal kata begitu.

"Buatlah macam tu, biar terjuih bibir tu sampai kedagu".

Tergelak besar Nana, bila Dainal berseloroh dengannya. Hati Dainal kembali tenang, bila melihat Nana yang masih boleh tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience