Retak
Part5
"Awak ni dah kenapa? Awak tak tahu ke saya penat. Baru balik kerja jauh. Tolong jangan membebel boleh tak?"
Nada suara Dainal mula meninggi. Terkejut Nana, bila Dainal meninggikan suara. Berkerut dahi Nana. Nana lantas berlari keruang tamu. Nana berharap yang Dainal akan datang memujuknya. Tetapi harapan Nana hanya tingal harapan. Dainal tidak memujuknya. Lebih kurang sejam Nana diruang tamu. Nana lantas bangun, untuk melihat Dainal. Alangkah tetaknya hati, bila melihat Dainal tidur seoarang diri diatas katil. Tanpa memujuknya. Nafas Nana turun naik, menahan marah.
"Kenapa dengan dia? Kenapa dia seperti orang yang aku tidak pernah kenal. Segala galanya berubah, bila dia balik dari Sabah. Apa yang berlaku yang sebenarnya".
Bermacam macam bermain main difikiran Nana, tentang Dainal yang berubah secara tiba tiba.
Lebih kurang seminggu, Dainal tidak memperdulikan Nana. Dainal akan berbicara dengan Nana, benda benda yang penting sahaja. Selebihnya, Dainal banyak menghabiskan masa didepan talifon bimbitnya. Talifon bimbitnya sentiasa melekat ditangan. Nana hanya melihat gerak geri Dainal dari pelesuk dinding untuk kedapur.
"U jom makan dekat luar?"
"Malaslah! Awak nak keluar, awak pergilah. Saya penat berkerja. Sekarang masa saya duduk berehat dekat rumah".
Balas Dainal.
"U ni asyik dengan handphone sahaja, u tengon apa ni? Senyum sorang sorang".
Tanya Nana sambil cuba merampas talifon bimbit ditangan Dainal. Tapi sempat dielak oleh Dainal.
"Heii apa ni! Awak ni dah kenapa? Kalau nak keluar, pergi aja lah keluar".
Marah Dainal, sambil mengerutkan dahinya memandang Nana. Dainal lantas bangun dari sofa dirunag tamu dan terus masuk kedalam bilik dan Dainal menutup pintu bilik dengan rapat. Nana yang betul betul tidak sabar dengan perangai Dainal. Terus mencapai bag duit dan talifon bimbitnya. Lalu keluar dari rumah. Meninggalkan Dainal seoarang diri didalam bilik. Nana terus ke apartment Min untuk mengadu nasibnya. Hanya Min sahaja sahabat yang memahaminya. Sampai dikolong block. Nana terus masuk kedalam parking kerata dan bergegas menaiki lif, untuk ke aras 8. Sampai didepan pintu apartment Min. Nana terus menekan loceng. Nana berharap Min ada dirumah. Kerana kedatangan Nana, tidak diketahuai oleh Min. Beberapa kali menekan loceng, akhirnya pintu utama dibuka. Terperanjat Min, bila melihat Nana didepan apartmentnya.
"Heii u buat apa depan rumah i ni?"
Min lantas membuka pintu gate rumahnya. Sempat Min mencuri pandang ke jam didinding. Tertera pukul 9.00 malam. Nana masuk kedalam rumah Min dan terus keruang tamu. Nana baring dengan menelangkupkan badannya disofa. Sambil tangan dijuntaikan diatas lantai.
"Min aku betul betul tak menentu sekarang ni. Fikiran aku betul betul bercelaru. Dah Seminggu, sejak Dainal balik dari Sabah. Dia tak bersama dengan aku. Layan aku pun tak. Bila aku tanya, baru dia jawap. Aku buntu dengan sikap dia Min".
Cerita Nana kepada Min. Berkerut dahi Min. Bila Nana bercerita tentang Dainal yang berubah.
"Na, apa yang kau buat ni tak bagus beb. Kau tak boleh tinggalkan dia seperti itu. Kau isteri orang. Berdosa besar kau beb".
"Aku bukan nak tinggalkan dia beb. Tapi aku betul betul sakit hati. Dia buat aku macam tak wujud didepannya. Dah seminggu ni, dia selalu balik lambat. Kalau ada rumah pun, dia leka dengan handphonenya. Tak pernah lepas dari tangan, handphone tu. Aku rasa dia dah tak sayangkan aku lah beb".
Cerita Nana dengan lebih details kepada Min.
Share this novel