Part7

Short Story Completed 13862

Retak
Part7

"Sayang, lain kali hati hati berjalan. Kan dah jatuh".

Nana hanya diam membisu dan merenung Dainal dengan renungan yang tajam. Dainal mula gelisah bila direnung oleh Nana begitu. Dainal memimpin Nana masuk kedalam bilik. Nana hanya melayankan sahaja Dainal. Didalam hatinya betul betul terseksa. Terseksa dengan sandiwara Dainal.

"U berehat dulu ya. I nak ketandas sekejap".

Nana setia membisu. Tiba tiba talifon Dainal berbunyi. Nana memanjangkan lehernya memandang kepada talifon bimbit Dainal yang terletak diatas meja lampu tidur. Terteran nama Maria di screen talifon bimbit Dainal. Nana lantas mengankat pangilan itu.

"Hello sayang! Kenapa tiba tiba terputus tadi?"

Terkejut Nana, bila mendengar suara wanita itu. Lantas Nana bersuara.

"Kau siapa?"

Terkejut juga Maria, bila mendengar suara Nana.

"Sorry wrong number".

Lantas Maria memutuskan taliannya. Nana betul betul geram dengan wanita yang bernama Maria itu. Nana tahu, Maria, wanita yang menghubungi Dainal, sebelum Dainal membuka pintu bilik tadi dan memghubunginya sekarang adalah orang yang sama. Dainal datang semula kepada Nana. Berkerut wajah Dainal, bila melihat talifon bimbitnya ada ditangan Nana.

"Ada orang call ke?"

Dainal mula bermuka muka dan mula risau.

"Ahaa, dekat screen tulis nama Maria. Bila i jawap. Dia kata wrong number".

Nana tidak menceritakan kepada Dainal. Apa yang Maria cakap seblum Maria berkara wrong number. Lega hati Dainal, bila Nana kata begitu.

"Hmmm orang ofis salah tekanlah tu. Ada ada aja budak budak ofis ni".

Kata Dainal dengan senyuman. Wajah Nana tetap kelat memandang Dainal. Dainal lantas baring diatas katil dan memeluk Nana. Nana menjarakkan badannya kepada Dainal.

"Sorry! I tak sehat. I nak tidur".

Balas Nana dengan nada yang pelahan.

"U nak ubat ke? Abang ambilkan?"

"Ehh tak apa. I cuma nak rehat aja".

Balas Nana dan berpusing memandang kesisi yang lain. Nana tidak mahu bertetang muka dengan Dainal. Kerana hatinya akan bertambah sakit. Nana menutup lampu tidur disebelahnya. Sambil termenung didalam gelap. Air mata beria ria mahu berlari keluar dari kelopak mata Nana. Tapi Nana dapat menahannya. Nana tak mahu Dainal sedar, yang dia sedang menangis. Nana hanya mampu menangis didalam hati. Begitu pedih hati Nana. Menahan derita yang berkunjung datang. Akhirnya Nana terlena dalam kesedihan.

Menjelang pagi Nana bangun dari tidur. Dainal tidak ada diatas katil. Nana lantas bangun dan terus keluar dari bilik. Terdengar bising didapur. Nana terus kedapur. Kelihatan Dainal sedang menyediakan sarapan pagi.

"Morning sayang"

Berkerut dahi Nana, bila Dainal bertukar watak baik terhadapnya. Dainal menarik tangan Nana, agar duduk dikerusi meja makan. Nana hanya menurut kehendak Dainal.

"Meh rasa, masakan abang?"

Dainal meletakkan pingan makan dan menyendukkan nasi gireng yang dimasaknya kepada Nana. Nana seperti lupa dengan kejadian malam tadi. Bila dilayan baik oleh Dainal. Nana menyudu nasi dipingan dan terus masuk kedalam mulutnya. Dainal pula setia menunggu. Apa komen Nana tentang masakannya.

"Hurmm sedap".

Terseyum Dainal bila Nana berkata sedap dan lalu Dainal duduk disebelah Nana dan mereka makan bersama.

"Sayang hari ni sabtu kan. Kejap lagi kita pergi rumah bonda. Bonda dah bising dah. Kenapa kita lama tak datang rumahnya".

Terseyum Nana, bila Dainal mengajaknya keluar bersama. Walaupun hanya pergi kerumah mak mertuanya. Kerana, sejak Dainal balik dari Sabah. Belum pernah Dainal mengajaknya keluar bersama sama.

"Ok u makan dulu. Abang nak bersiap".

Kata Dainal, sambil bangun dan mencium pipi Nana.

"Sikitnya u makan?"

"Abang dah makan tadi. Sebelum awak bangun".

Terang Dainal dengan senyuman. Nana membalas senyuman Dainal. Hati Nana sedikit lega, bila dia dapat kembali suaminya yang dulu. Selepas makan, Nana masuk kedalam bilik dengan hati yang riang. Sampai di dalam bilik, terlihat Dainal sedang sebuk bermain dengan talifon bimbitnya sambil terseyum sendiri. Bila ternampak Nana, Dainal lantas melekatkan talifonnya dibawah pehanya.

"Haii tak mandi lagi".

Tanya Nana dengan wajah yang berkerut.

"Nak mandi tadi. Tiba tiba Bonda watsap. Itu yang abang balas dulu. Bising pula dia nanti".

Balas Dainal dan lantas bangun dengan membawa talifon bimbitnya masuk sekali kedalam bilik air. Berkerut wajah Nana. Tetapi Nana tidak mengiraukan Dainal. Kerana sikap Dainal sudah berubah seperti dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience