Retak
Part19
**Nana tak pergi melawat Dainal ke?"
Tanya Kaklong diwhatsap Nana. Selang dua hari. Kak long dan bonda menghubunginya. Mata Nana memandang WhatsApp itu, tapi belum sempat dibalas. Nana hanya membiarkan sahaja watsap itu berlalu. Selepas satu jam Nana tidak membalas. Kaklong menghantar lagi satu WhatsApp.
**Nana, kaklong tau Nana marahkan Bonda dan Dainal. Tapi mereka sudah insaf Nana. Tolonglah Nana maafkan mereka. Kaklong nampak kesedihan Bonda. Pertama kali, Kaklong nampak Bonda betul betul insaf. Bonda sudah terima balasan Allah. Sekarang Bonda sedang sakit. Sakit kerana memikirkan Dainal dan kamu. Allah juga sudah memghukum Dainal juga Nana. Sekarang, tiba lah masanya. Nana bagilah satu lagi peluang untuk mereka sayang".
Nana masih melihat dan membaca sahaja WhatsApp itu. Hatinya mula merasa kasihan. Tiba tiba Nana melihat Kaklong sendang menaip discreen talifon bimbitnya.
**Kaklong nak minta tolong satu sahaja dari Nana... Ini permintaan Kaklong Nana. Kaklong haral sangat Nana dapat melawat Dainal dihospital?"
Nana melihat WhatsApp itu dan mula membalas. Nana betul betul kasihankan Kaklong.
**Baik Kaklong, esok Nana akan datang melawat Dainal".
Balas Nana dan terus meletak tepi talifon bimbitnya.
"Amboii! Main WhatsApp dengan siapa tu?"
Tanya Min dengan senyuman. Bila melihat Nana terbaring didepan television.
"Kaklong Dainal WhatsApp".
Balas Nana
"Amacam, bila nak pergi hospital tengok Dainal?"
"Esoklah aku pergi Min... Aku yang sebenarnya malas nak pergi. Tapi aku hanya kesiankan Kaklong tu aja. Dia asyik merayu dekat aku aja. Tak sampai pula hati ni".
"Hummmm nak aku temankan ke esok?"
"Tak payah beb. Aku boleh pergi sendiri".
Balas Nana sambil terseyum. Min membalas senyuman Nana. Sambil sama sama menonton television.
Keesokan harinya, Nana sampai dihospital. Hati Nana berdebar debar bila makin sampai bilik Dainal. Kaklong telah memberikan nombor bilik Dainal Dihospital. Sampai didepan pintu. Hati Nana mula menjadi sayu dan sedih. Nana cuba menahan sebak dihati.
"Kau kena kuat Nana. Jangan tunjuk dekta Dainal yang kau seorang yang lemah. Kau harus melangar semua rintangan yang ada didepan kau nanti. Kau kena keras hati. Tolong jangan lemah Nana"
Bisik Nana sendiri. Sambil tangannya masih lagi memegang pemulas pintu. Bila Nana memulas pintu bilik dihospital itu. Nana menolak daun pintu itu dengan pelahan. Dan meninjau kedalam. Kelihatan ada empat katil didalam satu bilik itu. Dari daun pintu Nana terpandang Dainal dikatil yang paling hujung. Kelihatan Dainal duduk termenung diatas kerusi wheelchair. Sambil memandang keluar tingkap. Hati Nana kembali berdebar debar bercampur sedih. Bila melihat Dainal dalam keadaan begitu. Dainal masih lagi tidak perasan kehadiran Nana disitu.
"Ahemm"
Nana berpura pura batuk. Untuk membuatkan Dainal sedar dia ada situ. Bila Nana buat begitu. Tiga lagi persakit disitu juga memandang kepada Nana. Nana merasa malu, bila tiga lagi pesakit itu memandangnya. Berpusing Dainal bila mendengar suara itu. Mata Dainal menjadi besar dan terseyum melihat Nana datang melawatnya disitu. Hampir seminggu lebih dia disitu. Ini lah kali pertama Nana datang melawatnya. Dainal betul betul gembira. Terpancar diwajahnya, bila Nana wujud didepan mata. Sepertinya dia tidak percaya kewujudtan Nana didepan matanya. Dainal memusingkan wheelchair dan menolak wheelchairnya dengan mengunakan kedua dua tangan. Bila Dainal berpusing dan berdepan memandang kepada Nana. Nana betul betul terperanjat. Bila sebelah kaki Dainal sudah tidak ada. Hati Nana mula kasihan terhadap Dainal. Bila melihat keadaannya begitu. Nana menarik nafas panjang.
Share this novel
next...tq...