"HAHAHAH.. akhirnya,jadi juga rancangan aku.Kan aku dah kata Imran,mereka akan dapat balasan atas apa yang mereka telah lakukan terhadap kita"gambar bersaiz besar serdahana diusap perlahan.
"SAYANG..."panggil Reezwan lembut.Adreana menoleh kearah Reezwan yang sedang melabuhkan punggung di sebelah nya.Tangan Reezwan direbahkan di bahu Adreana.
"don't touch me"kata Adreana sambil mengalihkan tangan Reezwan.Setelah itu,coklat kinder bueno disumbatkan ke dalam mulut.Satu senyuman terukir apabila merasai coklat kegemaran nya.
"sayang..aku panggil kau ni"kata Reezwan.
"apa kau nak?"tanya Adreana sambil membuka bungkusan kinder bueno.
"berapa banyak kau makan coklat ni?"tanya Reezwan.Mata nya memandang bungkusan kinder bueno di atas meja.Adreana menyorokkan coklat nya.
"tak banyak"kata Adreana
"berapa bungkus sayang makan ni?"tanya Reezwan
"err...9?"kata Adreana.Tapak tangan Reezwan dihalakan ke Adreana.Kelima jari diangkat tanda meminta coklat itu.
"bak sini coklat tu"kata Reezwan tegas
"ala...bagilah aku makan ni"rungut Adreana.
"tak boleh derhaka kat suami"kata Reezwan.Adreana menjeling Reezwan.Kinder bueno diletakkan di tapak tangan Reezwan.Adreana memeluk tubuh sambil bibir dicebikkan.Tanda merajuk! Reezwan cuba meraih tangan Adreana,namun dengan kuat Adreana menahan tangan nya dari ditarik.
"jangan sentuh!"kata Adreana sambil memalingkan mukanya.
"sayang..aku larang untuk kesihatan kau juga"pujuk Reezwan sambil meraih tangan Adreana dan dikucup lembut.Wajah Adreana mula membahang.Reezwan mengukirkan senyuman
"are you blushing?"tanya Reezwan
"m..mana ada!"Adreana menarik tangan nya.Dia memandang ke arah televisyen.Secara mengejut,Reezwan menutup televisyen dan sepantas kilat mendukung tubuh kecil nya dan mula menaiki anak tangga.
"eh?.arhhhhhhhh lepaskan!!!"kata Adreana sambil meronta-ronta ingin melepaskan diri,namun Reezwan mengetatkan lagi pelukan.Tangan Adreana memengang leher Reezwan,takut terjatuh.Reezwan membaringkan Adreana di atas katil.Adreana angkat kemudian menjeling Reezwan.Wajah nya sudah kemerahan.
"dah ..janganlah merajuk,coklat je"kata Reezwan
"coklat je kau kata? eh,coklat tu coklat tersedap kat dunia ni! kau mana tahu.Hmph!"kata Adreana sambil memalingkan mukanya.Reezwan meraih pinggang Adreana.Dia kemudian nya mengucup dahi isteri halal nya itu.
"dah tak merajuk lagi?"tanya Reezwan.Adreana memandang kearah langsir.Wajah yang tadi merah semakin merah.Reezwan mengetatkan pelukan.
"kau pandang langsir tu aku cium kau"kata Reezwan.
"cium lah!"kata Adreana mencabar Reezwan.
"kang aku cium,esok kau tak boleh berjalan"bisik Reezwan.
"gatal!"Adreana menolak dada Reezwan.
"kau tak merajuk lagi kan?"tanya Reezwan
"aku nak kinder bueno"rengek Adreana sambil memandang Reezwan dengan wajah merayu.Reezwan tersenyum kecil.Comel!
"kalau makan malam ni,esok kau tak boleh makan coklat ni"kata Reezwan
"nak jugak!"kata Adreana.Reezwan menghulurkan Kinder bueno itu.
"yeay!"Adreana bersorak gembira
PRAK!
PRAK!
KESEMUA barang dibaling.Bantal dibaling kearah dinding. Kesemua barang perhiasan,alat solek disepahkan sehingga habis pecah.
"ARHHHH! JAHANAM!!! REEZ MILIK AKU SUNDAL!!!!!"jerit Sweet.Air mata mengalir perlahan-lahan.Dia memandang gambar dia dan Reezwan sedang berpelukan.
PRAK!
gambar tersebut di tikam sehingga pecah.
"aku nak kau reez,aku nak engkau! ARGHH! hisk..hisk"
FLASHBACK
"YOU rindu kan I eh?"tanya Sweet.Dia ingin memeluk lengan Reezwan namun Reezwan segera menepis.Wajah nya dingin membuatkan Sweet sedikit cuak.
"reez,you oke tak?"tanya Sweet
"patutnya aku tanya,anak dalam perut kau tu oke ke tak?"tanya Reezwan.Haikal baru sahaja memberitahu nya bahawa Sweet mengandung.Itu antara salah satu sebab Reezwan diperangkap,namun lain pula jadi apabila dia termasuk ke dalam bilik Adreana.
Wajah Sweet terkejut.Dia mula rasa takut apabila wajah Reezwan mula dingin dan juga kebenaran sudah terbongkar.
"anak? apa maksud you ni Reez?"
"maksud aku ni"Sebuah video dimainkan tepat di hadapan wajah Sweet.Video di mana dia dan kekasih simpan nya sedang berpelukan masuk ke dalam bilik hotel.
"video edit tu Reez,percayalah"kata Sweet
"bodoh kau simpan sikit betina.ini rakaman CCTV dekat hotel di mana aku dan rean ditangkap khalwat,dan aku dapat rakaman ini dari hotel itu sendiri"kata Reezwan sambil tersenyum sinis.Iphone dimasukkan ke dalam poket kemudian dia bertepuk tangan.
"hebat permainan kau betina sial.nak perangkap aku,tetapi,aku tak masuk ke perangkap kau malah,masuk ke dalam bilik Rean.."
"dan..kau dengan umi memandai pula jadikan rean mangsa keadaan.kau perempuan paling sial! menyesal aku kenal kau!"sambung Reezwan.
"sayang..dengar dulu"Sweet memeluk Reezwan,namun,segera Reezwan menolak tubuh nya hingga jatuh ke lantai.
"mulai hari ini,kita tiada apa-apa hubungan dan aku akan rujuk balik dengan Adreana Dhia"
Share this novel