"REAN,ingatan kau dah kembali ke?"teka Reezwan.Adreana terkejut.Bagaimana ini? Reezwan mendekati Adreana,Adreana memeluk tubuh nya yang sedang gementar.
"shh..jangan takut sayang"kata Reezwan ingin menenangkan isteri nya.
"kenapa? kenapa tiba-tiba panggil aku sayang dan layan aku sebagai isteri kau?"tanya Adreana sambil menundukkan kepalanya.
"because I know the truth..aku dah tahu siapa jahanam yang sebenar.Jangan risau Rean,aku dah tak macam dulu,berikan aku satu peluang untuk buktikan pada kau"kata Reezwan sambil perlahan-lahan meraih tangan Adreana.Adreana angkat.
"betul ni?"Reezwan mengangguk.Dia menarik Adreana ke pelukan dan diusap-usap perlahan kepala isteri nya.
"kau..kau dah tak bencikan aku?"tanya Adreana.Reezwan mengeleng.
"I love you more than everything"Reezwan meleraikan pelukan,kemudian dikucup lembut tangan isteri nya.Air mata Adreana mengalir.Entah kenapa dia merasakan kata-kata Reezwan ikhlas.
"Give me second chance Rean please"Bibir dicebikkan.Adreana menahan ketawa
"pft..fine,i give you second chance"kata Adreana.Sekali lagi Reezwan memeluk diri nya.
"thanks sayang"
KEESOKAN HARINYA...
TING! TONG!
ADREANA membuka pintu.Kelihatan seorang lelaki sedang memengang sebuah kotak coklat bersaiz sederhana besar.
"Ini untuk Adreana Dhia"kata nya sambil melihat nama di atas kotak itu dan diserahkan kepada Adreana.
"siapa hantar?"tanya Adreana
"maaf cik,saya tak tahu.Tugas saya hantar je"
"oh..tak mengapalah,terima kasih"kata Adreana.
"sama-sama,saya minta diri dulu"Wanita itu segera pergi.Adreana menutup pintu.Setelah itu,dia duduk di atas sofa dan perlahan-lahan membuka kotak itu.Di dalam nya terdapat surat dan juga gambar-gambar Reezwan dan Sweet.
"siapa perempuan ni?"gumam Adreana.Dia cuba mengingat.
"Sweet ke?"
Adreana membuka kad serdahana kecil berwarna putih.
'kau tengok lah gambar-gambar ini semua.Semua gambar ni,bukti betapa dalam nya cinta Reezwan terhadap Sweet.Engkau je perempuan sundal yang rampas Sweet dari Reezwan.Jangan ingat Reezwan rujuk balik dengan engkau sebab dia cintakan kau dasar sundal.Dia hanya nak pergunakan kau sahaja'
Adreana menutup mata nya.Dia melihat semua gambar-gambar itu.Mata Reezwan yang menatap Sweet dengan penuh rasa kasih sayang dan cinta.Perlahan-lahan air mata Adreana mengalir.
Kemudian,dia perasan..ada gambar di mana Reezwan memijak kek hari jadi yang susah payah dia buatkan.Juga, terdapat beberapa gambar Adreana ditendang seperti bola,disiram menggunakan air panas.
Perlahan-lahan kotak tersebut jatuh di lantai.
"aku benci kau Reezwan.."gumam nya.
ZAP!
PINTU dikuak kasar menyebabkan bahu Adreana terhinjut.Terkejut nya dengan bunyi pintu yang deras.Dia mengelap air mata dan angkat dari sofa.Kelihatan seorang wanita berumur 60 an tersenyum sinis memandang nya.
'siapa dia?'getus hati Adreana.Seperti dia kenal,namun dia tidak ingat
Share this novel