BAB 22-HAIKAL

Drama Completed 115394

ADREANA membuka mata.Mata nya melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi.Mata nya agak mengantuk,namun digagahkan jua kerana dia ingin berjumpa dengan orang yang menghantar mesej itu!

Perlahan-lahan dia mengalihkan lengan Reezwan yang memeluk pinggangnya.Setelah itu,dia mengambil hoodie hitam dan disarungkan ke tubuh.Rambut diikat gaya messy hair bun.Setelah itu,dia mengambil coklat kinder bueno di dalam poket hoodie nya.

"nasib baik aku sorokkan kau kat sini"gumam Adreana.

"KALAU diikutkan,kat sini.Tapi...kenapa bangunan lama ni?!"Suanana hening membuatkan bulu roma nya terangkat.Iphone dibuka.Aplikasi whatsapp ditekan.

Adreana: aku dah sampai.Mana kau?

beberapa saat kemudian,dia membalas...

???: jumpa aku di tingkat 2

GULP!

"tingkat dua? sudahlah bangunan ni seram!"Kaki dihentakkan tanda protes.Dia melangkah perlahan memasuki bangunan terbiar itu.Mata meliar melihat keadaan sekeliling.

"mana tingkat dua ni?"gumam Adreana.Dia melihat tangga dan segera berlari kearah tangga tersebut.Kaki perlahan-lahan melangkah anak tangga.Setelah sampai di tingkat dua,dia melihat tiga orang sedang berdiri melihat diri nya.Seorang wanita dan dua orang lelaki.

"dah sampai pun kakak ipar saya!"Icha melambai-lambai kearah Adreana.

"Icha?"tanya Adreana.Dia melihat seorang lelaki di sebelah Adreana.Nazmi!

"eh..bukan ke..."Nazmi segera berlari kearah Adreana dan memeluk tubuh Adreana.

"berpeluk pula"kata Haikal.

Adreana menolak dada Nazmi.

"engko dah kenapa peluk anak dara orang?"tanya Adreana.Eh dia ni ...

"rean ... i miss you"kata Nazmi

"Dah cukup tu! tak payah kau nak buat drama melayu kat sini!"kata Icha sambil memeluk tubuh

"Icha..betul ke? Reez akan seksa aku?"tanya Adreana.Icha tersenyum sinis

"Ya..dia sendiri bagitahu aku,dia nak pura-pura sayangkan kau dan cintakan kau..walhal,dia masih cintakan Sweet.Dia nak lukakan kau sahaja Rean"kata Icha

"Apa motif dia? tak cukup ke selama ni dia seksa aku?"tanya Adreana.Kata-kata Reezwan yang dia berikan selama ini sukar untuk dipercaya.Dia tidak tahu mahu percayakan siapa sekarang!

"motif dia..sebab dia suka lihat kau terseksa,come on Rean,jangan jadi bodoh sangat.Aku kenal abang aku,dia suka mainkan perasaan seorang wanita kecuali Sweet.He's deeply in love with her"kata Icha sambil mengangkat keningnya.

"you dengar kan apa Icha kata,sekarang ni..you dengan I je,I janji Rean, i akan bahagiakan you"bahu Adreana dipegang.

"kalau kau nak bahagiakan aku asal dulu kita putus?"tanya Adreana.Ingatan nya tentang Reezwan mungkin sudah pulih,namun,kalau lelaki hadapannya ini langsung tiada memori di dalam kepala dia sekarang.

"My mistake...I ..curang dengan you dahulu"kata Nazmi.Adreana menepis tangan Nazmi.

"aku benci lelaki curang"kata Adreana

"give me second chance Rean.."kata Nazmi.Icha memberikan isyarat kepada Haikal.Haikal mengangguk.

"aku tak nak dengan kau lah!"kata Adreana

"well,well,kalau kau tak mahu dengan dia..takkan kau nak dekat Reezwan? dia dah seksa kau dua tahu tak mungkin dia tak mampu seksa kau sampai kau mampus"kata Haikal

"siapa kau ni?"tanya Adreana

"seseorang yang mahukan kehancuran hidup wanita bernama Adreana Dhia dan dapatkan Reezwan Adryan"bisik Haikal.Dia tersenyum sinis.Adreana melihat wajah Haikal
Entah kenapa Adreana rasa seperti deja vu.

FLASHBACK

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience