REEZWAN membuka pintu tandas.Dia melihat Adreana terbaring di depan pintu dengan wajah pucat lesu,lengan nya penuh lebam,bibir nya luka.Reezwan menggenggam tangan nya.
"oi perempuan,bangun"Kaki nya menendang perlahan tubuh Adreana.Dia duduk mencangkung kemudian perlahan-lahan mengoncangkan tubuh Adreana.
"oi betina,kau tak payah berlakon pengsan depan aku"kata Reezwan.Dia mengambil baldi,diisi dengan air panas kemudian disimbah perlahan-lahan di bahagian kaki Adreana.
Adreana terbangun.Dia meronta-ronta kepanasan.Air panas menggelupas kulit nya perlahan-lahan.Sakit yang teramat.
"reez..kenapa.?"Dia memandang Reezwan dengan berlinangan air mata
"kau sengaja berlakon pengsan kan?"
"saya sakit Reez,tak mampu nak bangun..saya tak sedar yang awak kejutkan saya"Dia menggengam tangan tanda kesakitan.
PANG!
Deras tamparan diberikan.
"kau tak payah acah-acah sakit.Memang layak betina seperti kau rasa sakit ni"Kepala Adreana ditunjal deras sehingga terkena pintu.
PAK!
Air mata Adreana mengalir deras.Pagi-pagi sudah disiram air panas,ditampar dan ditunjal.Perlahan-lahan dia bangun,membuka shower,diputarkan air sejuk dan dihulurkan kaki.Beberapa minit kemudian nampak sedikit bekas melecur di betis nya.
"kau kejam Reez,dulu bukan main..pantang kau nampak aku tercucuk jarum,kau dah risau,sekarang..aku cedera parah pun kau takkan peduli"gumam Adreana sendirian.Air mata dilap kasar.
"KAU buat apa ni?"tanya Reezwan kasar.Dia melihat Adreana sedang menghidangkan nasi goreng di atas meja.
"awak tak lihat ke saya sedang hidangkan makanan?"tanya Adreana.Perlahan-lahan Reezwan mendekati meja makan.
"makanlah"pelawa Adreana.Reezwan mengambil sesenduk nasi goreng kemudian disumbatkan ke dalam mulut Adreana.
"kau ingat aku nak makan masakan engkau? tak hingin aku"kata Reezwan.Nasi disumbatkan berkali-kali di mulut Adreana.
Adreana tercungap-cungap.Dia termuntahkan nasi tersebut,terlalu banyak nasi disumbat di dalam mulut sehingga tidak mampu menelan.
"disgusting!"
Sempat Reezwan menendang Adreana dengan agak kuat.Air mata Adreana mengalir deras.Setelah memuntahkan makanan itu,dia mengambil vakum,membersihkan makanan yang telah dimuntahkan.Dia melihat Reezwan keluar dari rumah,pintu dihempas kuat.
ZAP!
Bahu nya terhinjut sedikit, terkejut.Tangan mengelap air mata.Duduk di kerusi sambil merenung nasi goreng itu.
"sia-sia sahaja aku teruja siapkan sarapan untuk dia"gumam Adreana.Kepala tiba-tiba sakit,namun dia hanya membiarkan.
"kalau aku mati sekalipun,dia takkan pernah risau..kau dah berubah Reez, kau bukan Reez yang aku kenal"jari segera mengelap sisa air mata.
Pintu dibuka kasar.Kelihatan Khadijah membuka pintu rumah anaknya.
"umi,ada apa ma datang ke sini?"tanya Adreana.Tangan dihulurkan untuk bersalam,namun Khadijah menepis deras tangan Adreana.
"kau tak layak panggil aku umi,menyirap darah aku dengar!"kata Khadijah kasar
"tapi ..umi,sekarang kan saya dah jadi menantu umi, apa salah nya saya nak panggil mak ngah,umi?"kata Adreana.
"salah lah! penyundal macam kau tak layak jadi menantu atau isteri kepada anak aku..anak aku punya lah baik dekat kau,kau buat dia macam ni"kata Khadijah.Adreana memandang lantai.Mata Khadijah seram apabila sedang marah.
"kau tahu kan ,Reez cintakan Sweet? kalau diikutkan,bulan ni aku dah buat persiapan untuk mereka kahwin,tak sangka lain pula jadi nya"kata Khadijah
"kalau jodoh saya dengan Reez,nak buat macam mana umi?"kata Adreana perlahan namun dapat didengari oleh Khadijah.Panas hati nya mendengar kata-kata Adreana.Dia masuk dalam rumah,menutup pintu dengan kasar,Adreana mengundurkan sedikit badan nya.
"kau punya salah,lepastu kau nak cakap jodoh kau dengan Reez?"Leher Adreana dicekik kuat.Wajah Adreana mula pucat.
"sa ..sa .sakit mak..ngah"tersekat-sekat dia berkata.Khadijah mengetatkan lagi cengkaman nya.
"kau memang patut mati dari awal lagi"kata Khadijah.Dia menolak tubuh Adreana sehingga kepala Adreana terkena buju meja.Khadijah mengambil besi didalam beg nya.
saiz besi tersebut sederhana dan tidak terlalu panjang.Muat disumbat ke dalam beg Khadijah.Punyalah susah dia mencari besi ini hanya untuk melepaskan kemarahan terhadap perbuatan Adreana.
"kau memang layak mati!"
ZAS!
ZAS!
pukulan demi pukulan hinggap di wajah Adreana.Dia cuba melindungi wajah nya menggunakan lengan, sebaliknya,lengan nya terluka teruk.
"mak ngah! rean merayu, jangan..tolonglah"kata nya ketakutan.
"meh sini aku tolong kau"baju Adreana dipegang kemudian diheret dan ditolak sehingga tubuh Adreana terkena dinding.Dia mengambil kusyen berwarna putih, ditekup wajah Adreana.Terkial-kial Adreana,ingin melepaskan diri.Sayup sahaja suara dia meminta tolong.
"dasar betina tak guna, patut nya..kau ni tak patut lahir! sebab kau lah anak aku menderita!"
"umi!"
alhamdulillah.. thanks you guys sbb support.. terkejut kita tgk nofikasi followers naik ya Allah,terima kasih sgt,thanks to your guys too.. tk sangka novel ni dpt sambutan.. insyallah,saya akan cuba panjangkan chapter
Share this novel