ADREANA perlahan-lahan membuka mata nya.Dia melihat keadaan sekeliling.Dia seperti berada di rumah seseorang.
"apa yang berlaku dengan aku?"gumam nya.Dia memengang kepala yang berbalut.Baru dia ingat,dia kemalangan tadi.
"kalau aku kemalangan..siapa yang selamat kan aku?"gumam Adreana
KLIK!
perlahan-lahan pintu dibuka.Kelihatan seorang lelaki sedang membawa makanan.Dia tersenyum kecil melihat Adreana.
"dah sedar?"
"siapa kau?"tanya Adreana
"orang"
"memanglah orang,takkan alien!"kata Adreana
"Ini I,rean.You tak ingat? I kekasih you"kata nya.Adreana memandang nya atas bawah atas bawah.
"kenapa aku tak ingat? aku tak ingat apa-apa langsung"kata Adreana.Fikiran nya kosong.Seperti tiada ingatan mahupun memori.
"you ingat nama you tak?"tanya nya lagi.Adreana menggeleng.Saat dia sedar,dia tidak ingat apa-apa.Hanya persoalan bermain diminda.Siapa aku?
"you ...amnesia rean"kata nya
"nama aku rean?"tanya Adreana.Dia mengangguk.
"i Nazmi Arsyad.I kekasih you rean"kata Nazmi memperkenalkan diri.Adreana memandang Nazmi atas bawah.
"mana phone aku?"tanya Adreana.Satu-satu benda yang boleh buktikan segalanya.
"takda.masa i rawat you,takda telefon pun dekat you.Yang ada hanya beg ni"kata Nazmi sambil menunjukkan beg hitam di tepi nya.
"asal aku bawa beg besar ni?"tanya Adreana.
"i tak tahu.Yang i tahu sekarang, you dah selamat.You tinggal kat rumah ni buat sementara waktu"
"dengan kau?!"
"taklah,dengan ibu i"
"ohh."kata Adreana.Dia terfikir.Mana ibu dan ayah nya? mereka tidak cari aku ke? persoalan bermain di fikiran.Namun,Adreana membiarkan sahaja.Yang penting,dia selamat.
'mungkin aku boleh percayakan mamat ni kot ....'getus hati Adreana.Walaupun berasa tidak sedap hati,namun dia hanya berserah kepada Nya.
"ADA apa engkau nak jumpa aku?"tanya Reezwan sambil menghirup coffee Latte.Dia tersenyum sinis sambil membetulkan kaca mata.
"macam mana dengan Rean?"tanya nya.Reezwan menjeling tajam lelaki di hadapannya.
"apahal kau nak sibuk dengan dia?"
"kau dah ceraikan dia kan?"kata lelaki itu.
"asal? kalau aku dah ceraikan dia kau nak dengan betina jahanam tu?"kata Reezwan
"taklah...bukan taste aku"kata nya.Dia mengeluarkan pendrive berwarna hitam kemudian diserahkan kepada Reezwan.
"nanti,kau lihat sendiri,siapa yang jahanam"kata nya kemudian beredar.Sempat mengatur rambut supaya nampak..
hensem!
Reezwan menjeling lelaki tersebut kemudian diambil pendrive tersebut.
SETIBANYA di rumah,Reezwan terus mencucuk pendrive tersebut di laptop berjenama Asus.Dia menghirup coffee.Sebuah rakaman CCTV terpapar di skrin.
"kejap..itu bukan..Sweet dengan umi ke?"gumam Reezwan.Setelah melihat habis rakaman itu,Reezwan menekup mulut,tangan kiri nya perlahan-lahan mematikan laptop.
Tanpa sedar,air mata mengalir perlahan-lahan.Tangan segere mengambil iphone dan mendail nombor seseorang.
"panjang umur..asal?"
"siasat di mana lokasi Adreana Dhia"tegas suara Reezwan memberi arahan.
"eh..cup cup,money?"tanya nya.
"jangan risau,aku akan bagi"
"nice"
"pastikan dalam masa 48 jam kau dah jumpa lokasi dia.Kalau tidak,lesap duit kau"kata Reezwan
"48 jam? don't worry ma,malam ni wa bagi lokasi perempuan tu"kata nya.Reezwan terus mematikan panggilan.Menggengam penumbuk.Dia angkat dan pergi ke bilik.
KLIK!
Pintu dibuka.Rasa sunyi terasa.Biasa nya,Adreana akan cuba untuk berbual dengan diri nya namun sebaliknya,dia sendiri menengking Adreana.
Tubuh dihempaskan di katil.Termenung mengingati kisah silam.
'jangan kau lukakan dia sedikit pun'
kata-kata yang pernah keluar dari mulut nya.Namun kini? dia sendiri yang melukakan hati Adreana.Telefon diambil,cuba menghantar mesej.
reezwan: kau kat mana?
namun, sia-sia..mesej itu tidak masuk.Telefon Adreana dimatikan. iPhone diletakkan semula di atas meja.
"mana kau?!"jerit Reezwan.Menekup muka menggunakan kedua-dua telapak tangan dan diramas-ramas rambut nya.
"bangsat!"carut nya apabila memainkan satu video yang baru sahaja seseorang hantar.
Share this novel