BAB 4-KEK I

Drama Completed 115394

"UMI! kenapa umi buat rean macam ni?"tanya Reezwan.Dia menghalang perbuatan Khadijah.Membaling deras kusyen dan melihat Adreana dengan wajah pucat lesi tidak sedarkan diri.
"betul apa? perempuan ni layak mati!"kata Khadijah.Emosi dengan reaksi anak nya.Reezwan memengang wajah Adreana.Ditepuk-tepuk perlahan namun tiada reaksi.
"layak mati? umi nak jadi pembunuh?"tanya Reezwan.Khadijah diam tidak membalas.

"baik umi balik.Reez tahu apa yang Reez perlu buat dekat Rean,jangan risau umi,Reez akan kahwin juga dengan Sweet"kata Reezwan

"ini baru anak umi.janji ya Reez akan kahwin dengan Sweet dan ceraikan sundal ni"

"ya umi,Reez janji.Buat apa Reez nak simpan dia lama-lama kan?"kata Reezwan

"umi balik dulu"kata Khadijah.Setelah Khadijah keluar,Reezwan mendukung tubuh Adreana dan dibawa masuk ke dalam bilik.

ADREANA tersedar.Melihat Reezwan di sisi.Dia angkat.Termenung.
"kenapa awak tak biarkan sahaja saya mati?"soalan nya memecahkan kesunyian.Reezwan agak terkejut dengan soalan Adreana.
"kau patut bersyukur aku selamatkan kau tadi"rahang diketap.Geram dengan soalan Adreana.
"bersyukur? saya lebih bersyukur saya mati tadi.lagipun awak selamatkan saya ada sebab"kata Adreana.Reezwan mencengkam pergelangan tangan Adreana kuat.
"ya,sebab..aku nak seksa kau..aku nak bagi kau rasa sakit sebab dah perangkap aku"cengkaman dilepaskan,Reezwan beredar keluar dari bilik.Tanpa Adreana sedar,air mata nya mengalir.

"ya allah..kenapa?"

GENAP dua tahun sudah perkahwinan Adreana dan Reezwan.Jangan ditanyakan layanan Reez,hari semakin hari,semakin teruk.Adreana cuba untuk bertahan.
Adreana menghembuskan nafas.Cuba mengukirkan senyuman.Hari ini,hari lahir Reezwan yang ke 25 tahun.Adreana berfikir untuk membuat kek hari jadi untuk suaminya.
"masukkan 50 gram butter..oke"gumam Adreana.Dia membuka aplikasi YouTube,melihat cara untuk membuat kek.

"harap dia suka"gumam Adreana.Sanggup dia bangun pukul 3 pagi untuk membuat kek ini kerana ingin menghadiahkan kek tersebut kepada Reezwan.3 kali kek dia gagal.Pertama kali itu, hangus,kali kedua pula,Setelah siap adunan,Adreana memasukkan adunan tersebut ke dalam loyang berbentuk bulat,dan dimasukkan ke dalam oven.Sekarang,dia hanya perlu tunggu kek tersebut masak.Dia mengemas dapur,mencuci segala perkakas.Selesai mengemas,Adreana menunggu kek tersebut matang.10 minit,oven berbunyi menandakan kek sudah dimasak.

TING!

"dah masak!"dengan penuh teruja,Adreana mengambil pelapik oven,dan perlahan-lahan mengeluarkan kek tersebut.
"cantik"gumam nya.Hanya tinggal untuk menghias nya.
"hmm ...rasa nya nak bagi kek ni ..lepas dia balik kerja lah!"fikir Adreana.Mungkin dengan kek ini hati Reez terbuka untuk menerima nya.

"OI betina!"jerit Reezwan.Adreana segera memasukkan kek tersebut ke dalam peti sejuk.Dia berlari kecil mendekati Reezwan.
"nama saya Adreana Reez"sahut Adreana.
"kau memang layak dipanggil seperti itu"kata Reezwan sambil menunjal kepala Adreana.Adreana menunduk.Takut dengan wajah tegang Reezwan.
"pasal apa yang umi buat dengan kau 2 tahun lepas tu,kau takda cakap dengan sesiapa kan?"tanya Reezwan.Adreana menggeleng.
"tak..ada"jawab Adreana

"bagus..kalau aku dapat tahu yang kau ada bagitahu dengan sesiapa,siap kau aku kerja kan"Reezwan seraya pergi.Adreana menoleh ke belakang melihat suaminya.
"agaknya ...dia suka ke tak kek yang aku buat tu eh?"gumam Adreana dengan nada sayu.

"DONE"gumam Adreana sambil mengelap peluh di dahi.Dia meletakkan kek di atas meja.Beberapa hidangan juga telah disediakan.
"cantik"Adreana menepuk tangan tanda bangga dengan diri sendiri.Dia juga telah menghias langsir dengan meletakkan belon yang tertulis "happy birthday Reezwan!"

KLIK!
pintu dibuka menandakan Reezwan sudah balik dari kerja.Adreana dengan wajah teruja menyambut kedatang Reezwan namun...wajah ceria dan teruja nya hilang setelah melihat Sweet Qaisara,bekas tunang Reezwan.
"kenapa?"soalan itu terbit di mulut Adreana.Reezwan menolak kasar tubuh Adreana.Dia masuk ke dalam rumah dan melihat dekorasi dan juga makanan yang sudah dihidangkan diatas meja.
"dia nak sambut birthday you lah Reez"kata Qaisara sambil duduk diatas sofa.Adreana menunduk.Kenapa jadi macam ni?

"birthday aku? heh..kau tak layak lah perempuan"kata Reezwan.

"tapi reez..saya dah buatkan kek untuk awak"kata Adreana sambil mengangkat kek dan dihalakan ke Reezwan.

Reezwan melihat kek tersebut.Disaluti dengan coklat cair,dan dihiasi dengan macaron,dan juga coklat ferrero rocher.Semua itu ialah kegemaran nya.Reezwan mengambil kek tersebut kemudian dicampakkan tepat ke wajah Adreana.Wajah Adreana penuh dengan kek.Sweet ketawa jahat.
"you ingat Reez akan suka kalau you buat macam ni? hanya i sahaja yang layak sambut birthday dia tau"kata Sweet.

"that's right.Jahanam macam kau tak layak sambut hari jadi aku.Jijik aku tengok kek ni!"kata Reezwan.Adreana mengelap kek di wajah menggunakan tangan nya.Kek yang susah payah dia hasilkan kini,jatuh di atas lantai.

"sanggup awak Reez? saya ..saya dah berusaha buat semua ni untuk awak"kata Adreana sayu

"ala-ala,sedih nya dia"Sweet mengambil sup lobak merah yang masih hangat,kemudian disimbah di baju Adreana.Adreana menahan sakit.Lagipun,sudah biasa dia kena siram dengan air panas setiap hari.Badan nya juga banyak kesan melecur.
"sssttt"Adreana mendesis kesakitan.

"berapa kali aku nak kata dekat kau hah? aku takkan sesekali sayangkan kau atau anggap kau sebagai istri!"kata Reezwan sambil memijak-mijak kek yang sudah terjatuh itu.Adreana terkejut.
"kalau awak jijik sangat dengan masakan saya jangan lah sampai pijak kek tu!"Adreana menolak dada Reezwan.Tubuh Reezwan berundur sedikit ke belakang akibat ditolak.Sweet terkejut.Berani pula Adreana menolak bekas tunangnya?

"kurang ajar kau perempuan!"

PANG!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience