PANG!
SATU tamparan deras hinggap di wajah Adreana yang masih ada sisa-sisa kek.Adreana menunduk.Sakit,malu marah,perit,derita semua ada! Sweet tersenyum sinis melihat Adreana dilayan seperti itu.Seperti patung yang digunakan untuk melepaskan kemarahan.
"kenapa reez?"sayu sahaja Adreana bertanya.Mata memandang lantai tidak memandang mata Reezwan.
"sebab kau memang layak dilayan macam ni.Kau hancurkan kepercayaan yang aku telah berikan.lepastu kau mempersoalkan pula?"kata Reezwan sambil menunjal-nunjal kepala Adreana.
"reez,apa kata kita bagi dia hukuman sikit?"tanya Sweet sambil memengang bahu Reezwan.
"apa salah saya? saya cuma nak sambut..hari jadi awak je reez"kata Adreana.Reezwan menarik rambut Adreana kuat.
"sekali lagi kau menjawab,memang nahas kau aku kerja kan!"amaran Reezwan membuatkan Adreana takut.
"I rasa lah kan,you patut kurung je perempuan di dalam stor, tiada lah orang nak kacau kedamaian you kan?"kata Sweet.Reezwan tersenyum sinis.
"tak guna punya perempuan"gumam Adreana namun,dapat didengari jelas oleh Sweet.
"reez,dia cakap I tak guna"rengek Sweet.Reezwan mencengkam pipi Adreana.
"tak sedar diri kau tu yang tak guna! sekarang,kau kemas semua benda ni!"kata Reezwan sambil melepaskan cengkam.Sempat dia menuangkan jus oren di rambut Adreana dengan perlahan-lahan.
"murah"kata Reezwan.Dia memaut erat pinggang Sweet kemudian mereka berdua naik ke tingkat atas Adreana mengelap air oren di wajah nya.Dia pergi ke sinki kemudian membasuh wajah nya yang sudah dicemari oleh sisa kek dan jus oren.
"apa yang aku boleh buat untuk bukakan hati dia?"gumam Adreana.Rasa cemburu terbit di hati,melihat Reezwan erat memaut pinggang Sweet.Sungguh benar,Sweet Qaisara cinta mati nya dan dia hanyalah insan yang wujud hanya sebagai kawan merangkap sepupu.Juga,insan yang wujud untuk diseksa.
"aku rindukan kita yang dulu Reez"gumam Adreana.Air mata laju mengalir namun dilap kasar.Terasa melekit di bahagian rambut.Adreana pergi ke meja makan mengemas semua benda bersepah.Dia melihat sisa kek yang dipijak oleh Reezwan.
"sia-sia sahaja usaha aku"gumam Adreana sambil mengelap sisa kek itu.
MALAM menjelang.Sweet pula sudah balik petang tadi.Adreana perlahan-lahan membuka pintu.Dia melihat Reezwan sedang berdiri di penjuru katil.Adreana menelan air liur.Rasa takut mula terasa.
"puas hati kau dah buat Sweet cemburu?"tanya Reezwan sambil menoleh Adreana.Dia menundukkan kepala.Perlahan-lahan Reezwan mendekati Adreana.
"aku tanya ni kau pekak ke apa?"kata Reezwan sambil mencengkam pipi Adreana supaya mata mereka berdua saling bertemu.
"saya..takda .niat...pun nak buat Sweet cemburu"kata Adreana dengan tersekat-sekat.
"penipu!"
PANG!
tamparan hinggap di pipi Adreana.Dia memengang pipi nya yang terasa hangat.
"kau dah tak serik ke?"tanya Reezwan
"benci sangat ke awak dekat saya Reez?"tanya Adreana
"bukan setakat benci,jijik tengok kau!"kata Reezwan sambil menolak kasar tubuh Adreana sehinggao kepala Adreana terkena bucu meja.Kepala nya pening sebentar,terasa cecair merah di kepala nya.
"ugh..kalau macam tu bunuh jelah saya Reez!"kata Adreana.Dia cuba berdiri.
"kau mati pun, takkan dapat ubatkan sakit dekat hati aku"kata Reezwan.Dia menolak sekali lagi tubuh Adreana,dan ditendang perut Adreana,dan dipukul berkali-kali sehingga lebam dan keluar sedikit darah.Adreana cuba bertahan namun tidak dapat, sakit yang terlalu amat.
Dia menendang dada Reezwan.
"cukup reez,cukup! saya manusia bukan nya patung!"kata Adreana.Dia memandang tajam Reezwan.Pergi ke laci kemudian mengambil gunting dan diserahkan ke Reezwan.
"ambik ni,bunuh terus sahaja saya..saya tak berguna dalam hidup awak dah kan?"tanya Adreana.Air mata dia tidak lagi mengalir.Sakit yang tidak dapat diluahkan dari perkataan mahupun air mata.
"selama dua tahun ni,saya jadi manusia yang paling bodoh,kejar awak,cuba untuk bukakan hati awak yang keras tu!"kata Adreana.
"dah berani kau melawan?"kata Reezwan.Gunting tersebut dicampakkan.
"kenapa? awak nak pukul saya lagi? awak nak pukul saya? awak nak kurung saya dekat tandas?"kata Adreana.Tangan Reezwan ingin hinggap di pipi Adreana namun..
"tampar lah! tampar! pukul saya! awak memang tak ingat lagi apa yang awak cakap dekat saya?...bukan main awak kata,tiada sesiapa yang akan berani sakitkan saya kalau awak ada di sisi saya,tapi..sekarang ni awak sendiri yang seksa saya,yang pukul saya hanya disebabkan nak ubat luka di hati awak"kata Adreana sambil mencucuk-cucuk dada Reezwan menggunakan jari telunjuk.Reezwan hanya diam tidak berkata apa-apa,terkedu mendengar luahan hati Adreana.
"kalau awak taknak bunuh saya, lepaskan saya.Ceraikan sahaja saya dan anggap Adreana Dhia tak pernah wujud dalam hidup engkau,Reezwan Adryan"kata Adreana.Reezwan menggengam tangan nya.
"kenapa diam? ceraikan saja saya Reez! lepastu kahwin lah dengan cinta mati kau tu!"kata Adreana.Memaksa Reezwan melepaskan diri nya.
"kau nak sangat aku ceraikan kau kan? baik"kata Reezwan.
"Adreana Dhia,aku ceraikan kau dengan talak 1"kata Reezwan.Adreana tersenyum lega.
"terima kasih"kata Adreana kemudian mengambil beg dan mengemas barang nya.Setelah menyumbat baju-baju,dia terus pergi.Reezwan meramas rambut nya.Apa yang dia dah buat?
"arghh,kau tak patut ceraikan dia Reez! bangsat!"carut nya.
Share this novel